Monday, July 25, 2011

My Head Want to Burst!!!


Salam semua!!! Dah lama aku tak rasa stress camni sejak meninggalkan zaman persekolahan. Hari ni stress telah kembali dalam kepala aku. Aku sekarang tengah sibuk study untuk Mid-Sem examinantion. Walaupun just 3 subjek tapi aku rasa cuak giler. Untuk exam ni aku just ambil Arab, Math dan Fizik.


Anyway aku kena lalui jugak. Aku nak study betul-betul dan fokus. Target aku 4 flat la. Jadi aku kena pastikan Math dan Fizik aku A. Insyaallah. Aku buat revision tutorial dan past year paper punya. Kawan-kawan semua doakan kejayaan aku.PEACE!!!

Sunday, July 24, 2011

Round 2 WC2014 : Singapore vs Malaysia


Aku baru jer habis menonton match Singapore vs Malaysia yang berakhir dengan 5-3. Perlawanan tadi memang best sebab kedua-dua pasukan berasak untuk menghasilkan gol. Malaysia menghasilkan gol pada 29 saat dari sepak mula hasil daripada Safee Sali. First dia rembat pakai kaki kiri tapi keeper dapat tepis, bola muntah dia terus rembat bola leret.

Singapore time minit ke-8, score time dapat set piece. Lepas tu minit seterusnya Qu Liu score free kick. Aku panas betul dengan Sharbinee keeper kebangsaan, takde usaha nak halang bola ni stay jer. Sama macam gol yang 1st tadi. Anyway, Malaysia dapat peluang yang terbaik untuk merapatkan jurang gol, hasil hantaran jauh Mahali ke arah Safee Sali. Safee gelecek melepasi defender dan leretkan bola ke arah Ismail Baruki, dah kosong bro depan gol. Tapi keeper Singapore, Izwan dapat tangkap bola sebelum Ismail shoot.

Malaysia terus diasak. Disebabkan kelalaian defender gol ke-3 dihasilkan. Rembatan kencang dibuat kearah gol, keeper pun tak dapat buat apa-apa. Sebelum 1st half habis, Singapore dapat gol ke-4 habis hantaran player no.9. Keadaan depan gol time tu kosong, apa lagi pihak lawan score la.

2nd half pun start. Game macam biasa kedua-dua pasukan saling mengawal bola. Tapi paling mengejutkan Safiq Rahim dikenakan kad merah disebabkan flying kick pemain lawan. Tapi lepas tu Singapore pulak dapat kad kuning kedua dan diarahkan keluar padang. Sekarang 10 VS 10. Baru adil bro!!!

Hadi Yahya dan Amirul Hadi masuk baru nampak corak permainan yang baik. Hadi Yahya score dengan rileks depan gol hasil bola muntah keeper. Lepas tu, penyerang berbisa Safee Sali score gol kedua dia. Rembatan dari luar kotak penanlti telah merapatkan kedudukan kepada 4-3.

Malaysia terus mengasak tapi paling tak puas hati 9 minit sebelum habis, Malaysia bolos untuk kali ke-5. Mahali tak tutup ruang, player no.9 tu terus turning , Muslim pun tertipu. Bola leret terjah ke gol. Lastly, game berakhir dengan 5-3.

Konklusinya, pertahanan Malaysia longlai giler dan lemah. Singapore dapat semua adalah gol mudah. Korang bayangkan sejak lawan Arsenal, Liverpool dan Singapore dah bolos 15. Susah la Malaysia camni. Anyway, aku tau Malaysia boleh dan mesti menang dekat Bukit Jalil nanti. World Cup 2014 adalah target kita.

Saturday, July 23, 2011

Drive Jauh Hari ni!!!


Hari ni macam biasa lepas, habis solat Jumaat aku terus balik ke rumah. 2:30ptg aku keluar pagar terus naik bas ke Mid Valley dan ambil komuter. Alhamdulillah hari ni komuter tak full macam biasa. Aku sampai stesen UKM pukul 3:30 ptg. Sampai je rumah terus lunch.


Pukul 4 ptg aku pergi hantar ayah aku ke LCCT, Sepang. Ayah aku outstation ke Besut, Terengganu. Dah lama aku tak drive jauh. Masyuk jugak la. Jalan highway boleh la tahan. Lepas hantar ayah aku, terus balik ke rumah la.

Time dekat highway yang paling aku takut lori la. Cuak bro!!! Aku drive LCCT ke Bangi hanya 30 minit sahaja. Standard highway aku bawak 110km/h. Tak boleh lebih nanti kena saman . kah...kah...... Tapi best la.



Esok ada kenduri dekat rumah mak cik aku, jadi malam ni mak aku nak beli barang dekat Pasar Borong Selangor. Aku jarang drive malam-malam jauh pulak tu. Malam memang banyak kereta. Kat Seri Kembangan tu dah la sesak dan kereta laju. Tapi sampai jugak, lepas beli semua barang terus balik. Time balik kejap jer sampai. Anyway hari ni aku tak la penat sangat walaupun drive jauh!!!

