Saturday, December 24, 2011

Single Terbaru Najwa Latif-Ku Ada Mu

Najwa Latif - Ku Ada Mu

Oh…oh…oh…
Pada muka luar jendela
Melihat kebesarannya
Mensyukuri segala nikmat
Yang dikurnia dan didengar
Kau berikan ku kekuatan
Untuk berpegang pada jalan
Walau penuh dengan cabaran
Ku tahu ku ada mu
Tuhan

#CHORUS
Kerna kau yang satu yang setia bersama ku
Dikalau ku jatuh ku bangkit
Kerna mu
Ku tahu ku ada mu disisiku selalu
Bantulah hambumu mencari keredhaan mu

Oh…oh…oh…
Ku tahuku ada mu
Oh..oh…oh…
Ku adamu selalu
#Ulang chorus

"Jom dengar lagu ni"


Thursday, December 8, 2011

Komen-komen di Facebook

     Setelah kekalahan yang mengejutkan Manchester United dan tidak lepas ke pusingan kedua UCL, bagi penyokong-penyokong kelab lain seperti Arsenal & Chelsea mengutuk peminat-peminat MU kerana kekalahan yang memalukan. 


     Pagi-pagi aku bukak FB tengok banyak komen dari member-member aku yang memang fanatik kelab especially Arsenal & Chelsea.


Penyokong Chelsea
Komen daripada Zober ni aku suka. Kiranya pendatang baru kelab dari Cyprus pun boleh jadi juara kumpulan G. Tapi MU ha..ha..:P

Penyokong Arsenal

Amal ni memang penyokong setia Arsenal. Memang semua member-member dia yang fans MU kena pangkah. Nice2. Hidup ARSENAL!!!

Europa League 2011/2012

     Tahun ni aku rasa bukan setakat Champions League yang aku layan Europa League pun sekali. Ha..ha..Europa League memang jarang peminat bola dekat Malaysia ni layan. Aku ada jugak la layan setiap kali ada match daan yang selalu aku tengok team EPL yang main. Tu je yang best.


      Untuk season ni aku rasa lebih best sebab sepanjang aku ikut perkembangan bola sepak antarabangsa, 1st time aku tengok Manchester United main kat Europa League. Memang janggal la selalunya team MU ni main UCL je tak main la EL. Semua team yang dapat tempat ketiga grouping UCL akan masuk 32 pasukan dalam Europa League termasuklah Manchester City.

Shock! Both MANCHESTERS out for 2nd Round UCL


Salam semua! Hari ni aku nak tulis pasal Champions League match pagi tadi. UCL untuk musim 2011/2012 memang tak dapat dijangka. Korang bayangkan Manchester United finalis untuk last season tak lepas grouping dan layak untuk main dekat Europa League sahaja. Perlawanan malam ni sepatutnya MU kena seri ataupun menang sekiranya nak layak ke 2nd round.


     Dekat atas ni merupakan kedudukan pasukan dalam Group C selepas perlawanan terakhir dalam kumpulan. 


     Perlawanan antara Basel vs MU memang gempak. Macam final game tu. MU dikejutkan dengan gol pembukaan dengan volley cantik dari striker Basel , Streller pada minit ke-9. Time ni nampak banyak lagi peluang untuk MU samakan kedudukan. Tapi pada 6 minit terakhir Frei score dan sukarkan lagi MU untuk seri.Last minute Phil Jones score dan berakhir dengan 2-1. Basel dapat kutip 3 mata manakala MU terpaksa akur dan beraksi di Europa League.


     Kelab yang berbelanja besar & mempunyai ramai pemain terbaik daripada kelab seluruh liga, Manchester City turut mengikut jejak MU ke Europa League. ManCity merupakan penampilan ertama beraksi di UCL. Walaupun mencatat kemenangan 2-0 ke atas Bayern Munich menerusi gol Silva & Yaya Toure nasib tak menyebelahi mereka. Napoli menang 2-0 ke atas Villareal. Sekiranya Napoli kalah pagi tadi maka ManCity turut layak tetapi semuanya adalah nasib.


Kedudukan terakhir pasukan setelah perlawanan ke-6 dalam kumpulan A.

Monday, October 17, 2011

Happy Birthday Lysa


     Hari ni merupakan hari paling istimewa bagi BFF aku, Nurhalysa ataupun lebih dikenali sebagai Lysa sebab today is her birthday. Aku nak ucapkan Happy Birthday yang ke-17 semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Aku pun nak ucapkan tahniah sebab trial Lysa yang gempak 9A 1C, sayang yang C tu add math. Anyway Lysa aku sentiasa doakan kejayaan kau dalam SPM 2011, insyaallah dapat perfect score 10A+.


Aku nak ucapkan terima kasih kepada pos laju sebab hantar hadiah aku untuk Lysa tepat pada masanya. Tengah hari dalam pukul 2 ptg dah sampai ke rumah Lysa. Ha..ha...


     Aku dapat tau hadiah dah sampai pun lepas lunch. Sekali Lysa call mentang-mentang dapat free call.Kah..kah.... Kitorang berbual hampir 1 jam macam-macam cerita la kitorang bukak. Lebih kepada cerita pasal perkembangan terbaru aku dan perkembangan cerita Lysa jugak.

     Lysa banyak tanya pasal tips-tips nak ambil exam dan soalan spot untuk SPM. Kitorang ada minat yang sama dalam bidang engineering banyak cerita pasal prospek kerjaya.

Anyway Lysa aku beruntung sangat ada BFF macam kau. Jujur aku cakap sejak kita berkenalan kehidupan aku lebih bahagia dan cambest. Aku harap persahabatan kita akan berkekalan. Insyaallah!!!

Friday, October 14, 2011

Tq Lysa 4 The Wish


Time aku tengah online FB tadi aku check la kat wall aku. Sekali Lysa post ucapkan birthday untuk Mama aku. Dia still ingat birthday Mama aku, thanks a lot Lysa. Ni bertambah sayang aku kat Lysa. Ha..ha...

Friday, September 9, 2011

Kad Raya Istimewa


Fuyooo!!! Sape yang bagi kad raya ni???? 


Siti Nurhaliza tu!!!! Apasal korang tak percaya ker???

Siap ada ucapan lagi tu!!!

Signature Siti Nurhaliza, asli punyer....


Kawan-kawan semua korang pernah tak dapat kad raya dari mana-mana artis??? Aku just Siti Nurhaliza jer la. Firstly, aku hantar kad raya masa tahun 2003. Raya 2004 aku terkejut dapat balasan kad raya daripada Siti Nurhaliza. Tapi kad raya yang first aku dapat tu dah hilang.

Kad raya yang kat atas ni masa raya 2005. Aku memang kipas-kipas susah mati Siti Nurhaliza. Since aku kecil lagi aku membesar dengan lagu Siti. Kah..kah.. Sejak aku pindah ke Bangi memang dah tak dapat la. Memang best dapat kad raya dari artis yang kita minat.

Sunday, September 4, 2011

Back To School @ College


Kawan-kawan semua, hari kita semua kena balik semula ke kolej dan yang masih bersekolah akan kembali ke sekolah. Seminggu bercuti memang best la. Macam-macam aktiviti dapat buat lagi-lagi cuti raya. Syukur aku duduk dekat je, malam baru aku gerak ke UIA.

     Lepas ni sibuk la, final exam dalam bulan ni. Lepas tu nak siapkan tutorial lagi dan lab session tak habis. Pening-pening. Next week ada English speaking test dan Study Circle Exam. Tapi takpe bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian.

Insyaallah, balik je nanti nak buat puasa sunat 6. Yang nak balik tu janganlah sedih, kah..kah...Kehidupan mesti diteruskan, kembali kepada fitrah.







