Friday, September 9, 2011

Kad Raya Istimewa


Fuyooo!!! Sape yang bagi kad raya ni???? 


Siti Nurhaliza tu!!!! Apasal korang tak percaya ker???

Siap ada ucapan lagi tu!!!

Signature Siti Nurhaliza, asli punyer....


Kawan-kawan semua korang pernah tak dapat kad raya dari mana-mana artis??? Aku just Siti Nurhaliza jer la. Firstly, aku hantar kad raya masa tahun 2003. Raya 2004 aku terkejut dapat balasan kad raya daripada Siti Nurhaliza. Tapi kad raya yang first aku dapat tu dah hilang.

Kad raya yang kat atas ni masa raya 2005. Aku memang kipas-kipas susah mati Siti Nurhaliza. Since aku kecil lagi aku membesar dengan lagu Siti. Kah..kah.. Sejak aku pindah ke Bangi memang dah tak dapat la. Memang best dapat kad raya dari artis yang kita minat.

Sunday, September 4, 2011

Back To School @ College


Kawan-kawan semua, hari kita semua kena balik semula ke kolej dan yang masih bersekolah akan kembali ke sekolah. Seminggu bercuti memang best la. Macam-macam aktiviti dapat buat lagi-lagi cuti raya. Syukur aku duduk dekat je, malam baru aku gerak ke UIA.

     Lepas ni sibuk la, final exam dalam bulan ni. Lepas tu nak siapkan tutorial lagi dan lab session tak habis. Pening-pening. Next week ada English speaking test dan Study Circle Exam. Tapi takpe bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian.

Insyaallah, balik je nanti nak buat puasa sunat 6. Yang nak balik tu janganlah sedih, kah..kah...Kehidupan mesti diteruskan, kembali kepada fitrah.







Saturday, September 3, 2011

Mid Valley PC Fair '11


Assalamualaikum semua! Hari ni aku nak pergi Mid Valley sebab ada PC Fair. Lepas Zohor kami sekeluarga ke sana. Mama aku nak shopping barang, aku dan ayah aku pulak nak pegi kat PC Fair. Ayah aku angkut sebijik laptop ACER 10 inch. Harga RM1K. Ayah aku saja beli kecik sebab senang nak bawa ke kelas mengajar.


     Aku pulak membeli barang lain. Ingatkan nak beli hard disk 1TB, tapi aku tengok harga sama je dengan LOW YAT. JAdi aku pergi ke Microsoft punya tempat, sekali aku tengok ada jual controller XBOX 360. Member pun ada citer controller ni boleh guna dengan komputer. Semua game boleh main. Aku angkat je la RM130, aku kan gamers. Kah..Kah..


Syok jugak bershopping, sampai lenguh tangan, kah..kah...


Sebelum balik kami singgah di Pizza Hut untuk makan malam. Perut pun sudah lapar. Hua2...hua2... Puas jugak hari ni sebab dapat barang yang aku nak.





Friday, September 2, 2011

Going back to KL


Raya kali ni memang best sebab berjalan punyalah jauh. 3 buah negeri utara, Perlis,Kedah dan Penang. PAgi-pagi lagi kami sekeluarga telah bersiap untuk pulang ke Kuala Lumpur. Sebelum balik kami singgah dulu di Penang Road.


Kami ingatkan nak lunch dekat Line Clear sekali dia tutup untuk seketika sebab nak bersedia solat Jumaat. Aku dan ayah makan dengan nasi kandar sebelah Line Clear, Nasi Kandar Jasmeen. Makanan dia boleh tahan sedap jugak la. Dia campur kuah tu lepas pekena dengan nasi lagi. Peh!!!! Masyuk.

     Selepas makan tengah hari kami bergerak ke masjid berdekatan situ untuk solat Jumaat. Mama dan kakak pergi jalan-jalan sekitar Penang Road. Masjid tu memang lawa dan bersih. Alhamdulillah kitorang dapat menunaikan solat Jumaat.

