Monday, January 2, 2012

Tahniah Osbon



Aku tertarik dengan artikel mengenai Osbon di akhbar sisipan HIP hari ni. Kita semuakan tahu bahawa Osbon menjuarai Maharaja Lawak Mega. Mereka mengalah Boboi yang memang dasar popular dan mempengaruhi ramai rakyat Malaysia. Pasukan Osbon merupakan gabungan Mr Os dan Abon.

     Osbon membawa pulang hadiah kemenangan berjumlah RM350,000. Kenyataan yang dikeluarkan Mr Os sungguh menarik dan menyentuh hati aku. Dia akan terus meneruskan pekerjaan sebagai pemandu teksi untuk terus menyara keluarganya. Walaupun pendapatan yang tidak menentu tapi dia rasa itu adalah yang terbaik.

     Mr Os juga berkata dia akan menggunakan duit tersebut untuk membaik pulih teksi miliknya. Manakala Abon akan meneruskan kerjaya sebagai pelawak dan memenuhi sebarang jemputan. Aku bangga dengan Mr Os kerana dia begitu merendah diri. Aku pernah baca akhbar tentang Mr Os, dia memulangkan RM50K kepada penumpng yang tertinggal duit dalam teksinya. Orang yang jujur selalunya murah rezeki, dia dibalas dengan menerima RM5K dari pemiliknya sebgi ucapan terima kasih.

Apa-apa pun aku nak ucapkan tahniah ke atas kejayaan Osbon. Memang rezeki korang murah dengan menjuarai MLM. Alhamdulillah. Semoga korang Berjaya meneruskan kerjaya masing-masing.

No comments:

Post a Comment