Thursday, August 11, 2011

Solat Terawih D' Padang


Hari ni aku solat terawih lain daripada yang lain. Sebab hari ni CFS IIUM menganjurkan solat terawih secara berjemaah di padang. First time la, berterawih dekat kawasan terbuka macam ni. Program ni takde la wajib, just sape-sape nak pergi je. Aku dapat tengok saf untuk jemaah muslimat full, sampai tak muat. Tapi saf untuk muslimin ada free lagi empat saf. Ramai solat dekat masjid kot.


Solat terawih malam ni just buat 8 rakaat selepas solat Isyak secara berjemaah. Selepas tu ada la sedikit tazkirah daripada Ustaz Mahadir daripada main canpus UIAM. Best la jugak ceramah tu. Tapi time ceramah aku just dengar macam tu jer, sambil main game. Kah..kah...

Lastly, lepas solat ada la sedikit jamuan, minum air oren dengan dapat kerepek ubi setiap orang. Lepas tu aku terus balik ke bilik.

No comments:

Post a Comment