Saturday, July 23, 2011

Drive Jauh Hari ni!!!


Hari ni macam biasa lepas, habis solat Jumaat aku terus balik ke rumah. 2:30ptg aku keluar pagar terus naik bas ke Mid Valley dan ambil komuter. Alhamdulillah hari ni komuter tak full macam biasa. Aku sampai stesen UKM pukul 3:30 ptg. Sampai je rumah terus lunch.


Pukul 4 ptg aku pergi hantar ayah aku ke LCCT, Sepang. Ayah aku outstation ke Besut, Terengganu. Dah lama aku tak drive jauh. Masyuk jugak la. Jalan highway boleh la tahan. Lepas hantar ayah aku, terus balik ke rumah la.

Time dekat highway yang paling aku takut lori la. Cuak bro!!! Aku drive LCCT ke Bangi hanya 30 minit sahaja. Standard highway aku bawak 110km/h. Tak boleh lebih nanti kena saman . kah...kah...... Tapi best la.



Esok ada kenduri dekat rumah mak cik aku, jadi malam ni mak aku nak beli barang dekat Pasar Borong Selangor. Aku jarang drive malam-malam jauh pulak tu. Malam memang banyak kereta. Kat Seri Kembangan tu dah la sesak dan kereta laju. Tapi sampai jugak, lepas beli semua barang terus balik. Time balik kejap jer sampai. Anyway hari ni aku tak la penat sangat walaupun drive jauh!!!

No comments:

Post a Comment