Saturday, September 3, 2011

Mid Valley PC Fair '11


Assalamualaikum semua! Hari ni aku nak pergi Mid Valley sebab ada PC Fair. Lepas Zohor kami sekeluarga ke sana. Mama aku nak shopping barang, aku dan ayah aku pulak nak pegi kat PC Fair. Ayah aku angkut sebijik laptop ACER 10 inch. Harga RM1K. Ayah aku saja beli kecik sebab senang nak bawa ke kelas mengajar.


     Aku pulak membeli barang lain. Ingatkan nak beli hard disk 1TB, tapi aku tengok harga sama je dengan LOW YAT. JAdi aku pergi ke Microsoft punya tempat, sekali aku tengok ada jual controller XBOX 360. Member pun ada citer controller ni boleh guna dengan komputer. Semua game boleh main. Aku angkat je la RM130, aku kan gamers. Kah..Kah..


Syok jugak bershopping, sampai lenguh tangan, kah..kah...


Sebelum balik kami singgah di Pizza Hut untuk makan malam. Perut pun sudah lapar. Hua2...hua2... Puas jugak hari ni sebab dapat barang yang aku nak.





Friday, September 2, 2011

Going back to KL


Raya kali ni memang best sebab berjalan punyalah jauh. 3 buah negeri utara, Perlis,Kedah dan Penang. PAgi-pagi lagi kami sekeluarga telah bersiap untuk pulang ke Kuala Lumpur. Sebelum balik kami singgah dulu di Penang Road.


Kami ingatkan nak lunch dekat Line Clear sekali dia tutup untuk seketika sebab nak bersedia solat Jumaat. Aku dan ayah makan dengan nasi kandar sebelah Line Clear, Nasi Kandar Jasmeen. Makanan dia boleh tahan sedap jugak la. Dia campur kuah tu lepas pekena dengan nasi lagi. Peh!!!! Masyuk.

     Selepas makan tengah hari kami bergerak ke masjid berdekatan situ untuk solat Jumaat. Mama dan kakak pergi jalan-jalan sekitar Penang Road. Masjid tu memang lawa dan bersih. Alhamdulillah kitorang dapat menunaikan solat Jumaat.

     Selepas solat kami sekeluarga baru bergerak pulang. On the way balik tu, kami singgah sebentar di Perhentian Tapah, makan dan solat Asar. Sebelum sampai ke rumah, Mak Cik Ani menjemput kami ke rumahnya sebab ada buat open house.

Makanan banyak jugak bi hun sup dan nasi ayam. Selesai solat MAghrib dan Isyak, layan pulak cerita 4 MADU. Dalam pukul 11:30 malam baru kami sekeluarga sampai ke rumah.


Thursday, September 1, 2011

Batu Ferringhi Night Market

Kalau sampai Penang, memang tak sah kalau tak pergi night market dekat Batu Ferringhi. Memang best la tempat tu. Aku selalu pergi since Form 1 lagi. Selalunya aku borong DVD tapi sekarang main download jer, semua aku dah ada.

     Mama aku beli conforter untuk bilik aku. Memang lawa. Semakin cun la bilik aku nanti. Aku pun beli beg pakaian baru. Besar jugak la saiznya. Beli 2 RM100. Beg silang pun aku beli dengan harga RM50, selepas tawar menawar.

Kalau korang minat nak cari baju@kasut@DVD boleh la datang sini. Kalau barang local kat sini gred dia memang first class la.


Terlupa nak bagi tau, aku beli TV series No Ordinary Family. Ingatkan nak beli Leverage full seasons tapi malas la pulak. Tunggu member downloadkan la. Kah..kah...

Makan dulu!!!


Dengan perjalanan yang begitu lama disebabkan kesesakan, kami sampai di Penang pada pukul 8 malam. Malam ni kami tidur di Hotel Naza Penang. Lepas check in kami semua gerak ke Nasi Kandar Subaidah. Perut pun dah berkeroncong sejak dalam kereta tadi kah..kah..


     Aku pekena nasi kandar dia. Fuhhh!!!!! Masyuk tu, perut pun tengah kosong. Ni betul-betul nasi kandar Penang mai!!!! Kah....kah....


     Kakak aku pulak order roti tisu. Diorang buat kejap jer, dalam 5 minit dah siap, sedap pulak tu. Ayah aku makan nasi kandar macam aku jugak, kakak aku mee goreng mamak & mama aku pulak bihun goreng biasa.


Ada jugak order roti kosong dua keping. Ayam goreng dia sedap giler!!! Memang kenyang betul tadi, alhamdulillah.



Sedapnyer makan!!! Sambil peken teh ais....


Dihadapan Restoran Nasi Kandar Subaidah




Perlis I'm Coming!!!


Hari ni merupakan 3 Syawal, hari kami sekeluarga nak pergi ke negeri Indera Kayangan, Perlis. Selepas sarapan pagi, kami sekeluarga terus bergerak ke Perlis. Dah lama aku tak pergi Perlis sejak aku darjah 6 kot. On the way ke Perlis, jalan memang sesak. Slow giler kereta nak gerak.

     Dalam pukul 12 tgh kami sampai di Taman Aman, Kangar rumah Maksu aku. Kami makan tengah hari di sana dengan lauk pauk yang dimasak oleh Mak Su. Time kat sana banyak bertukar cerita dan macam-macam lagi. Cuaca kat Perlis memang lain sebab termasuk dalam zon tropika.

     Paksu aku cerita adik dia ada beli mercun bom besar bola sepak kat Thailand. Tak tau la kalau bakar kesan dia macam mane. Bergegar otak. Hua2...hua2... Paksu aku jugak baru belajar bahasa siam. Susah giler lagi-lagi tulisan dia yang macam cacing.

Pukul 3.30ptg kami bertolak pulang ke Penang. On the way balik memang sesak. Sebab ada 3 kemalangan kesian diorang. Tapi tiada yang cedera. Jalan jadi sesak sebab sikap pemandu yang nak tengok kemalangan yang berlaku. Ish..ish..Jadi berhati-hati dijalan raya.

Wednesday, August 31, 2011

Balik Penang!!!


Hari ni kami sekeluarga nak balik ke kampung di Penang. Kitorang bertolak dari rumah pada pukul 12 tengah hari. Jalan time ni memang sesak la. Tapi still boleh bergerak, kira okey la. Setia kali lalu dekat mana-mana R&R memang penuh dengan orang.


     Kami berehat di perhentian Bukit Gantang. Ingatkan nak rehat dekat Sungai Perak sekali dia tutup sebab terlamapau ramai sangat orang. Parking pun dah penuh. Dekat sini kami baru makan tengahhari. Aku dengan ayah makan nasi ayam , mama & kakak makan kueh teow goreng.

     Tempat makan dekat sini pun oenuh dengan orang. Lepas makan kami sekeluarga solat jamak zohor dan asar. Selesai semuanya baru sambung perjalanan. Sampai je kampung sekali nenek aku takde, dia tak bagi tau balik Perlis ke rumah Mak Su aku.



Jadi ayah aku buat keputusan tidur dekat Bukit Mertajam. Kami tidur dekat The Summit Hotel. Malam tu kami pekena nasi kandar Al-Amin, takde la sedap sangat. Kedai pun macam tempat simpan barang. Kah..kah..Memang mengantuk giler, esok nak pergi Perlis pulak.

Alhamdulillah, byk dapat duit raya!!!


Semalam keluar beraya ke rumah sedara mara banyak giler dapat duit. Sekarang makin ramai sepupu aku yang dah bekerja makin banyak la aku dapat duit. Standard duit raya yang aku dapat paling sikit RM5. Ok la tu, kita patut bersyukur.


