Saturday, February 19, 2011

FiRsT ExPeRIenCE DrIVe 80KM


Fuyooooo!!! Hari ni aku first time beb drive jauh2. Hari ni aku nak amik akak aku kat Kuala Pilah. Memang cuak la nak bawa kereta sejauh 80KM. Korang bayangkan dari Bangi ke Kuala Pilah jauh tu !!! Anyway aku tingkatkan keyakinan diri untuk bawa kereta MYVI.

     Time dekat jalan biasa tu memang cuak lagi-lagi dekat Kajang. Jalan punyalah sibuk takut jer tersondol kereta lain. Untuk menghilangkan perasaan cuak aku buka radio kuat-kuat. Baru boleh rest sikit otak aku ni. HUA2.....HUA2....


Aku drive ikut highway LEKAS baru jer bukak tahun lepas. Bab jalan-jalan ni aku tak tau sangat nasib baik mak aku ikut sekali. Time kat highway kosong jer, kereta tak banyak. Aku tekan minyak sampai 100km, tu la yang paling laju. Aku try la 110km, mak aiiiiii..... nak terbang siot kereta MYVI ni. Aku bawak setakat antara 80km hingga 100km.

     Time keluar highway jer dah masuk jalan biasa . Ni aku rasa lagi mencabar sebab banyak kereta. Jalan pun bukannya lurus macam ular kena palu. Tapi dengan pengalaman masa kelas memandu aku banyak drive jalan macam ni. Aku rasa memang enjoy giler. Kereta yang aku potong pun banyak jugak.

Akhirnya, hampir 2 jam memandu sampai jugak ke destinasi yang dituju. Alhamdulillah selamat sampai. Time balik ke Bangi kakak aku pulak yang drive. Aku lepak jer.

Konklusinya, aku rasa drive kat jalan biasa lagi best sebab syok habis!!! Kat highway boring bro...tapi highway lagi cepat dan selamat.

No comments:

Post a Comment