Sunday, May 29, 2011

First Day In CFS IIUM, PJ


Hari ni merupakan hari pendaftaran aku kat CFS IIUM, Petaling Jaya. Aku dapat kos asasi kejuruteraan dan komputer sains. Barang-barang semua aku dah masukkan kat dalam kereta sejak malam tadi. Kalau nak bawak masuk pagi ni konfem ada yang tertinggal. Aku dan family aku dari rumah pukul 8 pagi. Memang sesak giler time on the way ke PJ.

     Walaupun sesak, tapi alhamdulillah kitorang sampai kat sana dalam pukul 9 pagi. Parking kereta dekat perkarangan masjid lepas tu terus ambil nombor untuk urusan pendaftaran. Aku rasa time menunggu macam dekat luar negara sebab setiap kali announcement mesti dalam english @ arab. Lupa nak bagi tau no. giliran aku 381.


     Time menuggu aku lepak-lepak dengan member SMSJ, WAZIEN MEOW dan PET ILYAS. Pendaftaran dekat dalam dewan Al- MALIK FAISAL. Luas giler. Kat dalam dewan sementara isi semua file dengan maklumat penting, aku berkenalan dengan sorang brother, ANWAR. Dia mai dari PENANG. Baik la dia ni. Kah..kah...


     Lepas pendaftaran aku dapat TAARUF KIT @ ORENTASI KIT dan juga kunci bilik. Bilik aku nombor 322 di MAHALLAH ABU BAKAR @ ABC. Punyalah penat naik ke dorm aku, tingkat 3 tu bro. Dua trip angkat barang dari kereta.

     Bilik aku luas giler. Tapi di bahagikan kepada empat bilik. Jadi satu bilik 2 orang la. Ada la privacy sikit. Aku awal-awal lagi rembat katil atas, dekat sikit dengan kipas. Loker beasar siot, untung aku bawak banyak barang. Hua2..hua2...

    Member sebilik aku, ADAM MALIK. Budak WANGSA MAJU dan sekolah kat MRSM PEKAN, Pahang. Lepas family aku balik, aku kemas barang dan terus lepak sampai malam!!!!

No comments:

Post a Comment