Blog tersebut mengambil gambar di profil Facebook Amalina tanpa kebenarannya dan kesahihan gambar tersebut. Pemilik blog tersebut jugak memaparkan gambar-gambar Amalina.Sejak kontroversi ni keluar banyak tomahan yang dikeluarkan kepada Amalina. Ini bukan perkara pertama yag berlaku keatas Amalina tetapi sudah beberapa kali.
Pada pendapat aku, blogger tu tau ke kehidupan Amalina kat sana??? Hanya hakimi orang pada gambar??? Dan mereka cerita bukan-bukan mengenai Amalina??? Kalau blogger tu antara member-member rapat dan tau kehidupan yang sebenar boleh la kita terima. Gambar tersebut bagi aku takla seksi sangat tapi tidaklah keterlaluan seperti artis-artis tempatan @ remaja-remaja sekarang yang berani mendedahkan bahagian yang tidak sepatutnya.
First sekali, time aku tengok gambar tu memang terkejut. Tapi selepas menonton pengakuan dan kenyataan Amalina, aku anggap ini perkara biasa. Amalina memang suka bergaya sejak kecil lagi dan ibunya selalu memberikannya baju yang lawa-lawa belaka. Mengenai isu tudung pula dia kata hanya bertudung ketika pergi ke sekolah. Aku rasa isu ni jadi kecoh sebab imej Amalina ketika pertama kali dahulu yang bertudung.
Kita sebagai orang luar yang tiada kaitan dengannya memang la tak tau. Sebagai contoh Amalina ni saudara kita, kita tau macam mana orangnya. Kalau keluar gambar yang kontroversi katakan, ha..ha....kita akan rasa itu satu perkara biasa. Kehidupan Amalina yang dikatakan mengamalkan gaya hidup bebas adalah tidak benar. Dia hanya meluangkan masa bersama rakan-rakan. Alhamdulillah kenyataan dia yang mengatakan dia still solat dan membaca al-quran. Dia masih tahu batas-batas sebagai seorang muslimah.
Mengenai pengajian perubatan Amalina pula, dia menepis semua tomahan yag mengatakan dia tidak habiskan pengajian dan pulang ke Malaysia dengan senyap-senyap. Amalina sekarang berada di tahun akhir dan pada tahun ini akan pulang ke Malaysia. Kajian yang dilakukan oleh Amalina mendapat banyak pengiktirafan daripada pihak Universiti. Amalina akan menamatkan pelajaran dengan dua degree iaitu perubatan & farmatologi. Dia sekarang tengah sibuk menyiapkan buku kajian mengenai kanser rahim dan payudara yang merupakan tugasan terakhirnya.
Dekat atas ni merupakan kenyataan sahabat Amalina yang aku jumpa dekat sebuah blog. Lepas je member dia keluarkan kenyataan ni, semua orang terus berhenti kutuk Amalina dalam blog tersebut. Ha...ha...Anyway kita sebagai orang Islam janganlah nak sesuka hati fitnah orang lain sedangkan kita tak tau kebenarannya. Kita orang Melayu ni kuat cemburu dan iri hati pantang tengok orang lain berjaya. Kita kena beringat supaya sikap tu tidak akan makan diri kita pada satu hari nanti. Menyesal tak sudah.
Akhir sekali, aku sentiasa berdoa semoga Amalina Che Bakri akan berjaya dan menghabiskan pelajarannya pada tahun ini. Semoga Allah melindunginya daripada sebarang kemungkaran. Insyaallah.
# Amalina merupakan idola untuk aku dapat perfect score dalam SPM, tapi aku hanya dapat separuh daripada result Amalina. :)
No comments:
Post a Comment