Monday, March 21, 2011

CuTi SekOlaH Dah HAbiS!!!

Hari ni merupakan hari terakhir untuk bebudak yang still bersekolah cuti. Kalau yang stay asrama konfem dari semalam dah packing baju, HASIL & buku @ homework.

Aku sejak dah habis sekolah ni dah tak merasa cuti sekolah. Sebab sibuk dengan kerja. Macam lagu MEET UNCKE HUSSEIN!!! Hari, hari kerja..la....la...la.....



Aku ingat lagi time sekolah dulu, aku sekolah dah la kat Johor. Jauh la pulak. Packing barang memang sehari sebelum balik asrama. Banyak jugak la barang aku. Baju yang dah siap gosok, HASIL BAEK, homework. Tapi kalau homework bawak banyak-banyak balik tapi satu pun tak sentuh.


Aku selalu bertolak dari Bangi dalam pukul 12 tengah hari. Sampai sekolah selalu dalam pukul 4:30 petang. Kekadang sedih jugak time balik ke sekolah. HOMESICK katakan.Hua...hua....

Sunday, March 20, 2011

Alhamdulillah murah rezeki.....



Minggu ni aku memang aku kerja memang penat. Korang bayangkan straight 5 hari aku balik pukul 11 malam coz CLOSING. Macam siot la aku puyer manager. Tapi nasib baik duit masuk. Kah...kah...


Walaupun penat, alhamdulillah minggu ni aku dapat mengumpul tips yang diberi oleh customer sebanyak RM 20. RM 10 baru jer dapat tadi daripada seorang PAK CIK. Dia bayar pakai kad kredit tapi dia keluarkan RM 10 bagi kat aku.


Duit yang lain hari Selasa RM 3 dan hari Rabu RM 4. Selebihnya adalah duit syiling yang dikumpul yang customer tinggalkan. Tapi aku tak pernah dapat tips macam member aku yang lain RM50 terus. Masyuk beb!!!

Saturday, March 19, 2011

BerHaTi-HaTi BaWa MotoR


Rempit memang best!!!
Everyday lepas kerja mesti aku merempit!!!
Korang bayangkanlah pukul 11 malam
jalan kosong ape lagi.....
Vrommmmmm!!!!


Memang syok giler tak terhingga
time pecut tu macam korang terbang.
Persoalan selama ni sudah terjawab....
Patut bebudak suka merempit.


Tapi hari ni time pergi kerja,
sesuatu peristiwa telah insafkan aku.
Aku pecut laju giler...
80km/ h.......
Dah la time hujan lebat.

Tiba-tiba ada halangan, aku
pun emergency brake la!!!
Motor aku skidding beb....
Bergoyang-goyang, nasib baik
aku dapat kawal dan
takde kereta lain.
Kalau tak masuk hospital @ KO
la aku hari ni.

Anyway, aku sekarang bawak motor
biasa-biasa jer, tak nak laju-laju.
Bahaya bro!!!
Jadi berhati-hatilah di jalan raya
sayangilah nyawa anda.

Thursday, March 17, 2011

LEpaK Kat ICe RoOM


Penat giler beb aku hari ini kerja. Dah la closing, nasib baik just lap meja. Customer pun ramai melantak jadi kerja lebih sikit la. Closing pun awal dalam pukul 10:30 pm manager dah suruh start. Time balik ayah aku amik aku. Mama aku pun ikut sekali.

Ayah aku ajak aku lepak-lepak dekat ICE ROOM depan rumah aku jer. Ni aku rasa baru second time aku makan kat sini. Hua...Hua.... Last sekali time bulan puasa tahun lepas. Makanan paling glamor adalah ICE. Aku nak citer pun tak tau la.


Ni la dua makanan @ dessert yang we'll order. MANGO ICE & PEANUT ICE. Ada la jugak ala-ala ABC tapi ni kira lagi moden la. Masyuk beb makan sejuk giler....  Puas jugak dengan harga yang berpatutan.


My mom and dad pun layan jugak makan kat sini. Masa baru bukak selalu jugak lepak dengan kakak aku.


AKSI-AKSI MENIKMATI ICE BABE




Untuk member-member aku semua kalau korang datang Bangi , aku belanja korang makan kat sini. Sedap beb!!! Konfem nak datang lagi......

