Sunday, February 12, 2012

Parody Made In Malaysia

     Assalamualaikum kawan-kawan semua! Hari Ahad memang hari yang sesuai untuk kita semua melepak & habiskan masa dengan ahli keluarga. Aku sebenarnya nak citer sikit pasal PARODY. Korang tau apa itu maksud PARODY??? Pada pemahaman aku PARODY merupakan olahan @ kenakan orang lain sebagai contoh logo @ muzik video.


     Parody especially video memang banyak kita boleh tonton dekat Youtube. Kebanyakan datang dari US kerana mereka bebas bersuara dan mempunyai daya kreativiti yang tinggi. Memang dah banyak video yang diorang buat berdasarkan muzik video artis-artis, drama TV dan filem-filem terkenal.


     Baru-baru ni baru aku sedar dekat Malaysia ada juga bakat-bakat yang terpendam oleh rakyat kita especially Generasi Y. Yang aku layan adalah muzik video Cinta Muka Bulu, Ada Lembu Nak Jaga & Aku Seksi Aku Tahu.

BEST MV PARODY MADE IN MALAYSIA

CINTA MUKA BULU

     First parody MV yang aku layan kat Youtube adalah Cinta Muka Bulu. Lagu ni sebenarnya berdasarkan lagu top Najwa Latif , Cinta Muka Buku. Dalam parody ni diorang just menukar buku menjadi bulu dan mengolah sedikit lirik asal lagu ini. Dari segi video memang berkualiti tinggi, siap dengan shooting dekat studio dan Tutti Frutti. Aku rasa kos buat video ni tinggi jugak la @ ada antara krew ni ada studio sendiri. 

     Ha..ha..Tapi memang gempak dan mirip dengan MV Najwa Latif. Diorang bukan nak menperkecilkan Najwa tapi mereka merupakan kipas-kipas susah mati Najwa Latif :) Kalau korang perasan lagu yang diorang buat ni ada digunakan oleh Boboi dalam Maharaja Lawak Mega. Thumbs up untuk korang semua.

Ada Lembu Nak Jaga

     Semua orang mesti tahu lagu Move Like Jaggers nyanyian Adam Levine feat. Christina Aguilera. Aku memang tak sangka ada insan yang kreatif bikin MV Parody berdasarkan lagu berbahasa Inggeris. Memang pikir luar kotak la pencipta MV ni sebab dari tajuk MOVE LIKE JAGGERS di Melayukan kepada ADA LEMBU NAK JAGA.

     Lirik yang aku dengar memang dicipta sendiri dan memang masuk ke dalam melodi original lagu tersebut. Layan jugak la aku dengar. Penyampaian dia pun best dekat kandang lembu. Ha..ha..pakaian pun simple je pakai singlet & kain pelikat. Awek kat dalam MV ni pun cun jugak. Dari aspek fotografi memang cantik giler macam video klip kos tinggi. Anyway bro aku nak cakap video korang memang best. 

AKU SEKSI AKU TAHU

     Lastly, MV ni memang gempak giler. Berdasarkan lagu Sexy and I Know It-LMFAO. Pemilik video ni ubah kepada Aku Seksi Aku Tahu. Jalan cerita dia best giler sebab dia gunakan daya kreativiti dalam IT untuk hasilkan video ni. Pelakon dia sorang jer lepas tu ada satu part dia duplicate diri dia jadi ramai. Ha..ha..paling aku suka time dia menari, comel giler!!! 

     Penyampaian pun best jugak. Mamat yang bikin ni mesti power guna Adobe After Effect tu boleh hasilkan video segempak ni. Lirik dia pulak pasal makan. Kah..kah..memang x jemu aku dengar lagu dia. Kalau aku dengar lagu original mesti kat telinga aku dengar lagu ni. Member aku cakap dia student UiTM Puncak Perdana, kos Human Science. Sekali aku ingatkan budak Computer Science coz kreatif sangat2. 

IWAN LANCIP

Another reason yang aku suka MV ni sebab peyanyi dia macam member aku IWAN LANCIP dia pun student HS. Credit to IWAN LANCIP.

