Wednesday, August 31, 2011

Merdeka ke-54 Malaysia


Selamat Hari Merdeka yang ke-54 kepada semua rakyat Malaysia. Kita perlu bersyukur kerana hidup dalam aman damai dan harmoni, tiada sebarang kacau bilau yang berlaku. Merdeka pada tahun ini berlainan sedikit kerana di sambut pada 2 Syawal dan tidak pernah berlaku dalam sejarah kita beraya sambil menyambut Merdeka.


     Kemerdekaan bermaksud kebebasan sesebuah negara daripada ancaman kuasa asing. Kita telah dijajah sejak 1511 dimana pada tahun tersebut kerajaan agung Melaka telah jatuh ke tangan Portugis. Kita juga pernah dijajah oleh Inggeris dan Jepun. Ramai pejuang tempatan yang telah berjuang untuk membebaskan negara daripada kezaliman penjajah.


      Bukan hanya negara kita bebas tetapi pemikiran kita jugak perlu bebas dari pengaruh asing yang kotor. Kita perlu menghargai kemerdekaan yang diberi dan perlu mempertahankannya sampai bila-bila. Generasi Y merupakan golongan yang akan memerintah negara pada masa akan datang. Jadi hargai kemerdekaan!!!

No comments:

Post a Comment