Friday, September 2, 2011

Going back to KL


Raya kali ni memang best sebab berjalan punyalah jauh. 3 buah negeri utara, Perlis,Kedah dan Penang. PAgi-pagi lagi kami sekeluarga telah bersiap untuk pulang ke Kuala Lumpur. Sebelum balik kami singgah dulu di Penang Road.


Kami ingatkan nak lunch dekat Line Clear sekali dia tutup untuk seketika sebab nak bersedia solat Jumaat. Aku dan ayah makan dengan nasi kandar sebelah Line Clear, Nasi Kandar Jasmeen. Makanan dia boleh tahan sedap jugak la. Dia campur kuah tu lepas pekena dengan nasi lagi. Peh!!!! Masyuk.

     Selepas makan tengah hari kami bergerak ke masjid berdekatan situ untuk solat Jumaat. Mama dan kakak pergi jalan-jalan sekitar Penang Road. Masjid tu memang lawa dan bersih. Alhamdulillah kitorang dapat menunaikan solat Jumaat.

     Selepas solat kami sekeluarga baru bergerak pulang. On the way balik tu, kami singgah sebentar di Perhentian Tapah, makan dan solat Asar. Sebelum sampai ke rumah, Mak Cik Ani menjemput kami ke rumahnya sebab ada buat open house.

Makanan banyak jugak bi hun sup dan nasi ayam. Selesai solat MAghrib dan Isyak, layan pulak cerita 4 MADU. Dalam pukul 11:30 malam baru kami sekeluarga sampai ke rumah.


No comments:

Post a Comment