Mencari konklusinya, aku harap lebih ramai lagi pemikir-pemikir yang kreatif dapat gunakan bakat korang menghasilkan Parody yang bermutu dan mengembirakan orang lain. Aku pun teringin nak buat video cam ni, tunggu je lah. Bye2 :)

Saturday, February 11, 2012

MV Neelofa


Salam semua!!! Hari ni aku nak cerita sikit pasal Neelofa. Selain berlakon dalam filem, drama, telefilem & iklan komersial. Neelofa juga berlakon dalam music video lagu untuk menyerikan lagi video tersebut. Video yang aku maksudkan adalah Janji oleh Akim & Bila Aku Jatuh Cinta oleh Awi Rafael.

JOM KITA SAMA-SAMA LAYAN

Awi Rafael- Bila Aku Jatuh Cinta


Akim AF - Janji



Friday, February 10, 2012

Happy Birthday Neelofa


Happy Birthday yang ke-23 tahun, Neelofa. Semoga dipanjangkan umur & dimurahkan rezeki. Saya sebagai peminat fanatik @ kipas-kipas susah mati Neelofa akan sentiasa menyokong kerjaya you dalam industri hiburan Malaysia. :)

     Sempena birthday Neelofa, aku nak kongsi sikit cerita kenapa aku suka sangat dengan Neelofa. Neelofa bermaksud bunga biru patut la orang pun cantik bak bunga yang mekar. Aku mula kenal Neelofa time 2010 time dia dalam Dewi Remaja 2010. Aku tahu pun sebab member bilik aku, Fadhli selalu beli majalah Remaja. So, aku tahu la setiap perkembangan peserta-peserta Dewi Remaja. 

     Selepas Neelofa memenangi pertandingan Dewi Remaja, aku terus ikut perkembangan karier Neelofa dalam industri hiburan. Neelofa berasal dari Kota Bharu @ Newcastle, Kelantan. Ramai ke awek-awek dari Kelantan lawa macam Neelofa :). Ha..ha...

     Aku ada terbaca dekat Internet yang Neelofa dulu bekas student MRSM so dia adalah antara ahli ANSARA. Tak sangka tu. Dari F1 sampai la ke F5 dia sekolah dekat situ. MRSM Langkawi memang top la antara sekolah-sekolah kat Malaysia. Paling aku respek kat Neelofa sebab dia dapat 10A+ dalam SPM. #gempakgilerseyh!!! Bukan senang nak jumpa selebriti yang bijak, cantik dan meletop cam Neelofa.


Dekat atas ni antara gambar-gambar Neelofa time sekolah dulu. Kecik-kecik dah comey dah besar lagi la cun. Kalau aku satu sekolah dengan dia dah lama kau tackle. Ha...ha...

     Aku mula tertarik dengan Neelofa time, kontroversi yang melanda dirinya yang mengaitkan dirinya dengan perpisahan Shah Jaszle dan Maria Farida. Aku rajin tonton Melodi jadi kebetulan Neelofa memperjelaskan isu yang melanda dirinya. Dengan tenang Neelofa jawab persoalan tu. Start pada tu la aku tertarik @ jatuh hati dengan Neelofa. Akhirnya persoalan tu terjawab di mana Shah Jaszle bercinta dengan Miera Leyana. Ha..ha..Aku memang percaya dengan kata-kata Neelofa.

Neelofa sekarang kita semua boleh tengok dia setiap hari Ahad pukul 2 petang. Rancangan Nona la dia mengacara dengan Farah Fauzana.Now, aku still follow Neelofa dalam Twitter & fanpage FB dia. Biasa la kalau kita dah minat dengan seseorang kita mesti obses nak tahu perkembangan dirinya. Anyway Neelofa saya harap you akan terus maju jaya dalam dunia hiburan & insyaallah akan menjadi primadona filem Malaysia.

Ni gambar Neelofa time AJL 26. Fuyoo!!! Cantik giler. I love you so much Neelofa. Saya harap satu hari nanti terserempak, terjumpa dengan Neelofa boleh la ambil gambar sama2. Dalam 3 shoots ke. Ha..ha..Nak mintak autgraf sekali :P I <3 NEELOFA