Sunday, May 29, 2011

First Day In CFS IIUM, PJ


Hari ni merupakan hari pendaftaran aku kat CFS IIUM, Petaling Jaya. Aku dapat kos asasi kejuruteraan dan komputer sains. Barang-barang semua aku dah masukkan kat dalam kereta sejak malam tadi. Kalau nak bawak masuk pagi ni konfem ada yang tertinggal. Aku dan family aku dari rumah pukul 8 pagi. Memang sesak giler time on the way ke PJ.

     Walaupun sesak, tapi alhamdulillah kitorang sampai kat sana dalam pukul 9 pagi. Parking kereta dekat perkarangan masjid lepas tu terus ambil nombor untuk urusan pendaftaran. Aku rasa time menunggu macam dekat luar negara sebab setiap kali announcement mesti dalam english @ arab. Lupa nak bagi tau no. giliran aku 381.


     Time menuggu aku lepak-lepak dengan member SMSJ, WAZIEN MEOW dan PET ILYAS. Pendaftaran dekat dalam dewan Al- MALIK FAISAL. Luas giler. Kat dalam dewan sementara isi semua file dengan maklumat penting, aku berkenalan dengan sorang brother, ANWAR. Dia mai dari PENANG. Baik la dia ni. Kah..kah...


     Lepas pendaftaran aku dapat TAARUF KIT @ ORENTASI KIT dan juga kunci bilik. Bilik aku nombor 322 di MAHALLAH ABU BAKAR @ ABC. Punyalah penat naik ke dorm aku, tingkat 3 tu bro. Dua trip angkat barang dari kereta.

     Bilik aku luas giler. Tapi di bahagikan kepada empat bilik. Jadi satu bilik 2 orang la. Ada la privacy sikit. Aku awal-awal lagi rembat katil atas, dekat sikit dengan kipas. Loker beasar siot, untung aku bawak banyak barang. Hua2..hua2...

    Member sebilik aku, ADAM MALIK. Budak WANGSA MAJU dan sekolah kat MRSM PEKAN, Pahang. Lepas family aku balik, aku kemas barang dan terus lepak sampai malam!!!!

Saturday, May 28, 2011

Jangan berpacaran time sekolah!!!



Lirik Lagu: Kalau Berpacaran – Sohaimi Mior Hassan, Ana Raffali & Altimet
Sohaimi Mior Hassan

Kalau berpacaran
Memang banyak pantang larang
Menjaga susila
Ibu bapa adik abang
Apabila berdua
Carilah tempat yang terang
Agar tidak pula
Mencuba aksi terlarang
Korus
Boleh pandang-pandang
Jangan pegang-pegang
Duduk renggang-renggang
Bertambah sayang
Biar malu-malu
Biar segan-segan
Kerna malu itu
Perisai orang beriman
Ana Raffali
Kalau berpacaran
Jangan tunggu lama-lama
Kalau dah berkenan
Jumpalah ayah dan mama
Hantarkan rombongan
Meminang dengan segera
Kalau terlambat kasihmu disambar buaya
Ulang korus
Altimet
Yeah
Kita sambung cerita
Kalau kamu berdua
Aku yang ketiga
Aku penambah perasa
Akulah pendarab nafsu serakah
Hai teruna bikin perangai selamba
Hati si dara kata tak apa
Berani buat terima padah
Kalau tak sedia
Ucap syahadah
Ulang korus 2x
Lagu kalau berpacaran ni memang selalu kita dengar dekat radio. Setiap kali masuk kereta jer mesti ada.

-BERPACARAN-

Aku nak cerita sikit pasal isu couple yang selalu terjadi dekat sekolah menengah. Dekat sekolah aku memang ramai la students yang ber"couple". Aku rasa ni bukanlah satu kesalahan sebab menyukai antara lelaki dan perempuan adalah satu lumrah dalam kehidupan manusia yang normal.
Kesalahan akan timbul apabila pasangan ni membuat sesuatu yang salah di sisi agama. Sebagai contoh berdua-duaan dalam tempat yang sunyi. Kalau kita mesti berfikir negatif dan memberikan syak wasangka kepada pasangan tersebut.

