Friday, February 10, 2012

Happy Birthday Neelofa


Happy Birthday yang ke-23 tahun, Neelofa. Semoga dipanjangkan umur & dimurahkan rezeki. Saya sebagai peminat fanatik @ kipas-kipas susah mati Neelofa akan sentiasa menyokong kerjaya you dalam industri hiburan Malaysia. :)

     Sempena birthday Neelofa, aku nak kongsi sikit cerita kenapa aku suka sangat dengan Neelofa. Neelofa bermaksud bunga biru patut la orang pun cantik bak bunga yang mekar. Aku mula kenal Neelofa time 2010 time dia dalam Dewi Remaja 2010. Aku tahu pun sebab member bilik aku, Fadhli selalu beli majalah Remaja. So, aku tahu la setiap perkembangan peserta-peserta Dewi Remaja. 

     Selepas Neelofa memenangi pertandingan Dewi Remaja, aku terus ikut perkembangan karier Neelofa dalam industri hiburan. Neelofa berasal dari Kota Bharu @ Newcastle, Kelantan. Ramai ke awek-awek dari Kelantan lawa macam Neelofa :). Ha..ha...

     Aku ada terbaca dekat Internet yang Neelofa dulu bekas student MRSM so dia adalah antara ahli ANSARA. Tak sangka tu. Dari F1 sampai la ke F5 dia sekolah dekat situ. MRSM Langkawi memang top la antara sekolah-sekolah kat Malaysia. Paling aku respek kat Neelofa sebab dia dapat 10A+ dalam SPM. #gempakgilerseyh!!! Bukan senang nak jumpa selebriti yang bijak, cantik dan meletop cam Neelofa.


Dekat atas ni antara gambar-gambar Neelofa time sekolah dulu. Kecik-kecik dah comey dah besar lagi la cun. Kalau aku satu sekolah dengan dia dah lama kau tackle. Ha...ha...

     Aku mula tertarik dengan Neelofa time, kontroversi yang melanda dirinya yang mengaitkan dirinya dengan perpisahan Shah Jaszle dan Maria Farida. Aku rajin tonton Melodi jadi kebetulan Neelofa memperjelaskan isu yang melanda dirinya. Dengan tenang Neelofa jawab persoalan tu. Start pada tu la aku tertarik @ jatuh hati dengan Neelofa. Akhirnya persoalan tu terjawab di mana Shah Jaszle bercinta dengan Miera Leyana. Ha..ha..Aku memang percaya dengan kata-kata Neelofa.

Neelofa sekarang kita semua boleh tengok dia setiap hari Ahad pukul 2 petang. Rancangan Nona la dia mengacara dengan Farah Fauzana.Now, aku still follow Neelofa dalam Twitter & fanpage FB dia. Biasa la kalau kita dah minat dengan seseorang kita mesti obses nak tahu perkembangan dirinya. Anyway Neelofa saya harap you akan terus maju jaya dalam dunia hiburan & insyaallah akan menjadi primadona filem Malaysia.

Ni gambar Neelofa time AJL 26. Fuyoo!!! Cantik giler. I love you so much Neelofa. Saya harap satu hari nanti terserempak, terjumpa dengan Neelofa boleh la ambil gambar sama2. Dalam 3 shoots ke. Ha..ha..Nak mintak autgraf sekali :P I <3 NEELOFA

No comments:

Post a Comment