Pagi ni bersamaan dgn hari Sabtu, aku bangun seawal 5 pagi sebab nak siap awal ke KL. Aku daftar masuk larian ni. excited giler beb aku. Selepas sarapan aku bersama parents terus gerak ke Dataran Merdeka. Alhamdulillah kejap jer.... sampai jer terus parking . Masa kitorang jalan ke dataran drpd tempat parking kat Jalan TAR.
Kat sane memang ramai giler orang yang nak masuk. Pada hari tu gak terbuka untuk orang ramai secara percuma. Aku dah daftar lebih awal. Masa tu, parants aku pun join sekali bagi menyokong Gagasan 1 Malaysia. Aku kategori A bwh 17thn, my dad kategori C and my mom kategori E. Semua ikut kategori umur.
Nombor bertuah aku pada hari tu adalah A276 dan setiap peserta dapat T-shirt free. Lawa beb baju tu sponsor banyak beb. Dapat air free sblum berlari. Dataran Merdeka merupakan pusat larian serentak di seluruh Malaysia. Larian telah dirasmikan oleh isteri PM, Datin Paduka Seri Rosmah Mansor. Sebelum larian nyanyian lagu Negaraku berkumandang. Masa pistol di tembak maka bermulalah larian.
Time aku lari tu memang best sebab tempat jarang aku lalu. Aku lalu kat Memeorial Tun Hussein Onn & Tunku Abdul Rahman. Jalan semua kena tutup. Aku lari macam merentas desa kat sekolah. Lari, lari dan terus berlari. Kepenatan tu memang la rasa. Tapi aku menggunakan segala kudrat untuk sampai ke garisan penamat. Aku nampak sign board Dataran Merdeka ape lagi aku sprint terus. Sampai je kat garisan penamat aku dapat sijil puas giler beb.
Aku rasa masa tu aku dapat Top 25 kot..Ye ker?? Tapi hadiah sampai nombor 10 je. It's ok beb aku tak kesah langsung. Dah penat ape lagi pegi minum la. Byk sponsor minuman 100 PLUS, Revive, Milo, Sunquick.Kembung perut aku ish..ish..ish...
Sementara tunggu my parents, majlis penyampaian hadiah kat pemenang no 1,2,3 bagi setiap kategori. Aku cepat2 keluarkan kamera nak bergambar dgn tetamu kehormat. Paling best aku dapat salam dgn DPS Rosmah Mansor. Selalu aku tengok beliau kat TV dan akhbar ni depan mata aku. Beliau seorang yang peramah dan mesra rakyat.
Pengalaman masuk pertandingan ni mmg tak boleh dilupakan...
Time lepas SPM ni aku nak join beberapa byk pertandingan larian. Insyaallah.
The Best Memories