Wednesday, March 16, 2011

Lawak Kampus Real Life In SMSJ


Korang semua mesti tau komik LAWAK KAMPUS yang disiarkan dekat komik GEMPAK. Pelukis komik ini adalah KEITH. Jadi aku nak cerita persamaan watak yang ada dalam komik ni dengan member aku semasa dekat SMSJ.


VANNESS @ WANCHENG 


Watak utama dalam LAWAK KAMPUS adalah Vanness. Orang yang paling sesuai dengan watak ni adalah WANCHENG. Korang nak tau sebab ape??? Coz WANCHENG merupakan seorang yang hyperactive dalam kelas dan selalu juga menyakat member-member lain. Idea dia memang banyak kalau nak kenakan orang . WANCHENG memang pandai buat lawak spontan dan mudah didampingi oleh sesiapa. WANCHENG merupakan penghidup happening dalam kelas aku seperti juga VANNESS yang menghidupkan LAWAK KAMPUS. WANCHENG seorang gamers dan mengikuti setiap perkembangan teknologi terbaru macam VANNESS.


ADITAS @ OJANG


Olahragawan sekolah aku masa tahun 2008, Amir Ojang. Dia memang berbakat giler dalam semua jenis sukan macam ADITAS. ADITAS merupakan pelari pecut yang sentiasa menang setiap tournament yang dia masuk . Pada tahun 2010, Ojang dah pecah rekod 100M sekolah aku. Ojang memang kencang. Tapi perbezaannya Ojang pembersih nak dibandingkan dengan ADITAS. Kah...kah.... Ojang ni jugak memang kaki sakat orang. Sekali korang kena dengan dia konfem panas beb. ADITAS juga suka buat camtu dekat member2 dia.


FROGGY @ EQAL

Eqal mempunyai persamaan dengan Froggy. Eqal memang friendly dan mempunyai ramai kawan. Tak kira la perempuan @ lelaki. Coz bebudak lain memang senang nak rapat dengan dia. Serupa juga dengan Froggy , kawan dia memang ramai giler sampaikan hantu pun boleh member dengan dia. Eqal memang selalu cemerlang dalam setiap ujian macam Froggy jugak. Eqal selalu la tolong member2 yang lain. Froggy anak orang kaya tapi pemurah macam Eqal, kalau orang kaya lain takde la camni. Hua2...hua2...

SI KOSONG @ ONGGER


Si Kosong selalu sangat kena dengan member @ Cikgu Noodles kerana selalu dapat kosong dalam peperiksaan. Kesian dia. Tapi benda tu takde kene mengena dengan Ongger coz Ongger mana penah dapat kosong , setiap kali ujian cemerlang jer. Aku rasa persamaan diorang adalah jadi mangsa keadaan. Ongger kesian aku tengok dia selalu kena kutuk LOADING @ BLUR.Macam Si Kosong jugak sebab tak pernah dapat markah lebih pada kosong.

BEPOP @ JOKER


Sebenarnya dulu Joker banyak jerawat macam BEPOP cuma tak pakai cermin mata jer. Kah..kah.... Member aku panggil dia BEPOP jadi watak ni memang sesuai dengan dia. Joker memang selalu kena buli dengan bebudak lain dan mempunyai angin tak tentu pasal. BEPOP pun selalu berangan pelik2 dan buat sesuatu luar pada norma. Tapi JOKER sekarang dah hensem takde jerawat hasil ubat HEALIN. Dua-dua cinta tak berbalas JOKER dgn AINI @ BEPOP dgn LISA. Kena reject beb!!!!

MICKEY SHARKHEAD @ DAMSIT IPAN


Mickey dengan Sharkhead dua sahabat yang akrab sesangat. Hobi diorang suka sangat interframe kalau mane2 orang mengambil gambar. Kalau gambar setiap kelas mesti ada diorang. DAMSIT aku rasa MICKEY sebab kalau nampak kamera mesti posing baik puyer. IPAN pulak sama dengan Sharkhead coz rambut IPAN hari-hari pegi sekolah macam TROJAN kah..kah...

AMI YUMI @ NANA DIDA


Kat SMSJ ada kembar seiras Radin Azreeda & Radin Azreena. Diorang memang nampak sama aku pun tak pasti mana satu NANA @ DIDA. Diorang memang serupa dengan kembar AMI & YUMI. Diorang memang selalu bersama-sama tak kira dan bila-bila masa. Kalau bergambar susah nak cam.

