Saturday, January 1, 2011

Selamat Tahun Baru 2011


Selamat Tahun Baru aku nak ucapkan kepada semua rakyat Malaysia kerana kita hanya tinggal 9 tahun sahaja lagi untuk mencapai Wawasan 2020. Tahun ini memang cantik tarikh tahun baru iaitu 01012011dan sesiapa yang mempunyai tarikh lahir 1hb Januari memang beruntung. Bayi-bayi yang baru lahir juga kemungkinan mempunyai keistimewaan dan kelebihan kepada ahli keluarganya. Apabila kita bercerita mengenai tahun baru, selalu dikaitkan dengan azam baru.Azam berupakan cita-cita ataupun harapan seseorang untuk mencapai sesuatu yang dihajati.

      Azam aku pada tahun ini sebenarnya memang banyak kerana aku sebenarnya jarang berazam. Firstly, aku berazam untuk meningkatkan tahap kerohanian aku kepada Maha Pencipta. Aku ingin lebih melakukan ibadat sunat seperti solat sunat, bersedekah dan membuat amal kebajikan. Aku juga ingin sentiasa berusaha untuk solat berjemaah  untuk mendapatkan ganjaran 27 kali pahala dan dapat mengenali masyarat setempat lalu mengeratkan hubungan silaturahim. Aku ingin memotivasikan diri dengan dengan menghadiri ceramah agama.

    Daripada segi fizikal dan kesihatan, aku ingin menambahkan sedikit berat badan untuk mendapatkan kadar BMI yang seimbang. Setakat ini tinggi aku tidak bersesuaian dengan berat aku. Cuba korang bayangkan tinggi aku 175cm tapi berat aku hanya 55kg. Patutlah aku rasa badan aku semacam jer....kih..kih... Benda lain pula aku touch up badan aku untuk kelihatan lebih menarik. Aku nak build muscles aku biar badan berketul-ketul tapi bukan macam Mr World, Sazali Samad. Dari segi stamina juga aku nak tingkatkan dengan cara pengambilan makanan yang seimbang dan jogging pada setiap pagi. Aku buat semua ini sebab aku nak lebih aktif dalam bidang sukan.

     Tahun ini merupakan tahun yang paling menakutkan untuk aku sebab bulan Mac nanti keputusan SPM akan keluar. Aku tidak tahu bagaimana pencapaian SPM aku. Aku berserah semuanya kepada Allah kerana aku telah berusaha bersungguh-sungguh ketika peperiksaan. Sekiranya aku cemerlang dapat straight A ataupun sebaliknya aku tetap bersyukur. Selepas sambung belajar ke asasi ataupun matriks aku akan belajar bersungguh-sungguh supaya setiap peperiksaan dapat capai four flat. Aku berdoa semoga tahun ini aku sentiasa cemerlang dalam pelajaran.

    Lain-lain azam aku pada tahun ini adalah nak lulus dengan cemerlang ujian kereta JPJ untuk dapat lesen P. Nanti dah dapat lesen boleh la aku bawa keluarga kau jalan-jalan. Best giler beb... Sementara tunggu keputusan SPM ini, aku nak mencari kerja untuk merasa sikit duit daripada diri sendiri. Aku tak tahu lagi nak kerja dekat mana. Aku rasa supermarket, klinik ataupun kedai makan. Aku cari gaji RM800 keatas semoga dapat la kerja. Insyaallah. Akhir sekali, azam aku adalah untuk belajar bermain gitar. Coz aku memang dah lama minat nak bermain gitar bawa lagu macam-macam. Aku boleh belajar daripada buku ataupun youtube.

Aku harap tahun ini merupakan tahun paling bermakna buat diri aku. SEMOGA SEMUA AZAM AKU TERCAPAI!!!

No comments:

Post a Comment