Thursday, September 1, 2011

Perlis I'm Coming!!!


Hari ni merupakan 3 Syawal, hari kami sekeluarga nak pergi ke negeri Indera Kayangan, Perlis. Selepas sarapan pagi, kami sekeluarga terus bergerak ke Perlis. Dah lama aku tak pergi Perlis sejak aku darjah 6 kot. On the way ke Perlis, jalan memang sesak. Slow giler kereta nak gerak.

     Dalam pukul 12 tgh kami sampai di Taman Aman, Kangar rumah Maksu aku. Kami makan tengah hari di sana dengan lauk pauk yang dimasak oleh Mak Su. Time kat sana banyak bertukar cerita dan macam-macam lagi. Cuaca kat Perlis memang lain sebab termasuk dalam zon tropika.

     Paksu aku cerita adik dia ada beli mercun bom besar bola sepak kat Thailand. Tak tau la kalau bakar kesan dia macam mane. Bergegar otak. Hua2...hua2... Paksu aku jugak baru belajar bahasa siam. Susah giler lagi-lagi tulisan dia yang macam cacing.

Pukul 3.30ptg kami bertolak pulang ke Penang. On the way balik memang sesak. Sebab ada 3 kemalangan kesian diorang. Tapi tiada yang cedera. Jalan jadi sesak sebab sikap pemandu yang nak tengok kemalangan yang berlaku. Ish..ish..Jadi berhati-hati dijalan raya.

No comments:

Post a Comment