Saturday, January 29, 2011

ThE LoST WoRLd oF JuRAssIC PaRk

Kalau nak rasa pengalaman macam dalam filem JURASSIC PARK boleh singgah dekat sini. Pintu gerbang kat sini memang 100% serupa dalam filem tu. Entertainment kat dalam ni tak banyak sangat just rock climbing, CANOPY FLYER dan permainan untuk bebudak kecik.

    Time kat sini aku satu family mencuba JURASSIC PARK RAPIDS ADVENTURE. Kitorang duduk dalam macam bot pelampung besar lepas tu gerak menyusuri macam sungai la. Macam jenis dinasour aku nampak . Fuhhhhh!!! gempak jugak la. Air deras dan laju, perasaan cuak ada jugak. Paling tak best tak boleh ambil gambar. Bayangkan dalam keadaan terpusing-pusing dalam air, tak mahu terbang kamera aku.

     Time dalam bot tu ada pulak pasangan warga emas berbangsa Cina buat hal. Ada ke patut bawa payung masa naik benda ini. Bahaya bro!!! On the way kat sungai tu announcement banyak kali oleh pihak pengurusan suruh simpan payung. Announcement dalam tiga bahasa Inggeris, Melayu dan Mandarin. Tu pun tak faham-faham. Ada awek duduk sebelah kakak aku nasihat pasangan tu tapi tak on jugak. Last-last time dah habis diorang kena panggil dengan manager. Tak tau la pae nasib dorang..Ish..ishhh

PENAT NYER!!! LEPAK DULU 
  
  Jalan punyalah penat jadi lepak dulu. Just beli air 100PLUS & REBINA. Makan??? Makan PRINGLES daripada Malaysia. Kalau nak beli kat sini ragu-ragu pulak tahap kehalalan nyer... Anyway masyuk jugak time makan ni..kah..kah...

No comments:

Post a Comment