Ni duit raya Pak Uda aku bagi RM50. Memang setiap tahun dia bagi RM50, siap dapat buku kisah nabi-nabi. Kreatif jugak.


Lagi satu aku dapat RM50 time kat rumah Pak Ucu Lan. Sama jugak la every raya bagi RM50. Rezeki murah kot tahun ni.


Jadi konklusinya, jumlah keseluruhan wang raya yang terkumpul semalam adalah RM250. Alhamdulillah boleh buat belanja. Tak nak la membazir.

Merdeka ke-54 Malaysia


Selamat Hari Merdeka yang ke-54 kepada semua rakyat Malaysia. Kita perlu bersyukur kerana hidup dalam aman damai dan harmoni, tiada sebarang kacau bilau yang berlaku. Merdeka pada tahun ini berlainan sedikit kerana di sambut pada 2 Syawal dan tidak pernah berlaku dalam sejarah kita beraya sambil menyambut Merdeka.


     Kemerdekaan bermaksud kebebasan sesebuah negara daripada ancaman kuasa asing. Kita telah dijajah sejak 1511 dimana pada tahun tersebut kerajaan agung Melaka telah jatuh ke tangan Portugis. Kita juga pernah dijajah oleh Inggeris dan Jepun. Ramai pejuang tempatan yang telah berjuang untuk membebaskan negara daripada kezaliman penjajah.


      Bukan hanya negara kita bebas tetapi pemikiran kita jugak perlu bebas dari pengaruh asing yang kotor. Kita perlu menghargai kemerdekaan yang diberi dan perlu mempertahankannya sampai bila-bila. Generasi Y merupakan golongan yang akan memerintah negara pada masa akan datang. Jadi hargai kemerdekaan!!!

Tuesday, August 30, 2011

Jom BeRaYA!!!


Firstly, kami sekeluarga beraya ke rumah Mak Cik aku dekat Bandar Baru Selayang. Dekat just memulakan untuk mengisi perut la. Makanan macam biasa rendang, ketupat, kuah kacang dan kuah lodeh. Tu je la. Kat sini just banyak sesi fotografi. Banyak jugak dapat snaps pics. Kah..kah...


     Seterusnya, kami semua berkonvoi ke Batu Caves, rumah Pak Ucu Lan. Time beraya dekat sini makanan lebih special daripada rumah lain. Ada ayam bakar la,rendang itik, lontong dan banyak lagi. Time tengah makan sembang-sembang dengan Pak Unggal aku. Bukak citer pasal bola la.


     Lepas tu gerak ke rumah ketiga pulak, rumah mak andak aku dekat AU3, Keramat. Time sampai sini aku just duduk layan rancangan TV. Perut dah tak boleh isi lagi, penuh dah bro!!! Sempat jugak tunaikan solat Asar dekat masjid. Alhamdulillah.


Sekarang sampai giliran ke Bandar Baru Bangi pula. Rumah aku dulu la. Aku tolong mama aku hidang makanan. Ramai sedara-mara nak datang.


     Mama aku masak special dan lain daripada yang lain dengan rumah orang lain. Mama aku masak "MEE BANDUNG MUAR". Sedap tu, makan sekali nak tambah lagi sepinggan. Yang datang time ni, family Mak Anjang, Cik Ani, Mak Andak,Pak Ucu Lan,Pak Teh dan Mak Ngah.


Selepas penat layan tetamu dekat rumah, lepas Maghrib aku dengan ayah beraya ke rumah Mak Ulung. Dekat je dengan rumah aku, dia kat Seksyen 4. Lastly, rumah Mak Ngah aku dekat Kajang, pekena menu istimewa Hari Raya iaitu nasi lemak pedas berapi. Sekarang baru aku boleh berehat, nak masuk tidur dah ni. Bye!!!