Hari ni jadual aku memang packed dan memenatkan. Pagi tadi aku bangun pukul 5:50 am, terus pergi toilet ambil wuduk. Time tu jugak azan Subuh berkumandang. Lepas solat Subuh, aku sambung tidur balik, sampai la pukul 6:30 am. Siap mandi semua dalam pukul 6:45am, kelas aku pukul 7 pagi. Selesai semua benda terus on the way ke kelas.
Kelas punyalah jauh. Sampai kat kelas dalam pukul 7:15 pagi. Nasib baik time tu lecturer tak sampai lagi. Kat kelas pun just ada 10 orang dari 20 orang. Kah..kah.... Nasib baik time kelas English ni lepak jer. Aku layan jer la.
Pada pukul 9 pagi kelas English habis, lepas tu sambung untuk kelas Math 1. Math subjek yang aku suka, satu jam rasa j]kejap sangat. Dalam satu jam tu, lecturer habiskan Chapter 1, Fundamentals. Otak tengah serabut coz lepas ni ada QUIZ Physics pulak. Dari pukul 10 pagi samapi 11 pagi. 1 jam jer. Soalan macam biasa aku tak boleh jawab dua soalan jer. Yang lain alhamdulillah boleh jawab.
Habis pukul 11 pagi, aku still tak sarapan. Jadi balik ke hostel siap-siap untuk ke STUDY CIRCLE @ USRAH. Sebelum tu aku kemas barang coz lepas ni balik ke rumah. Kah..kah... USRAH kali ni gabung dengan 3 buah kelas, sebab ada ustaz yang mengajar. Ustaz tu namanya MUHAMMAD RAHIM dari Sri Lanka tu. Speaking la time dalam kelas. Semua budak just memperkenalkan diri masing-masing.
Aku solat Jumaat dulu kat Masjid UIA. Lepas solat aku terus angkat semua beg, blah terus nak balik ke rumah. Dalam pukul 2:30 aku dah naik bas ke Stesen Mid Valley. Sampai je kat sana terus berjalan dengan kencang takut terlepas komuter. Beli tiket terus turun ke platform arah ke Bangi.
Nasib baik komuter belum sampai, lepak2 dulu. Sampai jer komuter terus berebut masuk. Berasak-asak la. Kah..kah...Time dalam tren memang macam tin sardin. packed giler. Time tu aku berdiri sebelah awek cun. Rasa muda dari aku @ sebaya kot. Last2 dia berhenti kat BTS. Kat BTS lagi ramai passengers yang masuk, tapi ada lagi awek cun sorang2 tanpa teman. Boleh tahan cun la.
Pukul 4 petang aku dah sampai ke stesen UKM. Lepas tu kena tunggu teksi dalam 15 minit, habis bro. Akhirnya, pukul 4:30ptg sampai jugak aku ke rumah.
No comments:
Post a Comment