Sebelum masuk ke tol Sungai Besi, jalan dah start sesak. Korang bayangkan lorong smart tag pun boleh jammed. Ayah aku just masuk lorong TOUCH N Go, sesak sikit sebab keluar terus masuk ke jalan ke stadium. Time on the way tu, kat TECHNOLOGY PARK diorang bukak untuk parking kereta . Ape lagi masuk la.
Tempat parking tu agak jauh ke stadium. Tapi port tu memang banyak giler kereta. Parking pun okey, lepas tu kitorang berjalan ke stadium. Agak jauh jugak, aku rasa dalam 2km kot. Tapi masa masuk je kawasan stadium penuh dengan oramg yang pakai baju warna merah. Ramai giler peminat LIVERPOOL FC.
Macam-macam aktiviti yang berlangsung dekat sini. Ada game show, jualan makanan, jualan jersi, mafla dan macam-macam lagi. Goodies yang dia jual best la jugak, tapi LIVERPOOL bukan team favourite aku pun. Kalau ARSENAL aku dah borong banyak bro!!! Ayah aku beli baju TEAM MALAYSIA yang ditaja oleh TM. Untung beli baju time ni, sebab dapat tiket free untuk match ni. Tapi kitorang tak guna la tiket tu sebab dah ada tiket pun. Kah..kah...
Aku masuk dekat yellow gate, fuhh!!! Penuh dah tempat dah la free seating.Aku dengan my dad pun ambil tempat dekat belakang. View memang cantik dapat tengok seluruh padang. Aku dah cop tempat lepas tu tengok players Malaysia dan Liverpool tengah training.
Ni la Carroll player paling ganas. Tapi sayang masa minit ke-27, LIVERPOOL dapat penalti. Mamat atas ni sengaja dives. Panas jer semua penyokong Malaysia, players lagi la. Penalti tu disempurnakan oleh Charlie Adam pembelian musim terbaru. Gempak! Gempak!
Lepas tu Malaysia terus menggasak. Joe Cole ada try nasib baik Sharbinee saves banyak kali. Tapi Joe Cole paling banyak kena body contact. Kah..kah....
Masa minit ke-43, Malaysia dapat free kick. Safiq Rahim tukang angkat bola. Benteng LIVERPOOL semua besar@tinggi memang tak yakin boleh lepas sepakan tu. Safiq shoot jer, bola tu terus curve ke dalam macam David Beckham punya gol. Memang semua peminat bersorak tak kira LIVERPOOL dan MALAYSIA. First half keputusan seri 1-1.
Start je second half, LIVERPOOL bawa masuk player lain seperti NGOG, KUYT, AQUILLANI, MAXI,KRYGIAKOS, INSUA dan lain-lain. Time ni memang possession dua belah pasukan 50-50 la. Pada minit 67 kerana salah defender Malaysia yang kelam kabut depan gol, bola yang reflect terus Ngog slide dan gol. Minit ke 70 sekali lagi Ngog menggegarkan gol Malaysia selepas menerima hantaran dari Aquillani . Dapat gol sebab salah Muslim pergi passing bola kan Insua. Kah..kah...
Safee Sali striker paling berbisa dimasukkan. Amirulhadi Zainal pun dimasukkan. Game time tu terus berubah. Tapi MAXI sempat jaringkan gol dan kedudukan Malaysia tergugat 4-1.Amirulhadi lari kencang giler lepas tu terus leretkan bola, tapi Hensen dapat tepis sikit jer, terus Safee kasi pump! Gol bro. Memang sedap. Minit ke-84 hantaran jauh dari Rizal Fahmi terus disempurnakan oleh Safee Sali. Kedudukan time ni 4-3. Aku nak komen sikit la striker macam Fakri dan Hadi memang tak boleh hidup la. Safee ada try banyak jugak. Sampai Hansen terpaksa flying dives.
Dipendekkan cerita, last2 minute MAXI tanduk masuk bola hasil hantaran Dirt Kuyt. Lepas tu akhir sekali Kuyt menjaringkan gol ke-6 untuk LIVERPOOL. Perlawanan berakhir dengan LIVERPOOL 6 Malaysia 3.
Perlawanan ni memang best sebab 9 gol di hasilkan. Memang best!!! 5 BINTANG aku kasi untuk perlawanan ni.
Sebelum balik solat Maghrib dulu. Lepas tu nak keluar stadium memang sesak tahap dewa. Pening kepala aku. Konklusinya, LIVERPOOL memang team yang kuat dan Malaysia mempunyai penyerang dan pemain tengah yang power. Tapi Malaysia ada kekurangan iaitu di posisi pertahanan. Gol LIVERPOOL disebabkan oleh kecuaian pertahanan sendiri.
SESAK BETUL NAK KELUAR!!! SNAPSHOT CAMBEST!!! |
No comments:
Post a Comment