Saturday, February 7, 2015

Sekiranya Finalist MLM2014 Student Universiti

Malam tadi berakhirnya Maharaja Lawak Mega 2014 yang telah berlangsung selama 13 minggu. Tahniah kepada Zero yang telah menjadi juara. Zero telah mengalahkan juara bertahan Sepahtu yg merangkul tempat kedua. Manakala Nabil tempat ke-3, Shiro tempat ke-4 & Bocey tempat ke-5.

Korang dapat bayangkan tak macam mane kalau finalist MLM2014 adalah pelajar universiti? Aku buat kesimpulan ni berdasarkan persembahan dorang time final dan mingu-minggu sebelumnya.

1) Bocey



Bocey ni dorang student yang jenis sempoi & rileks jer time study. Target dorang memang untuk pass final exam. So time final dorang memang watlekwatpeace jer  sebab dorang dah konfem boleh pass.

2) Shiro


Shiro pulak adalah student yang rajin & konsisten semasa di beri tugasan. Tetapi ada jugak naik turunnya. Walaupun dorang punya carry mark dah tinggi tapi dorang still berusaha nak dapatkan yang terbaek. Tapi time final kira dorang tak perform sangat dan dorang x dapat capai target. Sepatutnya dorang boleh dapat B+ tapi dorang hanya dapat B.

3)Nabil


Nabil ni jenis student yang nakal. Dia selalu jer kenakan kawan-kawan dia yang lain & orang lain. Nabi; nakal tapi selalu perform setiap kali exam. Memang ramai tak puas hati selalunya kalau student camni. Hihihihi. Nabil memang target dia takde la tinggi sangat untuk final tapi akhirnya dia buktikan dia dapat B+.

4) Sepahtu


Sepahtu ni pulak jenis pelajar yang rileks & sempoi jer time study. Dorang kalau nak exam preparation pun ala kadar jer. Tapi setiap kali exam jer perform, kira macam dorang study walaupun sikit tapi tetap masuk time exam. Dorang time final memang dah buat yang terbaek & push out semua idea-idea dan dorang still puas hati sebab dapat result A-.

5) Zero

Zero ni merupakan student yang low profile. Student yang jenis rajin berusaha & akan buat yang terbaek untuk mencapai keputusan cemerlang. Walaupun beberapa kali hampir kecundang tapi dorang tetap bangkit untuk capai kejayaan. Akhirnya untuk final Zero dapat buktikan Zero layak mendapat keputusan A+. 








No comments:

Post a Comment