Saturday, August 27, 2011

Tolong Mama buat Biskut Raya


Hari ni lepas sahur, aku dah tak tidur balik. Lepas solat subuh terus turun kat ruang tamu, lepak layan TV. Tengah lepak-lepak tu, mama aku ajak aku tolong buat biskut  raya. Biskut paling simple dan disukai oleh ramai orang iaitu biskut cornflakes.


     Selalunya biskut ni boleh dibuat dengan pelbagai perisa. Paling popular adalah coklat, coklat putih pun ada jugak dan madu. Tapi kalau beraya selalu jumpa coklat la. Yang jenis lain tu jarang-jarang nak jumpa. Kah...kah....

     Buat biskut ni simple je, tak perlu dibakar dalam ketuhar. Just gaul dalam kuali dan bahan-bahannya adalah coklat masakan, majerin, dan juga cornflakes. Sukatan coklat mestilah 250g bagi satu peket cornflakes. Kalau terkurang tak sedap pulak.


Lepas dah siap dimasak baru boleh masuk dalam paper cups. Korang boleh menghias biskut korang dengan coklat rice ataupun mix chocolate rice. Selesai semuanya baru boleh masuk dalam peti sejuk. Aku tolong mama dalam masa 30 minit dah boleh siap.


No comments:

Post a Comment