Masa akan terus bergerak dan tidak akan menunggu kita. Sekiranya kita tak gunakannya dengan baik maka diri kita yang akan rugi. Macam dalam peperiksaan la, kalau masa dah habis mana boleh mintak extra. Kertas peperiksaan still kena hantar. Kita kena manage time kat dunia macam mana kita manage masa time exams. Persediaan yang awal amat penting, bersamaan dengan persediaan untuk kita di akhirat kelak.
Lagi satu contoh, kalau time kita nak meninggal dunia,malaikat Maut dah sampai dia akan terus cabut nyawa kita tanpa sebarang tanggunghan. Kecuali yang berlaku kepada Nabi Muhammad S.A.W, Allah memberi arahan kepada malaikat supaya nabi membuat pilihan supaya boleh menangguhkan pemergian baginda. Tapi Rasulullah memilih untuk meninggal dunia kerana berasa gembira untuk berjumpa dengan ALLAH S.W.T.
Konklusinya, pengurusan masa amatlah penting kepada diri kita dan kehidupan setiap hari. " TIME IS LIFE NOT GOLD".
No comments:
Post a Comment