Friday, July 22, 2011

Berani kerana benar, takut kerana salah!!!


Hari ni merupakan hari yang paling full dalam jadual aku. Kelas start pukul 8pagi sampailah 6petang. Time fizik tadi aku baru dapat result QUIZ 2. Syukur aku dapat 17/20, alhamdulillah! Punyalah syok dengan result.


Time break aku naik bilik lepas lunch. Sekali atas katil aku ada satu surat. Aku bukak surat tu sekali WARNING LETTER. Bila masa aku buat hal ni???? Konfius betul la. Dalam surat tu cakap aku tak datang kelas English dari 1/7 sampai 12/7. Kejadah haram!!! Aku tak pernah missed kelas pun.

Dah la aku penat, bertambah pulak tu. Warning letter tu tulis yang aku tak datang untuk Group 140 tapi aku Group 139. Kalau aku tersilap Group kenapa takde warning letter untuk bulan JUN???? Tak ke pelik tu????

Lepas Math aku sms lecturer tu dan hantar surat sebab tak puas hati. Aku harap berhasil la, kalau tak aku jumpa Head of Department la. Bahaya tu kalau dapat warning letter tak boleh ambil exam time final nanti. Siot giler!!!

Sunday, July 17, 2011

Asia Tour 2011: Malaysia VS Liverpool FC

Assalamualaikum korang semua!!! Hari ni merupakan hari yang paling menyeronokkan sebab first time in my life tonton match kelab gergasi EPL, Liverpool VS Malaysia. Tiket dah lama aku beli time bulan lepas kat Rock Corner. Aku dan ayah keluar dalam pukul 3 ptg ke Stadium Bukit Jalil, KL.Kalau keluar lambat takut sesak pulak jalan nanti.

Sebelum masuk ke tol Sungai Besi, jalan dah start sesak. Korang bayangkan lorong smart tag pun boleh jammed. Ayah aku just masuk lorong TOUCH N Go, sesak sikit sebab keluar terus masuk ke jalan ke stadium. Time on the way tu, kat TECHNOLOGY PARK diorang bukak untuk parking kereta . Ape lagi masuk la.

Tempat parking tu agak jauh ke stadium. Tapi port tu memang banyak giler kereta. Parking pun okey, lepas tu kitorang berjalan ke stadium. Agak jauh jugak, aku rasa dalam 2km kot. Tapi masa masuk je kawasan stadium penuh dengan oramg yang pakai baju warna merah. Ramai giler peminat LIVERPOOL FC.


Macam-macam aktiviti yang berlangsung dekat sini. Ada game show, jualan makanan, jualan jersi, mafla dan macam-macam lagi. Goodies yang dia jual best la jugak, tapi LIVERPOOL bukan team favourite aku pun. Kalau ARSENAL aku dah borong banyak bro!!! Ayah aku beli baju TEAM MALAYSIA yang ditaja oleh TM. Untung beli baju time ni, sebab dapat tiket free untuk match ni. Tapi kitorang tak guna la tiket tu sebab dah ada tiket pun. Kah..kah...

Ni la contoh design baju team Malaysia TM. LAgi special kalau pakai baju ni time Malaysia VS Singapura 2nd leg dapat masuk free. Masyukkk!!!! Bro!!! Sambung cerita lagi, selepas jalan-jalan dekat kedai-kedai kitorang masuk terus dekat dalam stadium. Macam siot jer air botol tak boleh bawak masuk, nasib baik beg boleh.
Aku masuk dekat yellow gate, fuhh!!! Penuh dah tempat dah la free seating.Aku dengan my dad pun ambil tempat dekat belakang. View memang cantik dapat tengok seluruh padang. Aku dah cop tempat lepas tu tengok players Malaysia dan Liverpool tengah training.



Sebelum game start, aku pergi solat Asar dulu. Nasib baik suaru dekat jer. Tepat jam 5:45ptg semua players dah masuk padang. Lepas je kick off LIVERPOOL paling banyak kuasai bola. Aku dapat tengok Andy Carroll main ganas giler!!! Memang gangster dia dekat atas padang. Sikit-sikit body dan tackle.
Ni la Carroll player paling ganas. Tapi sayang masa minit ke-27, LIVERPOOL dapat penalti. Mamat atas ni sengaja dives. Panas jer semua penyokong Malaysia, players lagi la. Penalti tu disempurnakan oleh Charlie Adam pembelian musim terbaru. Gempak! Gempak!
Lepas tu Malaysia terus menggasak. Joe Cole ada try nasib baik Sharbinee saves banyak kali. Tapi Joe Cole paling banyak kena body contact. Kah..kah....

