Saturday, August 20, 2011

Iftar di AU2


Assalamualaikum, hari ni korang semua berbuka apa??? Hari ni merupakan 20 Ramadhan, bermakna tinggal 10 hari lagi bulan yang mulia ini akan meninggalkan kita. Bukan itu sahaja 10 malam terakhir semua umat Islam dijanjikan dengan Lailatul Qadar.


     Hari ni satu family aku berbuka dekat AU2 dekat rumah Mak Andak aku. Dia jemput semua adik-beradiknya untuk memeriahkan majlis berbuka tersebut. Kitorang gerak dari rumah pukul 5 petang lepas settlekan semua urusan dekat rumah.


      On the way ke sana, faham-faham je la KL. Sesak as assual. Kah..kah..Sampai ke ke AU2 dalam pukul 6.30 petang. Makanan atas meja punyalah banyak sebab setiap keluarga yang datang bawak beberapa jenis makanan. Antaranya sate, roti john, ayam bakar, kueh teaw goreng, popiah basah, dan macam-macam lagi. Air pun ada banyak jenis cendol, tebu, teh o dan soya.


Time masa bebuka aku pekena sate 8 cucuk, punyalah masyuk. Kah..kah..Hari ni memang kenyang. Alhamdulillah. Aku tunaikan solat Isyak dan terawih dekat masjid kat situ. Lepas habis terawih terus balik ke rumah.

No comments:

Post a Comment