Thursday, December 8, 2011

Shock! Both MANCHESTERS out for 2nd Round UCL


Salam semua! Hari ni aku nak tulis pasal Champions League match pagi tadi. UCL untuk musim 2011/2012 memang tak dapat dijangka. Korang bayangkan Manchester United finalis untuk last season tak lepas grouping dan layak untuk main dekat Europa League sahaja. Perlawanan malam ni sepatutnya MU kena seri ataupun menang sekiranya nak layak ke 2nd round.


     Dekat atas ni merupakan kedudukan pasukan dalam Group C selepas perlawanan terakhir dalam kumpulan. 


     Perlawanan antara Basel vs MU memang gempak. Macam final game tu. MU dikejutkan dengan gol pembukaan dengan volley cantik dari striker Basel , Streller pada minit ke-9. Time ni nampak banyak lagi peluang untuk MU samakan kedudukan. Tapi pada 6 minit terakhir Frei score dan sukarkan lagi MU untuk seri.Last minute Phil Jones score dan berakhir dengan 2-1. Basel dapat kutip 3 mata manakala MU terpaksa akur dan beraksi di Europa League.


     Kelab yang berbelanja besar & mempunyai ramai pemain terbaik daripada kelab seluruh liga, Manchester City turut mengikut jejak MU ke Europa League. ManCity merupakan penampilan ertama beraksi di UCL. Walaupun mencatat kemenangan 2-0 ke atas Bayern Munich menerusi gol Silva & Yaya Toure nasib tak menyebelahi mereka. Napoli menang 2-0 ke atas Villareal. Sekiranya Napoli kalah pagi tadi maka ManCity turut layak tetapi semuanya adalah nasib.


Kedudukan terakhir pasukan setelah perlawanan ke-6 dalam kumpulan A.

No comments:

Post a Comment