Wednesday, March 16, 2011

Lawak Kampus Real Life In SMSJ


Korang semua mesti tau komik LAWAK KAMPUS yang disiarkan dekat komik GEMPAK. Pelukis komik ini adalah KEITH. Jadi aku nak cerita persamaan watak yang ada dalam komik ni dengan member aku semasa dekat SMSJ.


VANNESS @ WANCHENG 


Watak utama dalam LAWAK KAMPUS adalah Vanness. Orang yang paling sesuai dengan watak ni adalah WANCHENG. Korang nak tau sebab ape??? Coz WANCHENG merupakan seorang yang hyperactive dalam kelas dan selalu juga menyakat member-member lain. Idea dia memang banyak kalau nak kenakan orang . WANCHENG memang pandai buat lawak spontan dan mudah didampingi oleh sesiapa. WANCHENG merupakan penghidup happening dalam kelas aku seperti juga VANNESS yang menghidupkan LAWAK KAMPUS. WANCHENG seorang gamers dan mengikuti setiap perkembangan teknologi terbaru macam VANNESS.


ADITAS @ OJANG


Olahragawan sekolah aku masa tahun 2008, Amir Ojang. Dia memang berbakat giler dalam semua jenis sukan macam ADITAS. ADITAS merupakan pelari pecut yang sentiasa menang setiap tournament yang dia masuk . Pada tahun 2010, Ojang dah pecah rekod 100M sekolah aku. Ojang memang kencang. Tapi perbezaannya Ojang pembersih nak dibandingkan dengan ADITAS. Kah...kah.... Ojang ni jugak memang kaki sakat orang. Sekali korang kena dengan dia konfem panas beb. ADITAS juga suka buat camtu dekat member2 dia.


FROGGY @ EQAL

Eqal mempunyai persamaan dengan Froggy. Eqal memang friendly dan mempunyai ramai kawan. Tak kira la perempuan @ lelaki. Coz bebudak lain memang senang nak rapat dengan dia. Serupa juga dengan Froggy , kawan dia memang ramai giler sampaikan hantu pun boleh member dengan dia. Eqal memang selalu cemerlang dalam setiap ujian macam Froggy jugak. Eqal selalu la tolong member2 yang lain. Froggy anak orang kaya tapi pemurah macam Eqal, kalau orang kaya lain takde la camni. Hua2...hua2...

SI KOSONG @ ONGGER


Si Kosong selalu sangat kena dengan member @ Cikgu Noodles kerana selalu dapat kosong dalam peperiksaan. Kesian dia. Tapi benda tu takde kene mengena dengan Ongger coz Ongger mana penah dapat kosong , setiap kali ujian cemerlang jer. Aku rasa persamaan diorang adalah jadi mangsa keadaan. Ongger kesian aku tengok dia selalu kena kutuk LOADING @ BLUR.Macam Si Kosong jugak sebab tak pernah dapat markah lebih pada kosong.

BEPOP @ JOKER


Sebenarnya dulu Joker banyak jerawat macam BEPOP cuma tak pakai cermin mata jer. Kah..kah.... Member aku panggil dia BEPOP jadi watak ni memang sesuai dengan dia. Joker memang selalu kena buli dengan bebudak lain dan mempunyai angin tak tentu pasal. BEPOP pun selalu berangan pelik2 dan buat sesuatu luar pada norma. Tapi JOKER sekarang dah hensem takde jerawat hasil ubat HEALIN. Dua-dua cinta tak berbalas JOKER dgn AINI @ BEPOP dgn LISA. Kena reject beb!!!!

MICKEY SHARKHEAD @ DAMSIT IPAN


Mickey dengan Sharkhead dua sahabat yang akrab sesangat. Hobi diorang suka sangat interframe kalau mane2 orang mengambil gambar. Kalau gambar setiap kelas mesti ada diorang. DAMSIT aku rasa MICKEY sebab kalau nampak kamera mesti posing baik puyer. IPAN pulak sama dengan Sharkhead coz rambut IPAN hari-hari pegi sekolah macam TROJAN kah..kah...

AMI YUMI @ NANA DIDA


Kat SMSJ ada kembar seiras Radin Azreeda & Radin Azreena. Diorang memang nampak sama aku pun tak pasti mana satu NANA @ DIDA. Diorang memang serupa dengan kembar AMI & YUMI. Diorang memang selalu bersama-sama tak kira dan bila-bila masa. Kalau bergambar susah nak cam.

GENIUS @ PAK DEAN


Watak baru dalam LAWAK KAMPUS , Si Genius yang membuat penampilan pada tahun 2010. Dia mempunyai yang besar sebab terlampau genius. Lawak giler sampai terbalik beb kepala kat bawah kaki kat atas. Pak Dean memang sesuai sebab dahi dia luas serupa macam Si Genius. Pak Dean jugak mempunyai tahap IQ yang tinggi macam Si Genius. Dahi sama kepala jer saiz lain.

ANTHONY @ LUQMAN


Sape lagi yang paling hensem kat sekolah aku??? Luqman la beb. Anthony jugak antara bebudak yang hensem dalam LAWAK KAMPUS tapi taste dia kat awek pelik coz suka kat XENA. Tapi Luqman taste baik puyer!!! Memang diorang jadi pujaan awek-awek kat sekolah.

UNKNOWN @ AMAL


Bebudak kelas 5S3 selalu cakap Amal pelik. Aku pun tak tau apa yang pelik. Planet la diorang kata..... Watak sesuai dengan Amal adalah Unknown. Unknown kalau muncul tentu memberi kesan kepada watak dalam LAWAK KAMPUS. Tarian UNKNOWN memang gerek beb!!!


 PENGAWAS @ AKU

Pengawas yang selalu buat SPOT CHECK dalam LAWAK KAMPUS serupa macam aku coz SEMPOI!!!! Aku rasa aku adalah pengawas paling lepak. Sampaikan Cikgu HEM pun tak kenal aku. Aku sentiasa buat tugasan yang diberikan oleh KP. Member aku cakap aku bukan macam pengawas dah!!! Kah...kah..... Pengawas ni pun kalau buat SPOTCHECK siap back up member buat salah. Tapi aku tak macam tu.

SI KUCING @ AWANG

SI Kucing memang seekor kucing yang genius. Pakar dalam ICT coz boleh HACK PC orang lain. HI TECH gila Si Kucing sebab banyak gadjet yang dia ada. Kalau kat sekolah aku ada AWANG. Kucing kelas aku. Aktif giler kucing ni. Tapi persamaan diorang adalah sama2 cute!!!!

BOSS @ PAK WAN D' KANTIN

Dalam LAWAK KAMPUS aku rasa kantin dia paling kotor kat dunia. Korang bayangkan setiap kali VANNESS dengan member2 dia beli makanan konfem jumpa lipas. Tauke kantin tu namanya BOSS dan kantin sekolah aku PAK WAN. Tapi PAK WAN takde lah kotor macam ni sekali. Tapi tengok pic BOSS serupa macam PAK WAN.

WATAK YANG TAKDE

 Watak Guru Besar, Cikgu Noodle, Cikgu ????? memang takde dekat sekolah aku. Sebab dekat sekolah aku semua cikgu bagus2. Kalau diorang bertiga ni dah la pelik selalu jer kena ejek @ psiko dengan anak murid sendiri.
 XENA 

Aku rasa ni watak paling hodoh dalam LAWAK KAMPUS. Kesian kena kutuk. Kah...kah.... Kat sekolah aku takde la aweks yang muka cam dia ni. Perempuan sebenarnya semuanya cun tak kira fizikal @ dalaman.

KOnKLusInYA, WaTaK2 Dalam LAwAk KaMpuS meManG Ada KeNA meNGEna DeNgan MemBEr2 AkU WaLaUPun PerSAmaAnNya haNYAlah SediKIt.

8 comments:

  1. yeah2.....taw r dye pengawas...nak gak.. :) nice post r..

    ReplyDelete
  2. waahhh..

    two thumbs up bro :)

    hehe..aku ? froggy ? acceptable la..

    ReplyDelete
  3. like2 hahaha~
    aq nak jd Lisa bley? ngeee XD

    ReplyDelete
  4. pakdean: memang ko serupa ngan si genius
    hua2..hua2...

    odey chan: boleh jer kah..kah...

    ReplyDelete
  5. haha.. sama la.. bestnya ada real macam nie.. hoho

    ReplyDelete
  6. thanx la member, unknown pun unknown la

    ReplyDelete