Monday, January 17, 2011

HaPPy BeSDay AdHAm!!!

Hari ini merupakan hari paling bermakna buat MEMBER aku YANG GILERZ, aFiQ AdHAm. Korang nak tau sebab ape??? Sebab hari ini birthday dia yang ke 18 tahun. Bagus2 dah besar. Tadi baru jer dia call aku , mentang-mentang dapat free call. Hampir setengah jam sembang. Dia citer mengarut la. Tapi best la layan oTAk GIlErZ Adham ..kah...kah..
     Sempena birthday dia aku nak citer sikit pasal member aku ini. Aku mula  baik dengan Adham time F4 la walaupun aku dah lama kenal dengan dia. Dia ini memang famous la dalam kalangan bebudak sekolah sebab atlet dan player ragbi. Power beb mamat ni main ragbi sampai wakil Johor. Nampak jer biasa2 tapi pehhh...power siot.Adham merupakan winger dan fullback. Sape2 memang tak boleh lepas kalau dia jaga.Banyak pingat daripada peringkat daerah sampailah international.

     Dalam sukan aku selalu bertanding dengan dia time lompat tinggi. Dua kali aku kalah dengan Adham time 2008 dan 2010. Sedih beb..Tapi masa tahun 2009 aku dapat tempat ketiga tapi dia tak masuk pulak lompat tinggi time tu. Adham a.k.a Jarang member futsal aku. Petang2 aku memang selalu main futsal dengan geng PNDK. Aku suka jugak berganding dengan dia  time main. Dahlah lincah , aku just tunggu bola jer la untuk gol kan. Tahun ini aku dah sign kontrak dengan dia join team futsal aku, Projek Pelangi FC.
     Aku ini masa F4 memang lemah giler dalam add math. Selalu jer failed macam nak menangis pun ada. Tapi masa F5 Cikgu Majid bagi tempat duduk sebelah orang yang power add math. Time tu la aku duduk sebelah Adham. Masa UK1 add math aku failed tapi lepas tu Mid-year terus dapat B+.Lepas tu kelas add math aku terus naik dari SET 2 ke SET 5 terus. Trial SPM terus dapat A- dan A. Aku harap SPM dapat A+ pulak . Insyaallah.

     Kitorang boleh dikira member study la. Aku selalu ajar dia Sejarah. Dia ajar aku add math. Tapi time kelas Chemistry aku duduk sebelah dia belajar sama2. Aku selalu betting dengan dia setiap kali peperiksaan . Memang best beb la. Kitorang chemistry memang melonjak naik la markah dari C ke A. Time Biology aku pun study dengan dia dekat kelas pemulihan.

Lastly, aku nak citer Adham ini memang selalu kenakan orang. Dialah pengasas GENG SAPE TANYER!!!. Aku pun dah jadi sekepala dengan dia. Huah..huah..Lawak siot. Anyway ko memang member aku yang best la , aku sentiasa ingat kat kau. ADHAM @ JARANG @ GILERZ.


2 comments: