Friday, December 10, 2010

Hari Terakhir di Science Johore

Pejam celik, pejam celik hari ini merupakan hari terakhir aku di SMSJ dan maka secara rasminya aku telah tamat menjadi seorang pelajar sekolah.Ramai orang berpendapat bahawa 5 tahun merupakan jangka masa yang amat singkat. Aku masih teringat akan kenangan ketika aku baru masuk pada tahun 2006 sebagai pelajar pengambilan kedua. Hari ini ramai teman2 aku sudah pulang ke rumah sejak awal pagi lagi. Bagi budak teknikal balik lepas peperiksaan Chemistry. Lagi awal daripada budak2 Biology.

Aku malam tadi tak tidur coz nak habiskan sisa2 hidup aku kat SMSJ. Aku lepak2 sampai larut malam untuk mengembalikan kenangan aku semasa kat sini. Aku luangkan masa dengan kawan2, tengok TV dan berbual2 buat kali terakhir. Barang semua aku dah packing dan bawa turun kat bawah. Budak2 yang ambil subjek EST dan LK diorang akan jumpa balik. Jadi bebudak yang amik 9 subjek merupakan pertemuan terakhir dengan diorang.

Aku tengok member aku sampai menangis untuk berpisah. Aku tak dapat luahkan perasaan itu sebab aku tahu bahawa setiap pertemuan ada perpisahan. Perjalanan hidup kita kat dunia ni masih panjang dan berliku-liku. Ini semua adalah lumrah kehidupan. Pada hari ini, juaga merupakan peperiksaan Akaun bagi calon yang mengambilnya. Hanya 10 orang sahaja. Sebelum parents aku sampai aku berjumpa dengan Cikgu Majid untuk bersalaman. Aku secara jujurnya berasa amat sedih untuk meninggalkan orang yang banyak berjasa kat aku. Tapi aku tabahkan hati sebagai seorang lelaki yang hensem lagi segak bergaya untuk tidak mengalirkan air mata. Aku akan sentiasa ingatkan kenangan aku semasa luangkan masa dengan Cikgu Majid.








Akhirnya, masanya sudah tiba. Parents aku dah sampai, jadi angkut barang masuk kereta. Lepas itu aku keluar pagar sekolah maka berakhirlah semua  cerita aku sepanjang 5 tahun sebagai satu daripada watak di SMSJ.  So sad beb...It's ok we must go thru 4 our life...PEACE NO WAR!!!

SELAMAT TINGGAL SEKOLAH MENENGAH SAINS JOHOR!!!

No comments:

Post a Comment