Masa minit ke-43, Malaysia dapat free kick. Safiq Rahim tukang angkat bola. Benteng LIVERPOOL semua besar@tinggi memang tak yakin boleh lepas sepakan tu. Safiq shoot jer, bola tu terus curve ke dalam macam David Beckham punya gol. Memang semua peminat bersorak tak kira LIVERPOOL dan MALAYSIA. First half keputusan seri 1-1.
Start je second half, LIVERPOOL bawa masuk player lain seperti NGOG, KUYT, AQUILLANI, MAXI,KRYGIAKOS, INSUA dan lain-lain. Time ni memang possession dua belah pasukan 50-50 la. Pada minit 67 kerana salah defender Malaysia yang kelam kabut depan gol, bola yang reflect terus Ngog slide dan gol. Minit ke 70 sekali lagi Ngog menggegarkan gol Malaysia selepas menerima hantaran dari Aquillani . Dapat gol sebab salah Muslim pergi passing bola kan Insua. Kah..kah...
Safee Sali striker paling berbisa dimasukkan. Amirulhadi Zainal pun dimasukkan. Game time tu terus berubah. Tapi MAXI sempat jaringkan gol dan kedudukan Malaysia tergugat 4-1.Amirulhadi lari kencang giler lepas tu terus leretkan bola, tapi Hensen dapat tepis sikit jer, terus Safee kasi pump! Gol bro. Memang sedap. Minit ke-84 hantaran jauh dari Rizal Fahmi terus disempurnakan oleh Safee Sali. Kedudukan time ni 4-3. Aku nak komen sikit la striker macam Fakri dan Hadi memang tak boleh hidup la. Safee ada try banyak jugak. Sampai Hansen terpaksa flying dives.

Dipendekkan cerita, last2 minute MAXI tanduk masuk bola hasil hantaran Dirt Kuyt. Lepas tu akhir sekali Kuyt menjaringkan gol ke-6 untuk LIVERPOOL. Perlawanan berakhir dengan LIVERPOOL 6 Malaysia 3.
Perlawanan ni memang best sebab 9 gol di hasilkan. Memang best!!! 5 BINTANG aku kasi untuk perlawanan ni.

Sebelum balik solat Maghrib dulu. Lepas tu nak keluar stadium memang sesak tahap dewa. Pening kepala aku. Konklusinya, LIVERPOOL memang team yang kuat dan Malaysia mempunyai penyerang dan pemain tengah yang power. Tapi Malaysia ada kekurangan iaitu di posisi pertahanan. Gol LIVERPOOL disebabkan oleh kecuaian pertahanan sendiri.

SESAK BETUL NAK KELUAR!!!

SNAPSHOT CAMBEST!!!






















Sunday, July 10, 2011

"KL Gangster Memang Best!"


Aku baru jer lepas layan KL Gangster, memang best bro. Patut la boleh dapat kutipan sebanyak RM12juta. Tahniah kepada Skop Production dan juga Shamsul Yusoff sebagai pengarah. Jalan cerita dia memang best dengan aksi pergaduhan ala-ala Hollywood. Kesan bunyi yang cambest dan macam-macam lagi. Kesemua 5 watak utama ni memang best. Tahniah lagi sekali kat korang semua.


Aaron Aziz sebagai Malek. Baru jer keluar dari penjara sebab kena tikam dari belakang oleh Shark. Malek gaduh memang best la statik jer. Tak main pistol pun just pakai kayu besbol. Respect la sama lu, Aaron Aziz. Memang patut bawak watak utama.


Ady Putra sebagai Jai. Jai adik kepada Malik yang juga gangster di bawah Dragon. Tapi dia belot Dragon nak join Shark. Jai ni memang giler duit, kena suap sikit dah belot.Tapi aku memang tak sangka Ady Putra boleh berlakon filem macam ni. Selalunya berlakon citer jiwang, gaduh-gaduh mana pernah. Thumb Up kat Ady Putra.


Pengarah kita, Shamsul Yusof sebagai Shark. Memang ganas tapi dia just kuat kalau ada pengikut jer. Aku rasa dia paling tak gangster sebab guna pistol. Belasah orang tua. Kah..kah...Tapi hati dia kering sanggup bunuh bapak tiri dia. Tapi Shamsul kali takde menangis cam citer KL DRIFT.Kah..kah...


Sofi Jikan sebagai Ajib. Member lama Malek dan juga orang Dragon. Memang pandai berlakon macam-macam watak tapi lawak la. Ayat dia paling aku suka,"Kasi sengat sama lu"!


Zizan Raja Lawak sebagai Fadhil. Member baik Malek. Lawak giler la Zizan tak gaduh langsung pun. Tapi mati kena bunuh dengan Shark. Ayat yang aku ingat," Sial la, tuihh!" dan lagi satu, " Ni Abang Long Dil la".