Walaupun dah seminggu berlalu aku pergi melancong ke Singapura, tapi baru hari ni aku ada masa yang sesuai untuk menulis perjalanan aku ke sana.Pada 20hb Januari 2011, pagi-pagi lagi aku dah bangun awal giler sebab bas gerak pukul 7pagi. Aku satu family bangun pukul 5:30 pagi bersiap mandi semua dan solat. Kitorang semua tak sempat nak bersarapan. Beli roti dekat 7 eleven makan dalam bas. Bas Odessay ini sepatutnya gerak pukul 7 pagi tapi tunggu penumpang lain jadi lewat 10 minit.
Kemudahan dalam bas ni memang banyak ada wi-fi, game dan macam2 lagi. Keluasan bas ni agak besar berbanding dengan bas ekspress biasa. Aku apa lagi online la pakai handphone. Perjalanan bas ini ke Singapura tak lalu tambak Johor tapi lalu Second-Link. Katanya lebih dekat sebab Universal Studios tu kat Pulau Sentosa. Kitorang kena lalu dua checkpoint firstly, imigresen Malaysia dan secong imigresen Singapura. Kejap jer perjalanan pukul 8 pagi dah sampai imigresen Singapura. Waktu ni merupakan negara ketiga aku jejak selepas Jepun dan Indonesia.
On the way ke Sentosa Island, aku tengok sekitar kawasan perindustrian Singapura. Memang maju giler beb. Kilang macam-macam ada, kilang Lambogini, Coca-cola dan komputer. Tapi orang sini bawa kereta slow giler 90km/h sebab tu had laju kat sini. Anyway Singapura walaupun kecil tapi lebih maju daripada Malaysia.
No comments:
Post a Comment