Bagi pasangan yang sedang hangat bercinta, apabila berdua-duaan akan muncul orang yang ketiga iaitu SYAITAN. SYAITAN akan menghasut kita untuk membuat dosa yang boleh menyebabkan kemudharatan kepada diri masing-masing.
Aku sebenarnya memang la memuji usaha cikgu-cikgu kat sekolah aku untuk menangani masalah ini. Especially, Cikgu Basir & Ustaz Saiful. Diorang memang pantang kalau ada pasangan yang berdua-duaan pada waktu malam. Tindakan yang diambil oleh cikgu sebenarnya menyelamatkan mana2 pasangan membuat kesalahan yang lebih besar.
Ramai jugak la couple yang terdiri daripada senior, junior dan member aku yang kena tangkap. Kalau kita sudah tertangkap sebenarnya ada hikmah disebaliknya. Walaupun port baik, tapi korang kena ingat Allah Maha Melihat.
Dekat sekolah sebenarnya adalah tempat untuk belajar bukan bercinta. Kes ni sebenarnya memang berat, kalau sekali buat terus kena pindah sekolah. Bahaya tu...
Sepandai mana pun kita, salah tetap salah. Hua2..hua2...

Friday, May 27, 2011

"PACKING BARANG" nak msuk U!!!


Sejak beberapa hari ni memang penat coz buat preparation untuk masuk
U. Packing barang kena buat awal2 kalau x
ada la barang yang tinggal.


Barang yang dah siap packing aku longgokkan kat
ruang depan ruang tamu aku. Nanti kalau terperap kat bilik
konfem ada yang tertinggal.

T-shirt aku just bawa yang dapat free
sebagai contoh t-shirt rugby, futsal, bomba.
Nak disenangkan citer T-shirt time pergi tournement @ events.
Kah..kah...jimat sikit.




Wednesday, May 25, 2011

"CHECKLIST BARANG YANG PERLU DIBAWA"

  1. T-shirt 10 helai
  2. Track suit 6 helai
  3. Kemeja 10 helai
  4. Seluar slack 3 helai
  5. Baju Melayu 2 pasang
  6. Stoking 5 pasang
  7. Songkok @ kopiah
  8. Kasut kulit
  9. Sportshoes
  10. Baldi 2 bijik & gayung
  11. Cermin
  12. Syampu, bath, ubat gigi, berus gigi
  13. Deadorant, sikat, GATSBY, bedak
  14. Selimut, cadar, bantal yang bersarung
  15. Alat tulis, kalkulator
  16. Berus basuh baju
  17. DYNAMO & SOFTLAN
  18. Selipar jalan2 @ toilet puyer
  19. Air mineral byk2 ( cam kat skola dulu)
  20. Gadjets ( handset, MP3, I-PAD, laptop)
Gua dah setelkan semua barang, setiap hari pergi BILLION & ALAMANDA cari barang yang tak cukup. Setelkan awal elakkan daripada kelam kabut bagai dilanda ribut.
HUA2...HUA2....

Tuesday, May 24, 2011

BPL dah tutup tirai, MU is the winner!!!


Kemenangan Manchester United ke atas Blackpool 4-2 telah menunjukkan taring bahawa mereka layak memenangi BPL buat kali ke-19. Walaupun MU dah memenagi liga dengan berbaki 1 perlawanan tetapi mereka still bersemangat untuk perlawanan akhir.

MU telah memecahkan rekod kemenangan liga yang sebelum ini dipegang oleh Liverpool dengan 18 kejuaraan. Berikut merupakan kedudukan team pada akhir musim:



Segala maklumat boleh rujuk table kat atas. My favourite team Arsenal dapat tempat  ke-4 sedih siot. Arsenal x ambil peluang time MU kalah @ seri. Tunggu musim depan la nak dpt PIALA. Boleh percaya ker???? konfius2.....


Anyway, tahniah diucapkan kepada 2 orang top scorer bagi season kali ini, CARLOS TEVEZ & DIMITAR BERBATOV. Diorang ni memang mantap!!!



