Wednesday, March 2, 2011

PIzZA SaN FRaNsiScO


Genap sebulan aku kerja dekat PIZZA SAN FRANSISCO, BANDAR BARU BANGI. Kerja dekat sini memang best walaupun banyak kerja kena buat. Sebab semua staff kat sini sempoi giler beb. Aku teringat macam bebudak kelas  5S3 aku. Area manager aku kat sini nama dia BELINDA TENG, semua orang panggil dia MADAM. Tegas jugak orang nyer dan banyak membebel. Kekadang tu panas jugak telinga aku ni. Kah..kah...

Second manager aku pulak, Encik Azly tapi baru jer resigned sebab dapat kerja dekat bank.Encik Azly ni memang best, aku selalu lepak-lepak dengan dia.Macam member-member , kalau yang kaki berasap selalu join sekali dengan dia. Semalam baru jer second manager baru masuk, Encik Nizam. Rajin bebenar BRO ni!!! Sekali aku tengok cara dia semua serupa macam CIKGU NIZAM aku. Siap boleh cakap "GILA BEBENOR" & " DASYAT BETUL LA".

Supervisor yang lain Kak Fiqa & Kak Ila dua-dua memang baik. Kak Ila sekarang tengah sarat mengandung anak first. Kesian aku tengok dia buat kerja. ISH...ISH..... Paling sempoi diorang ni la, kalau nak minta cuti senang jer.


Member-member aku pulak ANIS, ARIF, MIMIE, SYAHMI & FAZRUL semua sebaya dan tengah tunggu result SPM. Kitorang memang kamceng giler la, walaupun baru sahaja berkawan. BRO EPUL , BRO ZALI, KAK YUS & KAK EMA semua pekerja tetap kat sini. Kiranya senior la. 

Walaupun baru sebulan aku dah belajar macam-macam benda baru kat sini. Aku belajar nak buat jus, ice blended, desserts dan macam-macam lagi. Keyakinan dalam diri aku pun dah meningkat untuk bercakap dengan orang lain. Aku juga dapat tingkatkan pengusaan bahasa Inggeris aku kerana selalu speaking in english. 

Sejak bekerja kat sini, tubuh badan aku semakin tough coz buat kerja yang berat-berat. Six packs dah start nampak. Dah lama aku idamkan body macam ni.HUA2...HUA2.... Muscles kat tangan jangan cakap la. Berketul-ketul.

Kalau opening paling tak best coz kena mop satu kedai. Penat siot...dah la kotor!!! Kalau closing aku tak kesah sangat balik lambat ker @ kotor ker. Tapi penat terus boleh balik rumah tidooooo!!!
Anyway aku kerja kat sini memang best!!! PEACE BEB!!

No comments:

Post a Comment