Sunday, August 28, 2011

Menulis Kad Raya


Pagi-pagi lagi aku sibuk menulis kad hari raya. Dah lama aku tak melakukan aktiviti ni. Kah..kah...Zaman sekarang orang main SMS je senang, cepat dan jimat. Aku tulis kad kepada semua guru-guru yang mengajar aku time SPM dulu.


     Ni la kad raya yang aku beli. Tinggal lagi berapa jer dah nak siap. Lepas tu baru boleh os. Nak beli kad raya yang ada kartun, rasa macam tak sesuai pulak. Corak yang simple jer senang.


     Tadi aku beli setem. Sekarang dah mahal satu surat 50 sen dulu 30 sen. Tapi ok la. Semua kad raya dah siap & tinggal untuk pos jer.

No comments:

Post a Comment