GENIUS @ PAK DEAN


Watak baru dalam LAWAK KAMPUS , Si Genius yang membuat penampilan pada tahun 2010. Dia mempunyai yang besar sebab terlampau genius. Lawak giler sampai terbalik beb kepala kat bawah kaki kat atas. Pak Dean memang sesuai sebab dahi dia luas serupa macam Si Genius. Pak Dean jugak mempunyai tahap IQ yang tinggi macam Si Genius. Dahi sama kepala jer saiz lain.

ANTHONY @ LUQMAN


Sape lagi yang paling hensem kat sekolah aku??? Luqman la beb. Anthony jugak antara bebudak yang hensem dalam LAWAK KAMPUS tapi taste dia kat awek pelik coz suka kat XENA. Tapi Luqman taste baik puyer!!! Memang diorang jadi pujaan awek-awek kat sekolah.

UNKNOWN @ AMAL


Bebudak kelas 5S3 selalu cakap Amal pelik. Aku pun tak tau apa yang pelik. Planet la diorang kata..... Watak sesuai dengan Amal adalah Unknown. Unknown kalau muncul tentu memberi kesan kepada watak dalam LAWAK KAMPUS. Tarian UNKNOWN memang gerek beb!!!


 PENGAWAS @ AKU

Pengawas yang selalu buat SPOT CHECK dalam LAWAK KAMPUS serupa macam aku coz SEMPOI!!!! Aku rasa aku adalah pengawas paling lepak. Sampaikan Cikgu HEM pun tak kenal aku. Aku sentiasa buat tugasan yang diberikan oleh KP. Member aku cakap aku bukan macam pengawas dah!!! Kah...kah..... Pengawas ni pun kalau buat SPOTCHECK siap back up member buat salah. Tapi aku tak macam tu.

SI KUCING @ AWANG

SI Kucing memang seekor kucing yang genius. Pakar dalam ICT coz boleh HACK PC orang lain. HI TECH gila Si Kucing sebab banyak gadjet yang dia ada. Kalau kat sekolah aku ada AWANG. Kucing kelas aku. Aktif giler kucing ni. Tapi persamaan diorang adalah sama2 cute!!!!

BOSS @ PAK WAN D' KANTIN

Dalam LAWAK KAMPUS aku rasa kantin dia paling kotor kat dunia. Korang bayangkan setiap kali VANNESS dengan member2 dia beli makanan konfem jumpa lipas. Tauke kantin tu namanya BOSS dan kantin sekolah aku PAK WAN. Tapi PAK WAN takde lah kotor macam ni sekali. Tapi tengok pic BOSS serupa macam PAK WAN.

WATAK YANG TAKDE

 Watak Guru Besar, Cikgu Noodle, Cikgu ????? memang takde dekat sekolah aku. Sebab dekat sekolah aku semua cikgu bagus2. Kalau diorang bertiga ni dah la pelik selalu jer kena ejek @ psiko dengan anak murid sendiri.
 XENA 

Aku rasa ni watak paling hodoh dalam LAWAK KAMPUS. Kesian kena kutuk. Kah...kah.... Kat sekolah aku takde la aweks yang muka cam dia ni. Perempuan sebenarnya semuanya cun tak kira fizikal @ dalaman.

KOnKLusInYA, WaTaK2 Dalam LAwAk KaMpuS meManG Ada KeNA meNGEna DeNgan MemBEr2 AkU WaLaUPun PerSAmaAnNya haNYAlah SediKIt.

Saturday, March 12, 2011

AkHirNyA TeKA-TeKI TElaH TerJAwaB!!!


Fuhhh!!! Selama 2 bulan berteka-teki
akhirnya terjawab jugak!!!
Tarikh result SPM dah di
konfemkan 23hb Mac
bersamaan dengan hari Rabu.

Thanks a lot to the
informer EQAL coz post
this information at FB.

Barulah hati aku lega sebab
memudahkan aku untuk
ambil cuti kerja.

Anyway hati still cuak
nak pegi ambil
result nun jauh ke
selatan.

