Thursday, February 3, 2011
BeStnYeR DaPaT FRee CAll....
Sempena birthday aku, aku dapat free call daripada HOTLINK. Ni la time yang sesuai untuk aku bergayut dengan member-member. Aku rasa ni la first time aku guna free calls sebab sebelum ni mana aku bawa HANDPHONE ke sekolah. Takde masa nak guna, celebrate pun kat sekolah. Hari ni aku memang rasa sesuatu kepuasan dapat call member yang guna line yang sama. Banyak cerita yang aku sembang dengan diorang antara member yang aku call termasuklah:
SOFYAN
Dengan Pyan aku just sembang pasal aktiviti yang dia buat. Sekarang dia dah balik terus dari PLKN sebab tempat dia kat Tasik Chini kena serang dengan denggi kesian giler. Pyan ambil lesen kereta dan keje.
HAZIQ FAURI
Lama juga aku berbual dengan KP aku ni. Macam-macam cerita keluar. Bebudak PLKN biasa la citer berlambak. Tapi best la berbual dengan Haziq, pengalaman dekat kem dia, susana, pengalaman belajar. Cerita banjir kat tempat dia.
NATASHA AZMI
Minah sorang ni time aku call dengan dia manja giler suara. Kah...kah... Tasha sekarang lepak jer dekat rumah tolong mak dia. Hari tu dia cerita dah dapat kerja kat kilang MITSUMI . Tapi taknak keje pulak.ISH...ISH...
ADHAM GILER
Kalau aku call mamat ni memang mengarut jer la. Takde la sangat cerita best. Just bertanya khabar jer. Sebab time HB dia bulan lepas dia ada call aku banyak jugak la cerita.Aku kenakan dia lepas tu aku kena balik. HUA2...HUA2....
SHAZWAN KANCEL
Aku call dia time tu baru jer dia balik rumah. Biasa la wira negara kah..kah.. Just bertukar pengalaman dan bertanya khabar.
SHIDA MALEK
Shida kesian giler dekat kau!!! Kampung dia tenggelam sebab banjir. Tinggal rumah dia jer sebab dekat atas bukit. Elektrik takde. Macam hidup dekat atas pulau. Dia tak boleh kerja sebab takde jalan keluar. Habis tenggelam.
PAK DEAN
Oden-san kerja dia sekarang amik lesen kereta. Semalam kitorang cerita pasal game2 terbaru. Biasa la gamer kah...kah...
AFIQ
20 minit beb aku berbual dengan ONGGER. Dia la yang bukak cerita pasal member2. Dia sekarang keje dekat JACKO CS. Gaji banyak jugak dia dapat dan dia kata best giler sebab boleh makan free. Dia jugak menjelaskan kes gambar HARDCORE rambut panjang. Lawak siot aku dengar cerita!!!
TAIKO BP
Akmal member sekolah rendah aku yang sekarang belajar dekat SAMURA. Aktiviti dia sekarang belajar dekat GIAT MARA pasal air-cond. Dia kata best. Boleh caya ker???? Kitorang citer pasal member-member lama. Dia tak amik lesen kereta lagi.
LUQMAN
Brother macho ni lagi lama aku berbual dengan dia. Hampir setengah jam beb. Dia sekarang dah berhenti kerja potong ayam sebab penat sangat, sakit badan. Sekarang ambil lesen kereta. Bulan tiga baru start kerja dekat kedai cermin mata. Gaji katanya sama jugak RM 800. Kitorang cerita pasal kes Cikgu Majid mengamuk dekat bebudak TF5. Tapi dia kata ok jer..aku pun tak tau la. Lagi satu Luqman cerita pasal awek dia la. Diorang nak celebrate birthday sama-sama. Romantik gitu.KAH..KAH...
LYSA
Last sekali aku call awek JB ni, LYSA. Antara awek-awek yang aku call, dia la yang paling lama 15 minit beb. Dia sekarang dekat kampung dia. Masa aku call dia bising giler adik-adik dia buat hal. Kah....kah... Macam-macam dia cerita pasal hal-hal dekat sekolah. Firstly, dia cerita dia kena public speaking. Biasa la bebudak pandai. Dia cakap cuak giler time bagi speech. Kesian aku dengar citer minah ni. Merentas desa dia biasa-biasa jer. Lain-lain cerita pasal homework banyak sangat. Peraturan kat sekolah yang semakin ketat dan paling lucu gurlz kena pakai baju korporat dengan kain labuh. Lawak giler. Tak boleh aku banyangkan. Rule tu dikeluarkan sebab salah diorang pakai seluar ketat. Lastly, Lysa cakap dia nak bagi aku hadiah 4 my HB, tapi tak tau nak bagi bile. Result nanti kot????
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment