Syukur kepada ALLAH S.W.T kerana memberikan aku rezeki yang tidak terhingga. Hari ni duit elaun untuk pelajar asasi untuk semester 1 telah masuk. Aku check tadi dekat bank Muamalat, tengok-tengok dalam akaun aku ada RM1280.
Duit yang aku dapat ni aku rasa just simpan jer dulu. Barang yang aku nak beli semua aku dah penuhi dengan duit gaji selama 6 bulan bekerja. Duit gaji pun ada baki banyak lagi. Duit ni aku tak boleh habiskan sebab tiba-tiba ada time yang memerlukan duit, insyaallah boleh ringankan sedikit beban.
Anyway, aku nak ucapkan ribuan terima kasih kepada KERAJAAN MALAYSIA kerana memberikan elaun kepada bebudak asasi dan matrikulasi. Thanks jaga kebajikan kitorang yang still study. MALAYSIA BOLEH!!!
Sebelum tu, aku tertarik dengan post member baik aku, AMAL. Korang baca la cerita kat atas ni. Terharu siot aku, memang kalau nak sambung belajar duit memang banyak kena pakai. Time masuk U ni baru aku tahu belanja memang banyak. Jadi betullah macam dalam cerita orang susah tak sambung pelajaran ke U.
Aku cukup bersyukur kerana ALLAH memberikan aku keluarga yang mampu memberikan makan minum kepada aku dan peluang melanjutkan pelajaran. Jadi aku tidak akan sia-siakan peluang yang ada untuk berjasa kepda agama dan bangsa.
No comments:
Post a Comment