Wednesday, March 2, 2011

PIzZA SaN FRaNsiScO


Genap sebulan aku kerja dekat PIZZA SAN FRANSISCO, BANDAR BARU BANGI. Kerja dekat sini memang best walaupun banyak kerja kena buat. Sebab semua staff kat sini sempoi giler beb. Aku teringat macam bebudak kelas  5S3 aku. Area manager aku kat sini nama dia BELINDA TENG, semua orang panggil dia MADAM. Tegas jugak orang nyer dan banyak membebel. Kekadang tu panas jugak telinga aku ni. Kah..kah...

Second manager aku pulak, Encik Azly tapi baru jer resigned sebab dapat kerja dekat bank.Encik Azly ni memang best, aku selalu lepak-lepak dengan dia.Macam member-member , kalau yang kaki berasap selalu join sekali dengan dia. Semalam baru jer second manager baru masuk, Encik Nizam. Rajin bebenar BRO ni!!! Sekali aku tengok cara dia semua serupa macam CIKGU NIZAM aku. Siap boleh cakap "GILA BEBENOR" & " DASYAT BETUL LA".

Supervisor yang lain Kak Fiqa & Kak Ila dua-dua memang baik. Kak Ila sekarang tengah sarat mengandung anak first. Kesian aku tengok dia buat kerja. ISH...ISH..... Paling sempoi diorang ni la, kalau nak minta cuti senang jer.


Member-member aku pulak ANIS, ARIF, MIMIE, SYAHMI & FAZRUL semua sebaya dan tengah tunggu result SPM. Kitorang memang kamceng giler la, walaupun baru sahaja berkawan. BRO EPUL , BRO ZALI, KAK YUS & KAK EMA semua pekerja tetap kat sini. Kiranya senior la. 

Walaupun baru sebulan aku dah belajar macam-macam benda baru kat sini. Aku belajar nak buat jus, ice blended, desserts dan macam-macam lagi. Keyakinan dalam diri aku pun dah meningkat untuk bercakap dengan orang lain. Aku juga dapat tingkatkan pengusaan bahasa Inggeris aku kerana selalu speaking in english. 

Sejak bekerja kat sini, tubuh badan aku semakin tough coz buat kerja yang berat-berat. Six packs dah start nampak. Dah lama aku idamkan body macam ni.HUA2...HUA2.... Muscles kat tangan jangan cakap la. Berketul-ketul.

Kalau opening paling tak best coz kena mop satu kedai. Penat siot...dah la kotor!!! Kalau closing aku tak kesah sangat balik lambat ker @ kotor ker. Tapi penat terus boleh balik rumah tidooooo!!!
Anyway aku kerja kat sini memang best!!! PEACE BEB!!

Tuesday, March 1, 2011

KeCeWA ArSENal KAlaH!!!


Aku malam tadi tak tidur semata-mata
nak tengok FINAL CARLING CUP
antara ARSENAL VS BIRMIGHAM CITY.
Aku ingatkan malam tadi merupakan
malam untuk ARSENAL melenyapkan
kebuntuan untuk mendapatkan PIALA.


Tapi malam tadi lain pulak yang jadi, ZIGIC first sekali memboloskan gawang ARSENAL.
Lepas tu RV Persie menyamakan kedudukan.
Banyak percubaan oleh ARSENAL yang tersasar.
WILSHERE shot kencang tapi kena palang la,
pulak. ISH...ISH....


Pada minit 89, Koncielny dengan Scezezny berebut bola
dekat depan gol tu beb. Dah la satu team. Apa lagi
Martins terus sepak slow masuk dalam gol.
Hati aku masa tu punyalah sedih sebab team favourite
aku kalah. SOB....SOB...


Akhirnya, CARLING CUP menjadi milik BIRMIGHAM CITY.
Diorang bukanlah kelab elit dalam BPL,
tapi boleh menang CUP. Tapi ARSENAL????


Aku amat kecewa dengan permainan Arsenal, malam tadi
malu sangat depan gol. Walaupun diorang main lawa, tapi
gol takde tak guna jugak.
Aku ingatkan ni peluang ARSENAL nak menang piala sebab
kalau piala lain konfem susah nak menang
FA CUP, BPL & CHAMPIONS LEAGUE


Anyway ARSENAL walaupun korang tak menang CARLING CUP
tapi aku still support korang.
I hope Arsenal can win another cups
for this season.