Michael Owen pertama kalinya memenangi BPL bersama dengan MU. Pemegang anugerah BOLLAN' d OR (2001). Walaupun dia legend LIVERPOOL tp time kat sana xde langsung menang sebarang piala.
Berhijrah ke REAL MADRID & Newcastle sblum memasuki MU. Terharu tengok OWEN dengan pingat BPL dan dpt menjulang serta mencium piala BPL.

Saturday, May 21, 2011

NUR KASIH THE MOVIE


Nur Kasih The Movie aku boleh bagi 5 bintang untuk movie ni. Memang best giler. Aku dengan 2 orang member aku, WANCHENG & AMAL layan kat KLUANG PARADE. Aku rasa kitorang merupakan kumpulan pertama yang tonton movie ni.

Lakonan mantap TIZ ZAQYAH, REMY ISHAK & FIZZ FAIRUZ memang best. Sebab aku follow dari drama kat TV3 setiap hari JUMAAT. Dalam movie ni lebih kepada pengorbanan dalam percintaan especially hubungan NUR dengan ADAM. Romantik giler beb!! ADAM sanggup cari cincin perkahwinan yang dipakai oleh NUR.

Tapi aku tak menangis la tengok cerita ni. Kisah diorang digambarkan sehingga tua. Sampai dah beranak-pinak. Senang citer kesetiaan cinta Nur terhadap Adam. Aku nak cerita panjang2 pun x reti. Jadi apa kata korang pergi wayang layan.....Tak rugi bro!!!

Friday, May 20, 2011

3 Sekawan Turun Ke Kluang


Aku dari BP pukul 11 pagi ayah aku hantar ke bandar Kluang. Aku ada kerja sikit kat sana. Aku nak jumpa 2 orang member baik aku AMAL & WANCHENG. Lepas ambil result SPM tu la last aku jumpa diorang. Aku tak tau pulak plan diorang nak siap tidur kat sekolah. Aku just bawak beg kecik jer.Kah..kah...


WANCHENG sampai jer kitorang terus gerak kat atas bus station. Lunch la bro, perut dah berkeroncong. Sambil makan kitorang just bincang pasal hal tuju masing2. WANCHENG & AMAL masuk INTEC UiTM Shah Alam. Dua2 dapat scholar JPA. WANCHENG dapat pergi UK & AMAL pergi US. Aku international jugak UIAM kah..kah... JELEZ jugak la. Anyway CONGRATES buat diorang.


Aku sebenarnya dah janji dengan diorang nak belanja tengok wayang cer NUR KASIH THE MOVIE. First day tayangan beb. Lepas beli tiket semua kitorang pergi karaoke la. Sebab show start pukul 1:45ptg. Jadi ada masa untuk melalak.




Semua mcm apa time menyanyi. AMAL paling bersemangat dengan layan lagu lama2.Kah..kah..Jiwa ROCKERS bro... Aku just nyanyi satu lagu jer. Wancheng dua lagu. Aku pun lupa lagu ape. Sebelum tengok wayang kitorang solat ZOHOR dulu.


Lepas show, baru la kitorang gerak ke SMSJ. Just nak jumpa cikgu. Plan lepak kat sekolah tak jadi sebab aku nak balik BP & WANCHENG pun nak balik takut motor hilang.
Ingatkan boleh jumpa cikgu Majid sekali hilangkan diri pulak. Call byk kali tapi x angkat.
Konfius betul aku.

Last but not least, kitorang blah dari sekolah pukul 6 ptg lepas selesai solat ASAR alhamdulillah.
Ayah aku ambil dan hantar mamat genius 2 orang tu ke bus station.

-THE END-

Thursday, May 19, 2011

"Batu Pahat" I'm Coming!!


Aku dari Bangi pukul 3 petang sampai BP pukul 6ptg. Firstly cadangnya nak buat spec baru kat optpmetris yang dah kenal lama, Benny Botak. Cari punya cari dekat alamat yang dia bagi xde pulak. Katanya kat Jalan Soga, tapi kejadahnyer takde pun nama kedai ONE VISION???


Last sekali, call tauke tu! Rupa-rupanya dah bankrap..so pity bro! Kena tipu dengan member dia sendiri. Habis duit member dia bawak lari. 


