Pagi tadi pukul 9 pagi, aku dengan mak aku pergi ker MYEG sebab aku nak ambil peperiksaan berkomputer JPJ. Aku ada masa 4 hari study semua benda yang patut sebelum hari ini. Aku baca buku latihan & buat latihan CD yang aku beli time ceramah 5jam hari Ahad lepas. Mak aku hari2 suruh aku baca buku tu tapi aku malas beb. Lesen punya pasal aku paksa la diri aku ni untuk membaca.
Pagi tadi beb kalau korang nak tahu aku bangun awal giler study. Sempat jugak aku buat latihan 2 set. Latihan dalam CD tu memang bagus dan berbaloi jugak aku beli. Time sampai sana daftar & ambil gambar skali. Pagi tu tak ramai orang jadi giliran aku cepat la. Pengawai yang jaga kaunter tu punyalah garang macam harimau. Tak mesra pelanggan langsung.
Time aku masuk kat bilik periksa tu cuak jugak la. Aku duduk kat meja no. 5 tempat tu memang selesa giler.
Aku habis jawab semua soalan dalam masa 15 minit sahaja. Masa yang dia bagi 50 minit. Banyak masa lagi ni, jadi aq semak la balik semua jawapan. Banyak juga yang aku betulkan. Time dah puas hati aku terus tekan keluar. Peh!!! aku salah satu jer beb daripada 50 tak sangka. Gembira giler aku hari ini. Balik jer rumah aku terus online tulis benda ini.
Walaupun aku tak study sungguh2 tapi aku rasa ini adalah rezeki daripada Allah S.W.T alhamdulillah. Lepas ni aku kena dengar ceramah selama 6 jam lepas tu baru test JPJ untuk dapat lesen P. Dapat P aku baru boleh bawak kereta.
Happy nyer aku hari ini......
No comments:
Post a Comment