Sunday, January 1, 2012

Welcome 2012



Selamat Tahun Baru aku ucapkan kepada seluruh rakyat Malaysia. Malam tadi aku tengok dekat TV ramai giler orang yang bersama-sama menyambut tahun baru di venue-venue seperti KLCC, Dataran Merdeka & Shah Alam. Dekat FB ramai jugak yang mengucapkan tahun baru. Setiap kali tiba tahun baru mesti orang akan bertanya mengenai azam. Kita memang perlukan azam untuk menambah baikkan diri atau pencapaian dalam kehidupan.

     Aku sebenarnya memang setiap tahun ada azam baru, kadangkala azam kita ada yang kita ada dapat capai dan ada jugak yang tertangguh. Anyway sempena tahun baru 2012 ni aku nak berkongsi azam aku dengan korang semua.

     Azam aku pada tahun ni lebih kepada aspek pembelajaran. Pada tahun ini, insyaallah kalau tiada aral yang melintang aku akan menghabiskan program asasi aku di UIAM. So, sebagai pelajar aku berazam untuk belajar bersungguh-sungguh, sentiasa memberi  tumpuan ketika lecturer mengajar dan tidak membuat ulangkaji pada minit-minit akhir.

     Target aku untuk menghabiskan asasi ni dengan CGPA 3.5 dan ke atas. Aku rasa tidak mustahil untuk aku mencapai azam aku ni. Aku perlu berusaha dan mempunyai azam yang tinggi untuk Berjaya. Aku ingin merebut peluang untuk mendapatkan biasiswa OIC yang ditawarkan oleh UIAM, sekiranya mencapai target yang telah ditetapkan.

     Inilah peluang aku nak menebus semula peluang mendapatkan biasiswa setelah gagal mendapatkan ketika SPM. Aku juga ingin memohon biasiswa lain dan sekiranya rezeki murah untuk melanjutkan pelajaran ke luar Negara aku tidak akan melepaskannya. Insyaallah.

     Azam aku dari segi lain adalah pencapaian dalam bidang sukan. Aku nak aktif dalam apa-apa pu pertandingan yang dianjurkan pihak university ataupun NGO. Tak kira lah futsal, bola sepak ataupun larian. Tahun ni aku berazam ingin menyertai beberapa banyak Larian Amal @ Pertandungan yang dianjurkan oleh kerajaan @ NGO.

     Aku berazam sentiasa menjaga kesihatan diri untuk mengelakkan sebarang penyakit berbahaya. Mendapatkan tubuh bandan yang sihat, fit dan stamina yang tinggi.

Aspek kerohanian juga amat penting. Aku akan sentiasa berusaha meningkatkan keimanan kepada Allah dan memperbanyakkan amalan ibadat.  Tahun Baru sebenarnya bukannya kita perlu perlu berseronok tetapi takut kerana usia bertambah atau pada tahun ini ajal akan menjempu kita. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.

No comments:

Post a Comment