Saturday, December 24, 2011

Single Terbaru Najwa Latif-Ku Ada Mu

Najwa Latif - Ku Ada Mu

Oh…oh…oh…
Pada muka luar jendela
Melihat kebesarannya
Mensyukuri segala nikmat
Yang dikurnia dan didengar
Kau berikan ku kekuatan
Untuk berpegang pada jalan
Walau penuh dengan cabaran
Ku tahu ku ada mu
Tuhan

#CHORUS
Kerna kau yang satu yang setia bersama ku
Dikalau ku jatuh ku bangkit
Kerna mu
Ku tahu ku ada mu disisiku selalu
Bantulah hambumu mencari keredhaan mu

Oh…oh…oh…
Ku tahuku ada mu
Oh..oh…oh…
Ku adamu selalu
#Ulang chorus

"Jom dengar lagu ni"


Thursday, December 8, 2011

Komen-komen di Facebook

     Setelah kekalahan yang mengejutkan Manchester United dan tidak lepas ke pusingan kedua UCL, bagi penyokong-penyokong kelab lain seperti Arsenal & Chelsea mengutuk peminat-peminat MU kerana kekalahan yang memalukan. 


     Pagi-pagi aku bukak FB tengok banyak komen dari member-member aku yang memang fanatik kelab especially Arsenal & Chelsea.


Penyokong Chelsea
Komen daripada Zober ni aku suka. Kiranya pendatang baru kelab dari Cyprus pun boleh jadi juara kumpulan G. Tapi MU ha..ha..:P

Penyokong Arsenal

Amal ni memang penyokong setia Arsenal. Memang semua member-member dia yang fans MU kena pangkah. Nice2. Hidup ARSENAL!!!

Europa League 2011/2012

     Tahun ni aku rasa bukan setakat Champions League yang aku layan Europa League pun sekali. Ha..ha..Europa League memang jarang peminat bola dekat Malaysia ni layan. Aku ada jugak la layan setiap kali ada match daan yang selalu aku tengok team EPL yang main. Tu je yang best.


      Untuk season ni aku rasa lebih best sebab sepanjang aku ikut perkembangan bola sepak antarabangsa, 1st time aku tengok Manchester United main kat Europa League. Memang janggal la selalunya team MU ni main UCL je tak main la EL. Semua team yang dapat tempat ketiga grouping UCL akan masuk 32 pasukan dalam Europa League termasuklah Manchester City.

Shock! Both MANCHESTERS out for 2nd Round UCL


Salam semua! Hari ni aku nak tulis pasal Champions League match pagi tadi. UCL untuk musim 2011/2012 memang tak dapat dijangka. Korang bayangkan Manchester United finalis untuk last season tak lepas grouping dan layak untuk main dekat Europa League sahaja. Perlawanan malam ni sepatutnya MU kena seri ataupun menang sekiranya nak layak ke 2nd round.


     Dekat atas ni merupakan kedudukan pasukan dalam Group C selepas perlawanan terakhir dalam kumpulan. 


     Perlawanan antara Basel vs MU memang gempak. Macam final game tu. MU dikejutkan dengan gol pembukaan dengan volley cantik dari striker Basel , Streller pada minit ke-9. Time ni nampak banyak lagi peluang untuk MU samakan kedudukan. Tapi pada 6 minit terakhir Frei score dan sukarkan lagi MU untuk seri.Last minute Phil Jones score dan berakhir dengan 2-1. Basel dapat kutip 3 mata manakala MU terpaksa akur dan beraksi di Europa League.


     Kelab yang berbelanja besar & mempunyai ramai pemain terbaik daripada kelab seluruh liga, Manchester City turut mengikut jejak MU ke Europa League. ManCity merupakan penampilan ertama beraksi di UCL. Walaupun mencatat kemenangan 2-0 ke atas Bayern Munich menerusi gol Silva & Yaya Toure nasib tak menyebelahi mereka. Napoli menang 2-0 ke atas Villareal. Sekiranya Napoli kalah pagi tadi maka ManCity turut layak tetapi semuanya adalah nasib.


Kedudukan terakhir pasukan setelah perlawanan ke-6 dalam kumpulan A.