Monday, June 4, 2012

Ajal Maut Di Tangan Tuhan

     Assalamualaikum kawan-kawan semua. Korang semua mesti pelik kenapa aku nak update pasal "AJAL MAUT DI TANGAN TUHAN" kan?? Semua bermula pagi tadi time aku online after solat subuh. Aku terus bukak TWITTER aku. Kalau bukak twitter aku suka baca trending la. Tapi aku tertarik dengan satu trending iaitu YASMIN HUNWICK.



     Aku tertanya-tanya sape YASMIN HUNWICK. Jadi aku click trending tu and then semua orang tweet supaya mendoakan dan bacakan al-fatihah buat YASMIN HUNWICK. So aku search kat google & terjumpalah blog dia. Aku ada baca biodata dia & dia baru sahaja berumur 17thn.


Ni blog arwah Klik sini

     Aku ada jugak bukak TWITTER milik arwah  Yasmin Hunwick. Arwah baru sahaja tweet beberapa jam sebelum meninggal dunia. Setakat ni yang aku baca kat TWITTER daripada sahabat yang mengenali arwah, arwah bersama dua orang rakan telah dilanggar lari oleh van. Aku berdoa semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan ALLAH mengampuni dosa-dosa arwah. Semoga syurga menjadi tempat untuk arwah. Insyaallah.

     Walaupun aku tidak mengenali arwah sebelum beberapa jam tadi, tapi aku berasa sebak setelah membaca pemergian arwah. Jujur aku cakap air mata aku nak mengalir. Sebenarnya ajal maut semuanya ALLAH yang tentukan. Bila-bila masa sahaja ALLAH akan tarik nyawa kita tidak kira time tidur, makan dan sebagainya. Tak tau kalau lepas aku tulis blog ni ALLAH akan menjemput aku menghadapnya.


     Peristiwa yang berlaku pagi tadi betul-betul menginsafkan aku. Aku berasa takut untuk mati bukan kerana cintakan duniawi tapi aku takut jikalau amalan aku tidak cukup lagi untuk bekalan Hari Akhirat kelak. Aku dapat merasakan hidup aku tidak panjang dan bila-bila masa boleh pergi. Aku berjanji pada diri akan sentiasa beramal dan melaksanakan segala perintah ALLAH. Insyallah.

# AL-FATIHAH buat arwah Yasmin Hunwick.

1 comment: