Monday, February 28, 2011

LaRIaN BaNGi PeRDaNa 2011



Hari ni dekat Bandar Baru Bangi memang meriah giler!!! Sebab selama aku duduk kat sini first time ada buat Larian Bangi Perdana, Senamrobik Perdana dan Pertandingan Futsal. Memang ramai orang yang join program yang diadakan . Aku just masuk larian sejauh 10km kategori terbuka. Saingan memang sengit beb!




     Sebelum start lari ada warm up beramai-ramai. Syok jugak time ni sebab AUNTIE yang conduct tu memang best. Kitorang warm up macam menari Hua2....Hua2.. Lama jugak warm up hampir 15 minit. Aku sampai kat depan kompleks pukul 7 pagi , warm dah start. Ape lagi aku terus join la...tapi kejap jer baik aku warm up sendiri lagi senang.


     Dengan nombor yang hanya bertulis pakai marker berwarna biru, A0034. Aku sekarang dah ready nak berlari tapi cuak gileerrr!!!

Fuyooo!!! Ramai nyer orang yang join..... Semua ni time kat garisan mula tengah jalan beb... Ramai runner yang masuk larian ni. Semua sport man @ woman. Memang berpengalaman la diorang ni. Ada yang datang dari JB jauh siot...ISH...ISH....


     Masa pistol pelepasan, macam sardin nak start lari. Ada orang dekat belakang aku tolak-tolak, nasib baik aku tak jatuh. Aku maintain la lari macam aku dekat sekolah dulu. Aku rasa dah cukup training dan fit nak lari. Laluan time event ni banyak berbukit , memang mencabar kekuatan aku. Lalu dekat seksyen 13, kawasan kilang-kilang. Scenery memang tak best langsung.


     Time tengah lari takde pun pasukan perubatan yang jaga. Just polis yang jaga lalu lintas. Thanks to all abang polis!!! Bahaya jugak kalau kau injured. Dah hampir 5km aku rasa penat macam nak mampus.. Nasib baik time tu ada orang bagi air sponsor REVIVE. Just dapat satu jer..kah..kah...


     Sebab aku dah biasa lari sejauh 5km jer lepas tu aku banyak berjalan jer la. Dah tak larat. Peha aku pun rasa dah nak cramp. Nasib baik aku kuat semangat lari dengan sorang awek cun blonded. Aku lari sebelah dia jer. Last, last aku potong dia jugak.




Masa dekat tasik aku dah start sprint balik nak sampai ke garisan penamat. Akhirnya sampai jugak aku, aku tengok nombor aku top 50 beb. Best gilerr.. Kalau aku Top 30 mesti dapat medal. Anyway memang best.


Tak dapat medal takpe asalkan dapat sijil. Yahooo!!!!



Lepas penat berlari, apa lagi makan la. Dapat roti dua dengan air revive tu jer. Berbaloi ker RM10?? Ntah la aku no komen.......

PICS OF THE EVENT







Time ni aku lupa nak citer, UTUSAN sponsor jadi dapat suratkhabar free jer!!! Untuk hujung minggu....

Sunday, February 27, 2011

BeST LaGu KALaU CiNTa!!!

KALAU CINTA : ALIFF AZIZ FEAT JOANNA

Aliff Aziz
Di lubuk hatiku
Adalah kamu
Sebagai ratu


Joanna
Seluruh Jiwaku
Hanya dirimu
Yang aku mahu


Duet
T’lah ku percayakan
Hati ini padamu
Maka kita tak saling risau

Kalau cinta jangan kacau
Kalau sayang tak perlu marah
Kalau ikhlas tak minta berbalas
Serahkan cintamu
Pada yang punya cinta


Joanna
Di lubuk hatiku
Adalah kamu
Yang aku perlu


Aliff Aziz
Seluruh Jiwaku
Hanya dirimu
Yang aku mahu




Aku kalau dengar lagu ni memang layan... Beberapa kali pun tak boring. Kalau korang faham lagu ni dalam2 memang masyuk!!! Semestinya pasal cinta, pasangan yang tak nak mengakui perasaan antara satu sama lain.



Kalau dah cinta tu mengaku jer!!! KAh...kah.... Aku time cuti, ni la antara lagu yang aku belajar main gitar. Kalau aku dapat berduet dengan mana2 awek INDIE @ GUITAR , Fuhhhhh!!! Mesti best.. 


Thursday, February 24, 2011

FuyOOO!!! I MeeT ShAHir AF8



Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar disinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur
Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama semakin rekah
Menimbulkan tanya apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan

FUYOOO!!! Hari ni time kerja memang best...
Korang nak tahu tak sebab ape???
First time, selama aku kerja kat Pizza San Fransisco
aku jumpa dengan artis, SHAHIR AF8.

Hensem giler mamat tu, siap dengan
cap, tinggi lampai, kulit putih.
Dia datang dengan manager & member dia..
Aku lagi best siap ambil order
untuk diorang.

Kak Fiqa syok giler....
Siap hantarkan air..HUA2...HUA2...
Anis lagi siap buatkan banana split
special untuk SHAHIR.

Betullah selama ini kata-kata
kakak aku, kalau kerja
dekat sini dapat jumpa ramai 
artis. Artis mana pulak
aku jumpa lepas ni.
Kah..kah....

Wednesday, February 23, 2011

SPM ReSUlT JuSt ArOunD The CorNEr


Konfius betul aku beli tarikh sebenarnya result SPM keluar???
Macam2 edisi aku dengar,
ada kata tarikh keluar result 24hb, 28hb, 8hb
apasal awal sangat????

Setahu aku kerajaan selalunya tunggu bebudak
PLKN balik, kemungkinan 14hb tu betul la 
kot????

Aku setiap kali termenung, makan, tengok TV,
mesti teringatkan result aku!!!
Terlampau cuak beb.....
Aku lepas teringat jer mesti banyak2 
berdoa kepada Allah.

Aku paling takut subjek sains aku la...
Aku bukan power mana pun...
Last trial aku spoiled BIO, WTH
C+, boleh ker aku dapat A???

Anyway, apapun keputusan aku redha
dengan qada' & qadar..
Aku dah buat yang terbaik dan aku kena
selalu memohon kejayaan kepada
Allah dengan berbanyak berdoa &
solat hajat.

Semoga aku mencapai keputusan yang
cemerlang iaitu 9A+
Insyaallah!!!

Saturday, February 19, 2011

FiRsT ExPeRIenCE DrIVe 80KM


Fuyooooo!!! Hari ni aku first time beb drive jauh2. Hari ni aku nak amik akak aku kat Kuala Pilah. Memang cuak la nak bawa kereta sejauh 80KM. Korang bayangkan dari Bangi ke Kuala Pilah jauh tu !!! Anyway aku tingkatkan keyakinan diri untuk bawa kereta MYVI.

     Time dekat jalan biasa tu memang cuak lagi-lagi dekat Kajang. Jalan punyalah sibuk takut jer tersondol kereta lain. Untuk menghilangkan perasaan cuak aku buka radio kuat-kuat. Baru boleh rest sikit otak aku ni. HUA2.....HUA2....


Aku drive ikut highway LEKAS baru jer bukak tahun lepas. Bab jalan-jalan ni aku tak tau sangat nasib baik mak aku ikut sekali. Time kat highway kosong jer, kereta tak banyak. Aku tekan minyak sampai 100km, tu la yang paling laju. Aku try la 110km, mak aiiiiii..... nak terbang siot kereta MYVI ni. Aku bawak setakat antara 80km hingga 100km.

     Time keluar highway jer dah masuk jalan biasa . Ni aku rasa lagi mencabar sebab banyak kereta. Jalan pun bukannya lurus macam ular kena palu. Tapi dengan pengalaman masa kelas memandu aku banyak drive jalan macam ni. Aku rasa memang enjoy giler. Kereta yang aku potong pun banyak jugak.

Akhirnya, hampir 2 jam memandu sampai jugak ke destinasi yang dituju. Alhamdulillah selamat sampai. Time balik ke Bangi kakak aku pulak yang drive. Aku lepak jer.

Konklusinya, aku rasa drive kat jalan biasa lagi best sebab syok habis!!! Kat highway boring bro...tapi highway lagi cepat dan selamat.

Thursday, February 17, 2011

MaNA LaGi BEsT, SeKOLah ReNDaH @ MeNengah???


     Pengalaman dekat sekolah rendah sebenarnya lebih cerewet dibandingkan dengan sekolah menengah. Tome sekolah rendah semua benda kena buat ikut peraturan. Tak boleh langgar langsung kalau tak teruk giler kena dengan cikgu. Ish..ish.... Aku still ingat lagi time member aku tak siap kerja sekolah , siap kena bogelkan depan kelas. Kesian aku tengok member aku kena macam tu. Siap cikgu suruh tutup tingkap dengan pintu.


     Paling aku tak suka kerja sekolah punyalah berlambak tahap CIPANZI . Bayangkan buat kerja sekolah sampai malam. Siap bawa kerja sekolah rendah ke sekolah agama. Punyalah cuak kalau tak siap..... Aku still ingat time sekolah , bawa buku punyalah berat. Pagi-pagi @ malam sebelum tidur buka jadual susun buku dalam beg. Beg bukan satu jer dua beb. Satu digalas lagi satu pegang. Sedangkan buku teks bukannya selalu guna. Sakit bro badan gua..hua2...hua2....


     Aku time sekolah rendah pengawas. Punyalah skema ikut rules sekolah. Cikgu pengawas semua tegas giler, korang bayangkan lambat bunyikan loceng pun nak mengamuk. Panas telinga aku ni. Kalau jaga kelas lain tu, sampai kena tunggu cikgu sampai baru boleh blah.. Aku paling tak lupa sampai 2 jam tunggu cikgu yang sepatutnya masuk ke kelas. Semua benda kena beratur masuk kelas, dekat kantin. Benda pelik aku pernah buat jaga toilet. Lawak siot!!!


     Zaman sekolah menengah is the best in my life. Korang nak tahu sebab apa??? Sebab aku dapat timba pengalaman yang lebih luas dalam kehidupan aku. Aku dapat mengetahui pelbagai benda baru. Firstly aku nak cerita pasal homework. Sekolah menengah walaupun subjek banyak tapi kerja still sikit. Tu pun just bagi sesetengah kelas jer. Macam kelas aku, kerja sekolah ala kadar jer. Bestnyerrr!!!


     Kalau tak siap kerja sekolah cikgu lepak jer sebab kerja tu tanggungjawab kita. Kita kena tahu la kita punya tanggungjawab. Aku selalunya siap kerja sekolah takut la dengan cikgu. Kah...kah... Anyway sekolah aku boleh dikatakan mempunyai peraturan paling sempoi kat Malaysia. Aku rasa sebab cikgu tak nak membebankan pelajar. I LOVE THAT!!!


     Pergi sekolah menengah ni beg tak bawa pun tak aper. Sebab dekat kelas dah ada locker untuk setiap pelajar. Beg aku kekadang tu kosong just bawa pencil case jep.... Ringan giler!!! Kalau ada buku pun untuk study @ selesaikan homework. Hubungan antara guru dengan pelajar macam member @ family. Memang sempoi dan best. 

SEMUA YANG AKU TULIS INI ADALAH PENDAPAT AKU....
KALAU KORANG ADA PENDAPAT BOLEH KONGSI DENGAN AKU!!!

Sunday, February 6, 2011

KeDai GuNtIng RaMBuT Tutup La puLak!!!


Petang tadi aku keluar ke KL semata-mata nak gunting rambut. Jalan punyalah sesak start keluar dari tol Sungai Besi. Tapi last-last ok jugak. Aku selalu gunting rambut dekat kedai DERICK & CO salun MISHA OMAR. Dry cut murah jer RM10, dah lama aku selalu gunting kat sini. Ingatkan boleh bikin rambut macam MINHO, tapi kedai tutup sampai hari Ahad. Siot betul la!!!

     Dah sampi dekat KL ni apa lagi meronda la. Aku ingatkan nak cari jersi Malaysia tapi mahal sangat la. Walaupun gred AAA tapi sampai RM60 tak berbaloi beb. Paling murah pun RM55. Kalau aku beli kat stadium Shah Alam lagi murah RM45 jer. Hari Sabtu dekat Jalan TAR ada pasar malam . Macam-macam jugak la orang berniaga.


