Salam semua. Hari ni memang memenatkan aku sebab terpaksa menunggu komuter selama 4 jam +++. Firstly, aku lepas solat Jumaat takde kelas, so ape lagi balik awal la. Sepatutnya kalau ada kelas aku kena balik dalam pukul 5ptg @ 6ptg. Aku ingatkan boleh la sampai awal ke rumah. Dalam pukul 3 petang baru gerak keluar dari Mahallah ke pintu pagar CFSIIUM.
Member aku Faiz Nizam join sekali aku sebab dia nak balik ke Ledang. Tiket dia pukul 5:30 petang dan ambil bas kat BTS. Time sampai je pintu pagar, ramai giler member,sahabat, teman & kenalan sedang menuggu bas. Since student Nilai masuk kat sini makin ramai aku tengok.
Aku dengan Faiz dapat bas yang second, kitorang terus naik dan nasib baik dapat tempat duduk. Full dalam bas serupa macam tin sardin. Ha...ha....Dalam bas aku juma Hasif & Shauki member futsal aku. Rupanya time kat stesen Universiti ramai student turun. Lepas diorang turun lengang sikit.
Sampai je Mid Valley kitorang beli tiket KTM dan lepas tu ronda-ronda kat dalam Mid Valley. Faiz nak cari game jadi aku temankan la. Penat jugak la meronda dengan aku bawak beg yg penuh dengan baju. Macam baru datang dari kampung. Kah..kah....
Pukul 4:30ptg kitorang gerak ke stesen KTM. Fuyoo!!! Ramai giler orang. Baru aku ingat hari ni semua orang kan start cuti jadi sesak la public transport. Aku rasa sebelum aku sampai memang takde train yang datang kot. Ramai semacam jer.
Dalam pukul 5:30ptg baru 3 komuter yang sampai, semuanya full bro nak masuk. Aku pun rasa nak rempuh jer, kesian pulak orang lain. Tapi kalau aku masuk memang tersepit tahap gaban la. Dah la aku bawak beg. Memang susah giler. Orang pun berebut-rebut nak masuk lagi la aku. Member aku Faiz dah terlepas bas, dia pun pasrah je la.
Tapi time tengah menuggu tu boring punye pasal member aku Faiz sembang dengan sorang awek. Nama awek tu Iffazira. Student Sime Darby College kat Shah Alam. Dia student SPA & ambil kos fisioterafi. Kitorang dah usha dulu dia time jalan-jalan dekat Mid Valley tadi tengah makan sorang-sorang. Ha...ha...Effa nak balik ke rumah kakak dia kat Ampang so dia ambil KTM ke BTS & then LRT terus ke Ampang.
Tunggu punya tunggu akhirnya sampai jugak komuter yang ke-7. Komuter ni takde la sesak sangat so mudah la kitorng nak menyelit masuk. Faiz & Effa diorang berhenti kat BTS dan pertemuan kitorng sampai situ jer. Aku kena tunggu lagi 3 stesen. Akhirnya jam 8:30malam, aku sampai jugak ke Stesen UKM. Ayah aku yang jemput aku dari sana & OTW balik ke rumah Faiz SMS aku, dia dah beli tiket bas pukul 11:30 malam ke Ledang. Bagus la.
Konklusinya, hari ni memang memenatkan coz menunggu selama 5 jam & berasak dengan orang lain. Ha..ha..Dah mengantuk giler ni, nak tidur la. Bye2 :)
No comments:
Post a Comment