Monday, August 29, 2011

Checklist D' Akhir Ramadhan


Malam tadi merupakan malam terakhir semua umat Islam menunaikan solat sunat terawih. Kerana esok merupakan hari kemenangan bagi umat Islam. Terawih kita hanya boleh jumpa setahun sekali dalam bulan Ramadhan. Jadi Imam malam tadi ada bagi sedikit tazkirah.

Sebelum berakhirnya Ramadhan kita perlu ada checklist sendiri. Dalam checklist perlulah terdapat:
  1. Tadarus al-Quran
  2. Menjawab azan dan berdoa selepas azan
  3. Datang solat berjemaah dan berazam untuk berada di saf paling hadapan
  4. Beriktikaf dalam masjid dari subuh sehingga solat dhuha
  5. Berzikir
  6. Turut serta dalam solat jenazah
  7. Menjenguk pesakit dirumah atau hospital
  8. Bersedekah
  9. Menghadiri majlis ilmu,tahlil dan zikir
  10. Mengesan fakir miskin dan beri sumbangan
  11. Mencari lailatul qadar dan bukan menunggunya
Ni merupakan checklist dan sekiranya ada tambahan boleh la buat sendiri. Semoga ramadhan pada tahun ini kita dapat berkat dan merasakan kemanisannya. Insyaallah.

No comments:

Post a Comment