     Pasar malam ni, aku just beli kuih jer tapi seketul 50sen beb mahal nyer. Aku rasa kuih paling mahal dekat Malaysia la. Kalau kat Bangi 5 ketul RM2. Kalau dekat BP memang murah 3 @ 4 ketul baru RM1. Next, aku pergi window shopping dekat SOGO. Aku pun naik hairan la sini asyik ada SALE jer, betul ker?? Aku tengok-tengok baju kemeja yang cun untuk dibeli tapi kira-kira balik lari bajet pulak.HUA2.....HUA2...

     Kereta parking dekat MAJU JUNCTION jadi sebelum balik singgah kedai mamak dulu mengeteh. Aku dengan ayah aku pekena MILO panas & ROTI TELUR BAWANG. Makan masyuk jugak, harga pun masyuk jugak. Biasa la harga KL.

     Time tengah makan ada brother mintak duit kata nak buat tambang. Tak layan la gua. Lepas tu ada pulak MAT ARAB jual barang. Inilah kehidupan malam dekat KL macam-macam ragam kita boleh tengok. Anyway sebelum balik singgah surau MAJU JUNCTION solat MAGHRIB takut tak sempat kalau nak balik ke rumah.

Friday, February 4, 2011

ArIGaTo OdEy-ChAn!!!


Sempena birthday aku yang ke-18 tahun, member aku dan junior aku ODEY-CHAN telah menghadiahkan aku sebuah lukisan kat aku. ODEY-CHAN ataupun Aida Sharina memang sekepala dengan aku bab dunia komik dan anime.

     Dia memang pandai melukis dan banyak kali karya dia masuk dalam komik GEMPAK. Power tu beb bukan senang. Banyak karya dia yang dia post dekat FB, lukisan dia style SHOUJO @ ala-ala Jepun. Anyway ALIF-SAN nak ucapkan ARIGATO kat ODEY-CHAN untuk lukisan ni. Aku jadikan lukisan ni Profile Pic FB aku.

Thursday, February 3, 2011

BeStnYeR DaPaT FRee CAll....


Sempena birthday aku, aku dapat free call daripada HOTLINK. Ni la time yang sesuai untuk aku bergayut dengan member-member. Aku rasa ni la first time aku guna free calls sebab sebelum ni mana aku bawa HANDPHONE ke sekolah. Takde masa nak guna, celebrate pun kat sekolah. Hari ni aku memang rasa sesuatu kepuasan dapat call member yang guna line yang sama. Banyak cerita yang aku sembang dengan diorang antara member yang aku call termasuklah:

SOFYAN
Dengan Pyan aku just sembang pasal aktiviti yang dia buat. Sekarang dia dah balik terus dari PLKN sebab tempat dia kat Tasik Chini kena serang dengan denggi kesian giler. Pyan ambil lesen kereta  dan keje.

HAZIQ FAURI
Lama juga aku berbual dengan KP aku ni. Macam-macam cerita keluar. Bebudak PLKN biasa la citer berlambak. Tapi best la berbual dengan Haziq, pengalaman dekat kem dia, susana, pengalaman belajar. Cerita banjir kat tempat dia.

NATASHA AZMI
Minah sorang ni time aku call dengan dia manja giler suara. Kah...kah... Tasha sekarang lepak jer dekat rumah tolong mak dia. Hari tu dia cerita dah dapat kerja kat kilang MITSUMI . Tapi taknak keje pulak.ISH...ISH...

ADHAM GILER
Kalau aku call mamat ni memang mengarut jer la. Takde la sangat cerita best. Just bertanya khabar jer. Sebab time HB dia bulan lepas dia ada call aku banyak jugak la cerita.Aku kenakan dia lepas tu aku kena balik. HUA2...HUA2....

SHAZWAN KANCEL
Aku call dia time tu baru jer dia balik rumah. Biasa la wira negara kah..kah.. Just bertukar pengalaman dan bertanya khabar.

SHIDA MALEK
Shida kesian giler dekat kau!!! Kampung dia tenggelam sebab banjir. Tinggal rumah dia jer sebab dekat atas bukit. Elektrik takde. Macam hidup dekat atas pulau. Dia tak boleh kerja sebab takde jalan keluar. Habis tenggelam.

PAK DEAN
Oden-san kerja dia sekarang amik lesen kereta. Semalam kitorang cerita pasal game2 terbaru. Biasa la gamer kah...kah...

AFIQ

20 minit beb aku berbual dengan ONGGER. Dia la yang bukak cerita pasal member2. Dia sekarang keje dekat JACKO CS. Gaji banyak jugak dia dapat dan dia kata best giler sebab boleh makan free. Dia jugak menjelaskan kes gambar HARDCORE rambut panjang. Lawak siot aku dengar cerita!!!


TAIKO BP
Akmal member sekolah rendah aku yang sekarang belajar dekat SAMURA. Aktiviti dia sekarang belajar dekat GIAT MARA pasal air-cond. Dia kata best. Boleh caya ker???? Kitorang citer pasal member-member lama. Dia tak amik lesen kereta lagi.

LUQMAN 
Brother macho ni lagi lama aku berbual dengan dia. Hampir setengah jam beb. Dia sekarang dah berhenti kerja potong ayam sebab penat sangat, sakit badan. Sekarang ambil lesen kereta. Bulan tiga baru start kerja dekat kedai cermin mata. Gaji katanya sama jugak RM 800. Kitorang cerita pasal kes Cikgu Majid mengamuk dekat bebudak TF5. Tapi dia kata ok jer..aku pun tak tau la. Lagi satu Luqman cerita pasal awek dia la. Diorang nak celebrate birthday sama-sama. Romantik gitu.KAH..KAH...

LYSA
Last sekali aku call awek JB ni, LYSA. Antara awek-awek yang aku call, dia la yang paling lama 15 minit beb. Dia sekarang dekat kampung dia. Masa aku call dia bising giler adik-adik dia buat hal. Kah....kah... Macam-macam dia cerita pasal hal-hal dekat sekolah. Firstly, dia cerita dia kena public speaking. Biasa la bebudak pandai. Dia cakap cuak giler time bagi speech. Kesian aku dengar citer minah ni. Merentas desa dia biasa-biasa jer. Lain-lain cerita pasal homework banyak sangat. Peraturan kat sekolah yang semakin ketat dan paling lucu gurlz kena pakai baju korporat dengan kain labuh. Lawak giler. Tak boleh aku banyangkan. Rule tu dikeluarkan sebab salah diorang pakai seluar ketat. Lastly, Lysa cakap dia nak bagi aku hadiah 4 my HB, tapi tak tau nak bagi bile. Result nanti kot????

ToDaY iS WeDNesDay, tODay IS My BiRthDay


Hari yang bertarikh 2hb Februari merupakan hari paling bermakna buat aku sebab hari ini merupakan birthday aku yang ke-18. Aku rasa dah tua sangat apabila mencecah 18 tahun.Lagi 10 tahun aku dah kena kahwin!!! kah..kah.... Tapi tahun 2011 aku sambut birthday dengan family aku. Memang best giler beb. Selama 5 tahun aku sambut birthday just dengan member2 sebab aku kan stay kat asrama.

     Hari ni aku celebrate birthday aku dekat KENNY ROGERS dekat Alamanda, Putrajaya. My family and I  dinner kat sana. Best makan la..macam-macam beb. Kembung perut aku. Aku rasa bertambah lagi berat badan aku. HUA2...HUA2... Anyway thanks to my dad, mama and sister for the celebration. Birthday aku kali ni takde kek sebab kek birthday kakak aku still ada lagi . Tak habis lagi. Jadi kiranya tu kek birthday aku jugak. KIH.....KIH>>>>




Terharunyer diriku ini!!! SOB....SOB.. Ramai giler wish HB aku dekat wall FB aku. Best beb sebab terasa seperti dihargai. Start pukul 12 pagi tadi sampai la sekarang tak henti-henti birthday wishes masuk kan wall aku. Thanks dekat semua member sekolah SKTIP, SMSJ dan juga sahabat dunia maya aku. Korang semua memang best. Aku hargai sangat.


    Selain tu ada jugak member-member yang wish pakai SMS. Thanks dekat semua yang wish aku especially  AZRAIN, ADHAM, ROZIAH, ENAZ, IZHAR, WAK JB, JOE, ZHOMEER, AKMAL TAIKO, DIBA & SOFYAN BULU.