Saturday, May 28, 2011

Jangan berpacaran time sekolah!!!



Lirik Lagu: Kalau Berpacaran – Sohaimi Mior Hassan, Ana Raffali & Altimet
Sohaimi Mior Hassan

Kalau berpacaran
Memang banyak pantang larang
Menjaga susila
Ibu bapa adik abang
Apabila berdua
Carilah tempat yang terang
Agar tidak pula
Mencuba aksi terlarang
Korus
Boleh pandang-pandang
Jangan pegang-pegang
Duduk renggang-renggang
Bertambah sayang
Biar malu-malu
Biar segan-segan
Kerna malu itu
Perisai orang beriman
Ana Raffali
Kalau berpacaran
Jangan tunggu lama-lama
Kalau dah berkenan
Jumpalah ayah dan mama
Hantarkan rombongan
Meminang dengan segera
Kalau terlambat kasihmu disambar buaya
Ulang korus
Altimet
Yeah
Kita sambung cerita
Kalau kamu berdua
Aku yang ketiga
Aku penambah perasa
Akulah pendarab nafsu serakah
Hai teruna bikin perangai selamba
Hati si dara kata tak apa
Berani buat terima padah
Kalau tak sedia
Ucap syahadah
Ulang korus 2x
Lagu kalau berpacaran ni memang selalu kita dengar dekat radio. Setiap kali masuk kereta jer mesti ada.

-BERPACARAN-

Aku nak cerita sikit pasal isu couple yang selalu terjadi dekat sekolah menengah. Dekat sekolah aku memang ramai la students yang ber"couple". Aku rasa ni bukanlah satu kesalahan sebab menyukai antara lelaki dan perempuan adalah satu lumrah dalam kehidupan manusia yang normal.
Kesalahan akan timbul apabila pasangan ni membuat sesuatu yang salah di sisi agama. Sebagai contoh berdua-duaan dalam tempat yang sunyi. Kalau kita mesti berfikir negatif dan memberikan syak wasangka kepada pasangan tersebut.

Bagi pasangan yang sedang hangat bercinta, apabila berdua-duaan akan muncul orang yang ketiga iaitu SYAITAN. SYAITAN akan menghasut kita untuk membuat dosa yang boleh menyebabkan kemudharatan kepada diri masing-masing.
Aku sebenarnya memang la memuji usaha cikgu-cikgu kat sekolah aku untuk menangani masalah ini. Especially, Cikgu Basir & Ustaz Saiful. Diorang memang pantang kalau ada pasangan yang berdua-duaan pada waktu malam. Tindakan yang diambil oleh cikgu sebenarnya menyelamatkan mana2 pasangan membuat kesalahan yang lebih besar.
Ramai jugak la couple yang terdiri daripada senior, junior dan member aku yang kena tangkap. Kalau kita sudah tertangkap sebenarnya ada hikmah disebaliknya. Walaupun port baik, tapi korang kena ingat Allah Maha Melihat.
Dekat sekolah sebenarnya adalah tempat untuk belajar bukan bercinta. Kes ni sebenarnya memang berat, kalau sekali buat terus kena pindah sekolah. Bahaya tu...
Sepandai mana pun kita, salah tetap salah. Hua2..hua2...

1 comment: