Thursday, December 30, 2010

Tahniah Safee Sali


Kejayaan Malaysia dalam Piala Suzuki merupakan kejayaan kepada seluruh rakyat Malaysia. Paling membanggakan penyerang berbisa negara, Muhd Safee Sali dinobatkan sebagai penjaring terbanyak kejohanan tersebut. Safee telah menjaringkan 5 gol dalam kejohanan tersebut. Dia tidak menjaringkan gol ketika perlawanan dalam kumpulan. Tetapi berjaya menghasilkan gol ketika bertemu Vietnam di separuh akhir dan perlawanan akhir bertemu dengan Indonesia. Ini merupakan pencapaian terbaik kepada penyerang Selangor tersebut.


Safee Sali mencapai zaman kegemilangannya dan kemungkinan mendapat tawaran daripada kelab luar negara. Saya berharap pemain kita dapat bermain di Eropah kerana bola sepak Eropah lebih bagus dan mempunyai cara permainan yang menari. Safee mempunyai finishing, hantaran yang tepat dan kelajuan yang boleh membawa dirinya lebih jauh untuk mencapai kemajuan.


Safee Sali merupakan inspirasi kepada pemain bola sepak negara!!!
Saya berharap Safee akan terus mencapai kejayaan dan terus maju jaya...

No comments:

Post a Comment