Sunday, August 1, 2010

Hari Kokurikulum SMSJ 2010

Pada 31 hb Julai 2010, sekolah aku telah mengadakan Hari Kokurikulum. Best giler!!!! Korang nak tau x??
Sebab ade pertandingan futsal. Time ni la aku ngan Projek Pelangi nak tunjukkan kehebatan. Lagi best sebab ade team jemputan drpd sekolah luar lagi gempak beb!!!
Aku sebagai pengurus & pemain bersungguh-sungguh utk menang tournament ni.
Aku dah siapkan smua players aku ngan jersey warna oren siap nombor beb.
Pandai-pandai la aku bajet. RM20 dah dpt murah dan jimat.
Tapi team yg kitorang hantar merupakan team Metro dan dimantapkan lagi ngan Luqman & Azfar.
Good job boys!!!

Ni la pemain harapan Projek Pelangi FC.

GK : Azfar Omar
DF : Amalimran
DF : P. Yuhan
DF : Shazwan Kancel
DF/ FW : Luqman Hakim ( captain )
DF/FW : M. Alif / Mr James ( vice-captain )
FW : Kugan
FW : Sofyan Hamdan

Aku telah mencabut undi dan P. Pelangi grouping dgn team bwh 15thn sekolah. Power beb team ni la yg dpt 2nd place masa MSSD Kluang. Gerun beb aku. Lagi satu team adalah team luar, SM Taman Seri Intan.
Masa 1st game kitorang lwn team F3 beb. Susah giler. Aku ngan team mates main under pressure, susah la nak menang. Kami kalah 3-0.
Aku slaku pengurus telah berfikir dan mengubah formasi dgn 3 orang defender dan seorang striker. Idea ini juga merupakan idea Amal yg dikenali sebagai fanatik bola.
Strategi ini membuahkan hasil kami sekadar seri tanpa gol. tapi pencapaian yg memuaskan.

Kami telah layak ke pusingan kalah mati dan bertemu dgn team F4. Team ni power gak ade Azizul, Aiman Adam & bebudak power bola. Dgn strategi yg sama kami di heret ke penentuan penalti. Azfar telah beraksi cemerlang dgn menyelamatkan sepakan penentu. Azfar sungguh cekap dan dlm match tu smua players memberikan peranan yg cukup memberangsangkan.

Kami mengharapkan dpt melangkah ke semi-final. Kami telah bertemu dgn team F3. Ape tah namanyer aku pun dah lupe. Tapi team  ni ade Acho ngan Ong. Permainan yg agak tough dan aku rasa possession adalah 50%-50%. Kapten, Luqman ada try bola kencang tapi dinafikan oleh tiang dan Sofyan ada mendpt peluang dgn larian solo tetapi sepakannya off target. Bagaimanapun Sofyan cukup menyerlah disamping Kancel sebagai pertahanan yg kental. Permainan ditentukan oleh sepakan penalti.

Aku berasa amat gemuruh dan kami tidak dapat menyempurnakan ketiga-tiga penalti . Kami kalah 0-2.
Kami sedih tetapi bangga dgn rekod yg kami cipta. Kami tidak dpt jumpa dgn team Penganjur di semi-final.
Apa-apa pun aku selaku pengurus mengucapkan tahniah kat Projek Pelangi FC dan aku harap team ni akan terus kekal dan akan memenagi pertandingan lain pd satu hari kelak.

No comments:

Post a Comment