Lepas tu gerak ke rumah ketiga pulak, rumah mak andak aku dekat AU3, Keramat. Time sampai sini aku just duduk layan rancangan TV. Perut dah tak boleh isi lagi, penuh dah bro!!! Sempat jugak tunaikan solat Asar dekat masjid. Alhamdulillah.
Sekarang sampai giliran ke Bandar Baru Bangi pula. Rumah aku dulu la. Aku tolong mama aku hidang makanan. Ramai sedara-mara nak datang.
Mama aku masak special dan lain daripada yang lain dengan rumah orang lain. Mama aku masak "MEE BANDUNG MUAR". Sedap tu, makan sekali nak tambah lagi sepinggan. Yang datang time ni, family Mak Anjang, Cik Ani, Mak Andak,Pak Ucu Lan,Pak Teh dan Mak Ngah.
Selepas penat layan tetamu dekat rumah, lepas Maghrib aku dengan ayah beraya ke rumah Mak Ulung. Dekat je dengan rumah aku, dia kat Seksyen 4. Lastly, rumah Mak Ngah aku dekat Kajang, pekena menu istimewa Hari Raya iaitu nasi lemak pedas berapi. Sekarang baru aku boleh berehat, nak masuk tidur dah ni. Bye!!!
No comments:
Post a Comment