     Selepas solat kami sekeluarga baru bergerak pulang. On the way balik tu, kami singgah sebentar di Perhentian Tapah, makan dan solat Asar. Sebelum sampai ke rumah, Mak Cik Ani menjemput kami ke rumahnya sebab ada buat open house.

Makanan banyak jugak bi hun sup dan nasi ayam. Selesai solat MAghrib dan Isyak, layan pulak cerita 4 MADU. Dalam pukul 11:30 malam baru kami sekeluarga sampai ke rumah.


Thursday, September 1, 2011

Batu Ferringhi Night Market

Kalau sampai Penang, memang tak sah kalau tak pergi night market dekat Batu Ferringhi. Memang best la tempat tu. Aku selalu pergi since Form 1 lagi. Selalunya aku borong DVD tapi sekarang main download jer, semua aku dah ada.

     Mama aku beli conforter untuk bilik aku. Memang lawa. Semakin cun la bilik aku nanti. Aku pun beli beg pakaian baru. Besar jugak la saiznya. Beli 2 RM100. Beg silang pun aku beli dengan harga RM50, selepas tawar menawar.

Kalau korang minat nak cari baju@kasut@DVD boleh la datang sini. Kalau barang local kat sini gred dia memang first class la.


Terlupa nak bagi tau, aku beli TV series No Ordinary Family. Ingatkan nak beli Leverage full seasons tapi malas la pulak. Tunggu member downloadkan la. Kah..kah...

Makan dulu!!!


Dengan perjalanan yang begitu lama disebabkan kesesakan, kami sampai di Penang pada pukul 8 malam. Malam ni kami tidur di Hotel Naza Penang. Lepas check in kami semua gerak ke Nasi Kandar Subaidah. Perut pun dah berkeroncong sejak dalam kereta tadi kah..kah..


     Aku pekena nasi kandar dia. Fuhhh!!!!! Masyuk tu, perut pun tengah kosong. Ni betul-betul nasi kandar Penang mai!!!! Kah....kah....


     Kakak aku pulak order roti tisu. Diorang buat kejap jer, dalam 5 minit dah siap, sedap pulak tu. Ayah aku makan nasi kandar macam aku jugak, kakak aku mee goreng mamak & mama aku pulak bihun goreng biasa.


Ada jugak order roti kosong dua keping. Ayam goreng dia sedap giler!!! Memang kenyang betul tadi, alhamdulillah.



Sedapnyer makan!!! Sambil peken teh ais....


Dihadapan Restoran Nasi Kandar Subaidah




Perlis I'm Coming!!!


Hari ni merupakan 3 Syawal, hari kami sekeluarga nak pergi ke negeri Indera Kayangan, Perlis. Selepas sarapan pagi, kami sekeluarga terus bergerak ke Perlis. Dah lama aku tak pergi Perlis sejak aku darjah 6 kot. On the way ke Perlis, jalan memang sesak. Slow giler kereta nak gerak.

     Dalam pukul 12 tgh kami sampai di Taman Aman, Kangar rumah Maksu aku. Kami makan tengah hari di sana dengan lauk pauk yang dimasak oleh Mak Su. Time kat sana banyak bertukar cerita dan macam-macam lagi. Cuaca kat Perlis memang lain sebab termasuk dalam zon tropika.

     Paksu aku cerita adik dia ada beli mercun bom besar bola sepak kat Thailand. Tak tau la kalau bakar kesan dia macam mane. Bergegar otak. Hua2...hua2... Paksu aku jugak baru belajar bahasa siam. Susah giler lagi-lagi tulisan dia yang macam cacing.

Pukul 3.30ptg kami bertolak pulang ke Penang. On the way balik memang sesak. Sebab ada 3 kemalangan kesian diorang. Tapi tiada yang cedera. Jalan jadi sesak sebab sikap pemandu yang nak tengok kemalangan yang berlaku. Ish..ish..Jadi berhati-hati dijalan raya.