Monday, December 27, 2010

Tahniah Malaysia vs Indonesia 3-0!!!


What the nice game beb malam tadi!!! Aku tengok game malam tadi macam tengok EPL layan siot. Lepas sembahyang Maghrib aku terus duduk depan TV . Ayah aku pun join sekali memang best. First half,  game memang Malaysia yang control tu pun kejap jer. Lepas tu Indonesia pulak serang. Striker berbisa diorang Gonzales kena kawal dengan dua orang defender. Memang mantap. Kapten Malaysia, Safiq Rahim mensia-siakan peluang dengan situasi ketika goalkeeper Indonesia, Marcus naik sedikit dan gawang dalam keadaan kosong. Tapi sepakan kapten melambung tinggi.
      Aku memang nak puji pemain berbangsa India kita, Kunanlan pemain nombor 16. Kuna punya skill memang bagus boleh lepas dua  orang time kena marking beb. Dribble bagus, fully skill dan accurate shoot and passing. Kalau semua players M'sia macam Kuna, kemungkinan boleh masuk World Cup. Standard permainan Kuna macam player EPL. Tapi aku tidak gemar dengan permainan Amirulhadi pemain wing kanan negara. Dia banyak melepaskan peluang baik untuk hantaran dan mencipta peluang untuk gol. Amirulhadi juga main ganas sangat dan tak sepatutnya buat bicycle kick dalam kotak penalti yang penuh dengan pemain. Tak pasal2 dah kena kad kuning dan terlepas final untuk second leg Rabu ini dekat Jakarta.


     Second half merupakan time yang paling best. Ashari pemain nombor 26 dibawa masuk untuk menggantikan Amirulhadi Zainal. Posisi ada sedikit perubahan di mana Kuna bermain di wing kanan dan Ashari wing kiri. Apabila wisel dibunyikan Indonesia mula menyerang dengan kencang di mana pemain mereka Irfan shot ke gawang M'sia. Indonesia menggantikan Okto dengan Arif player lincah mereka. Malaysia juga bertahan dengan kemas dan mantap. Arif turut membuat sepakan kencang pertama tetapi diselamatkan oleh keeper cemerlang Kahirul Fahmi. Semasa M'sia dapat sepakan percuma , penjaga gol Indonesia membuat dakwaan matanya disuluh dengan laser. Perlawanan terpaksa diberhentikan selama 5 minit.

     Apabila perlawanan dimulakan Safiq Rahim mengambil sepakan tetapi tidak masuk. Selepas itu, bola dikaki Norshahrul Idlan Talha dan terus dribble melepasi dua orang pertahanan daripada garisan tepi. Dia terus menuju ke gol dan dummy keeper terus thru kat Safee. Peh!!! Safee terus ambil peluang shoot dan gol!!! Memang best time tu.. Bersorak aku!!! Minit 68 pengantin baru Norshahrul Idlan bermain cantik lagi dribble lepas beberapa pertahanan dan terus shoot tapi reflect dekat kaki defender openend. Tapi bola yang terus dapat kat Ashari dan dia terus shoot bola spin.Keeper dapat tepis sikit jer dan terus terjah ke dalam gol.
Pertahan Indonesia masa tu nampak goyah giler. Aku rasa moral down beb. Peluang ini diambil oleh Malaysia untuk terus memburu gol.
     Minit 72 merupakan time paling menggembirakan rakyat Malaysia apabila gol ketiga dijaringkan oleh Safee Sali. Hantaran melintang dari jauh oleh pemain nombor 18 yang amat accurate dan terus sampai dekat Safee . Dia melompat tinggi dan tandukan yang tidak dapat diagak oleh keeper menerjah masuk ke gawang Indonesia. Marcus hanya kaku melihat bola masuk ke gawang. Gol Safee ini membolehkan dia menjadi penjaring terbanyak Piala Suzuki iaitu 4 gol mendahului Gonzales. Tandukan Safee ini aku boleh bagi 5 star beb. Sama aku pernah tengok gol Rooney dan Ronaldo serupa macam ini. Sampai wisel penamat M'sia lebih banyak bertahan kerana Indonesia menyerang. Akhirnya, M'sia tetap menang. Hanya sebelah tangan sahaja M'sia akan menjulang Piala Suzuki sebagai negara keempat.

Malaysia boleh!!!
Juara AFF Suzuki Cup 2010
Malaysia!!!
Malaysia pula ganyang Indonesia!!!
 

No comments:

Post a Comment