Kalau dah turun BP, aku memang tak terlepas pekena sup masyuk kat BP WALK. Sup Sitam, semua jenis sup ada campur, ayam, lidah & ekor.


Bagi aku sup campur paling best!!! Sedap giler bro!!! Macam x cukup pun ada jugak, lagi-lagi pekena nasi lemak 2 bungkus lagi tu.


Aku dengan ayah aku singgah dulu dekat Masjid Sultan Ibrahim, BP untuk solat Maghrib. Dah lama aku tak solat jemaah kat sini. Teringat balik kenangan masa kecik2 solat tarawih kat sini, jumpa member main2. Hua2..hua2...

Sebelum balik ke rumah dekat KING of DRAIN, kitorang singgah dulu kat BP Mall. Beli la barang-barang makanan, air mineral dan macam-macam lagi. Aku memang teringin giler nak makan donut kat BIG APPLE jadi beli la 6 bijik. Untuk aku sorang je tu.

-TAMAT-

Wednesday, May 18, 2011

Selama 5 bulan berkhidmat, akhirnya.......


Hari ini merupakan hari terakhir aku berkhidmat di Pizza San Fransisco, B.B.Bangi. Memang sedih giler sebab aku antara yang senior dekat situ. Macam2 pengalaman yang aku peroleh dekat sini. Dengan staff kat sana semua aku anggap macam member aku.
Pengalaman paling best kat sini dapat tips la. Paling banyak dalam satu hari aku dapat RM20. Masyuk tu!!! Aku dapat berkomunikasi dengan pelbagai orang seperti artis, Datuk, Datin dan lain2. Aku dapat rasa macam mane penat nyer bekerja macam parents aku. Nikmat gaji memang best...MONEY is EVERYTHING.



Aku dapat skill buat air dan cara management sesebuah restoran. Dapat handlekan macam2 masalah dengan pemikiran yang gratis. Semalam sebelum balik aku kena sapu dengan kopi sebagai hadiah perpisahan. Tapi hari last ni aku closing awal2 terus blah. Used my mind!!!
Lastly, cuti semester nanti aku datang la balik kerja kat sini. Rekod pekerjaan pun baik. Kos ke tempat kerja sikit jer & gaji pun okey la bagi budak macam aku.



-PEACE NO WAR-

Sunday, May 15, 2011

Fuyoo!!! Gua dapat pergi Jepun tapi......


Salam semua!!! Tengah hari tadi aku dapat surat dari INTEC UiTM. Aku dapat kos Kejuruteraan Mekanikal Jepun.

Tapi aku pikir-pikir balik aku tak approve kot tawaran ni sebab aku tak yakin dengan diri aku. Aku SPM pun bukan cemerlang pun.

Aku rasa baik sambung jer asasi, insyaallah kat mana-mana pun kita menuntut ilmu pasti dapat kejayaan.


-AKU X KESAH-

Monday, May 9, 2011

Jumpa artis tu!!!


 Kenal tak sape awek kat sebelah aku ni??? Ni la AINUL AISYAH pelakon cerita NANA TANJUNG,HISTERIA & BEGITULAH CINTA. Time ni dia tengah celebrates Mother's Day kat tempat kerja aku. Dia datang dengan family dia sekali. Tempat dah reserve dan aku yang serve dia.


Kakak aku memang kenal sangat dengan family diorang. Memang baik diorang dengan kakak aku. Kakak aku kan kerja kat TUTTI FRUITY milik family AINUL AISYAH. Anyway, dia memang sempoi dan tak sombong.

Dulu aku terlepas nak bergambar dengan SYAHIR, kali ni aku tak lepaskan. Dengan BLACKBERRY terus capture pic. Memang best giler!!!

Selamat Hari Ibu


Aku nak ucapkan " Selamat Hari Ibu kepada mama aku yang tersayang , Puan Mazni Sakinah. Terima kasih atas segala jasamu kepada puteramu ini. Segala kebaikan yang mama bagi kat saya tak dapat dibalas sampai bila-bila".

Walaupun Hari Ibu sering disambut pada first week of May, tapi aku menganggap setiap detik dan waktu bersama mama aku merupakan Hari Ibu. Sempena hari istimewa ini aku nak kongsi dengan korang sebuah kisah yang aku baca daripada MASTIKA MEI 2011.

-SIAPA MALAIKAT ITU?-

Suatu hari, seorang bayi menerima perintah daripada Penciptanya," Sebentar lagi, engkau akan bersiap sedia untuk diturunkan ke dunia."

     Sesungguhnya bayi itu berasa amat takut, gusar memikirkan akan dilahirkan ke dunia yang tidak pernah dilihatnya.

     Lalu bayi itu bertanya kepada Tuhannya:" Selama ini ada malaikat yang menjagaku. Dan para malaikat ini memberitahu aku akan dikirimkan ke dunia. Tetapi bagaimana aku akan hidup di dunia dengan tubuhkuyang kecil & lemah ini?"

     Lalu Tuhannya menjawab: " Jangan takut. Sesungguhnya aku telah memilih seorang malaikat untuk menjaga dan mengasihimi di dunia itu nanti."

     Akibat masih takut, bayi itu bertanya lagi:" Dunia itu sudah tentu berbeza. Jika di dalam syurga ini aku hanya perlu bermain, bernyanyi dan ketawa membuatku terasa bahagia. Bagaiman di dunia itu nanti?"

     Lalu Tuhannya menjawab:"Jangan takut. Malaikat yang kupilih itu akan menyanyikan lagu untukmu, menghadiahkanmu dengan senyuman dan kasihnya membuat engkau berasa hangat dan dicintai!"

     Bayi itu masih belum berpuas hati lalu bertanya lagi:" Aku tidak akan memahami bahasa mereka dan mereka juga tidak akan memahami apa yang aku bicarakan. Bagaimana aku boleh hidup dengan mereka?"

     Lalu Tuhannya menjawab:" Malaikat yang kupilih itu akan berbicara padamu dengan bahasa yang paling indah, paling lembut dan dipenuhi kesabaran dan perhatian. Dengan ketelusan dia akan mengajarmu untuk berbicara."

     Bayi itu bertanya lagi:"Dan bagaimana caranya perlu aku lakukan jika ingin berbicara dengan-Mu kelak?"

     Lalu Tuhannya menjawab:"Malaikatmu itu akan mengajarmu bagaimana caranya nanti!"

     Bayi ito masih terus bertanya: " Aku dengar di dunia itu ramai orang jahat. Jadi, siapa yang akan melindungiku nanti?"

     Lalu Tuhannya menjawab:"Malaikatmu itu akan melindungimu dengan segenap jiwa raganya sekalipun perlu mengorbankan dirinya!"

     Dengan sedih, bayi itu bertanya lagi:" Aku akan berasa sedih kerana tidak dapat bersama dengan-Mu lagi!"

     Lalu Tuhannya menjawab:" Usah gusar. Malaikatmu itu akan menceritakan tentang-Ku padamu. Malaikat itu akan mengajar engkau bagaimana engkau akan kembali kepada-Ku bila sampai waktunya nanti. Sesungguhnya Aku sentiasa berada di sisimu!"

    Dan sebelum diturunkan ke dunia, bayi itu bertanyakan soalan terakhir:"Jika sudah terpaksa aku pergi ke dunia itu, bolehkah aku tahu siapakah nama malaikat yang Engkau maksudkan itu?"

     Lalu Tuhannya menjawab: " Ibu! Ibu yang melahirkan engkau!"

-TAMAT-



Saturday, May 7, 2011

"Keputusan UPU dah keluar"


Sebelum solat Jumaat tadi, aku bukak Internet check keputusan UPU.
Berdebar-debar jugak jantung aku.
Masukkan jer nombor IC, beberapa saat
lepas tu. TUP!!! 


Macam kat atas ni la. ASASI KEJURUTERAAN DAN SAINS KOMPUTER
UIAM bro.
Alhamdulillah dapat jugak Asasi.

Konklusinya, aku dah tanya pendapat ramai orang lain, jadi keputusan muktamad aku memilih untuk masuk Program Asasi UIAM.

-SYUKUR-