Friday, August 19, 2011

Bagaimana nak elakkan tertinggal solat???


Hari ni aku kena buat presentation pasal solat time usrah dengan 3 orang member aku , Amir, Aiman dan Amirul. Tajuk yang kitorang pilih ialah " How to avoid missing solah especially Subuh & Isyak?" Kitorang kena present in English, nasib baik tajuknya senang.

     Aku pun nak kongsi dengan korang maklumat yang aku present time usrah tadi. Solat merupakan tiang agama dan merupakan antara aspek yang penting untuk menjadi muslim yag cemerlang. Bahkan, solat wajib lima waktu iaitu Subuh, Zuhur, Asar , Maghrib dan Isyak merupakan perkara pertama yang akan di tanya ketika hari akhirat.

     Kenapa solat Subuh dan Isyak??? Ustaz aku cakap 2 solat ni merupakan solat yang sukar sekali untuk kita laksanakan kerana gangguan-gangguan tertentu. Jadi untuk mengelakkan daripada tertinggal terdapat beberapa cara.

     Solat Subuh, aku pernah jugak tertinggal tapi cara paling berkesan adalah set jam loceng. Jangan letakkan jam loceng kat berdekatan dengan kita tapi jauh sikit. Sebagai contoh kalau jauh kita akan bangkit dari tidur untuk tutup jam tersebut. Apabila ada pergerakan badan kita akan lebih mudah untuk menunaikan solat.

      Niat jugak penting, sebelum tidur kita niat untuk bangun awal untuk menunaikan solat Subuh. Dalam bulan Ramadhan yang mulia, lepas sahur elakkan daripada tidur. Kemungkinan kita akan tertinggal solat subuh. Rugilah walaupun dah bersahur tapi tak solat subuh.

     Solat Isyak pulak, jangan tangguh time nak tunaikan solat. Waktu renggang antara Maghrib dan Isyak boleh diisikan dengan solat sunat ataupun membaca al-Quran. Sebelum tidur disunatkan mengambil wuduk untuk mengingatkan kita tentang solat Isyak.

Anyway, benda yang paling penting ialah must be panctual untuk memunaikan setiap solat. Kenapa kita boleh menepati sebarang temu janji @ hal dunia?? Tetapi mengapa tidak untuk menunaikan solat??? Fikir-fikirkan dan selamat beramal!!!

No comments:

Post a Comment