Saturday, January 29, 2011

ThE LoST WoRLd oF JuRAssIC PaRk

Kalau nak rasa pengalaman macam dalam filem JURASSIC PARK boleh singgah dekat sini. Pintu gerbang kat sini memang 100% serupa dalam filem tu. Entertainment kat dalam ni tak banyak sangat just rock climbing, CANOPY FLYER dan permainan untuk bebudak kecik.

    Time kat sini aku satu family mencuba JURASSIC PARK RAPIDS ADVENTURE. Kitorang duduk dalam macam bot pelampung besar lepas tu gerak menyusuri macam sungai la. Macam jenis dinasour aku nampak . Fuhhhhh!!! gempak jugak la. Air deras dan laju, perasaan cuak ada jugak. Paling tak best tak boleh ambil gambar. Bayangkan dalam keadaan terpusing-pusing dalam air, tak mahu terbang kamera aku.

     Time dalam bot tu ada pulak pasangan warga emas berbangsa Cina buat hal. Ada ke patut bawa payung masa naik benda ini. Bahaya bro!!! On the way kat sungai tu announcement banyak kali oleh pihak pengurusan suruh simpan payung. Announcement dalam tiga bahasa Inggeris, Melayu dan Mandarin. Tu pun tak faham-faham. Ada awek duduk sebelah kakak aku nasihat pasangan tu tapi tak on jugak. Last-last time dah habis diorang kena panggil dengan manager. Tak tau la pae nasib dorang..Ish..ishhh

PENAT NYER!!! LEPAK DULU 
  
  Jalan punyalah penat jadi lepak dulu. Just beli air 100PLUS & REBINA. Makan??? Makan PRINGLES daripada Malaysia. Kalau nak beli kat sini ragu-ragu pulak tahap kehalalan nyer... Anyway masyuk jugak time makan ni..kah..kah...

ANcieNT EgYpT

Fuyooo!!!! Masa dekat sini memang betul-betul rasa macam dekat Egypt. Banyak batung-patung, seni bina daripada batu bata. Masa dekat sini memang banyak tempat yang cambest we'll boleh enjoy. Aku main roller-coaster, REVENGE OF THE MUMMY. Gerun giler beb masa naik roller-coaster. Siap berapi-api masa kat dalam tu. Dalam dah la gelap tetiba jer terbalik, nasib baik tak gugur jantung.

EGYPT THE BEST PLACES









Lepas naik roller coaster, aku dengan family naik Treasure Hunters. Kitorang naik jeep lepas tu jalan keliling ikut rail yang disediakan. Ni sebenarnya macam safari la tengok barang-barang pengembara dekat padang pasir. Ada jugak binatang tapi mesin jer. Anyway memang enjoy time naik lepak sikit. Aku paling seronok sebab boleh captured banyak gambar. Kah..kah...












ScI-Fi CiTy

Kalau dengar nama pun korang akan tahu bahawa tempat seterusnya adalah Future City. Bangunan dekat sini semua macam dalam cerita Battlestar Galactica. Aku rasa bukan macam dekat bumi. Permainan yang menarik dekat sini CYCLON & HUMAN. CYVLON merupakan roller coaster yang akan berpusing 360 darjah dalam kelajuan 90km/h. Rasa macam nak tercabut jantung aku dengar macam tu. Tapi CYCLON & HUMAN masih tidak beroperasi dan dalam testing lagi.

HUMAN roller coaster
CYCLON 360 degree Roller Coaster
Dekat sini aku just cuba permainan Accelerator. Duduk dalam satu machine macam space ship lepas tu pusing-pusing. Ingatkan pening tapi steady jer aku. Hua2 hua2.....Sebelum meneruskan perjalanan, aku singgah ke GALACTICA PX kedai yang  jual souvenirs. Rambang mata dibuatnya aku tengok macam-macam goodies yang best. Baju lawa-lawa beb. Syok gilerr!!!

FUTURE CITY ARCHITECTURE




LiGhTs, CaMeRa, ActiON!!!



Sesuatu yang menarik disini adalah aku dapat melihat bagaimana sesebuah filem dihasilkan. Melalui video yang sempat aku rakam memang gempak giler. Korang boleh rasakan angin tornado yang bertiup kencang. Ada pelawat yang menjerit sebab terkejut dengan setiap babak yang dihasilkan.

Bahang api yang ada tu pun aku terasa panasnya. Terkejut ada juga time letupan dan besi jatuh ke dalam air. Nasib baik aku duduk jauh daripada tempat show kalau tak basah habis. Tapi aku memang enjoy tengok filmmaker filem ini. Memang terasa kalau jadi pelakon dia lagi best.

Poster Filem-Filem Cambest!!!



NeW YoRK CiTY!!!

Yellow Cab kat NY jer ade
Dekat sini ada satu kawasan yang dibina ala-ala New York City . Banyak senibina yang menyerupai New York City. Korang boleh jumpa teksi warna kuning yang melambangkan NYC. Dekat kawasan sekeliling ini aku rasa daya tarikannya hanyalah bangunan. Aku dekat sini banyak ambil gambar sebab suasana dan sekeliling yang amat menarik.

Macam dekat oversea

Ayah pose baik punyer

Kepala singa mana pulak ni ???
Pic yg klasik, senibina yg menarik
Laluan ke Subway
 NYC korang boleh jumpa kedai-kedai yang familiar kat sana. Kedai makan juga banyak dekat bangunan-bangunan kalau lapar-lapar boleh lepak-lepak.

The Best Shots:
Bot nelayan US

My sis kat NY Theatre Show
My dad with yellow cab
Lepak dulu!!!
Waiting for the dishes...

Friday, January 28, 2011

UnIVerSal StUDioS SiNgAPore..Best !!!

Aku sampai kat USS pukul 9.30 pagi. Keluar jer dari bas terus nampak main entrance Universal Studios. Terus la aku ambil gambar dekat situ sebagai satu bukti aku pernah sampai dekat sini. Harga tiket seorang dewasa berharga $66 kalau duit ringgit dalam RM 160 seorang. Tapi ok la nak rasa pengalaman pertama kira murah sebab kalau nak pergi Universal Studios, LA konfem lagi mahal.

 Lepas beli tiket ingatkan boleh masuk tapi entrance bukak pukul 10 pagi. Tunggu jer la dekat luar. Tapi dekat luar ni ada jugak kedai souvenirs macam member2 ragbi aku citer time diorang datang kat sini. Boleh la tengok goodies yang best. Ramai pelancong dari luar negara datang dekat sini contohnya Jepun, Filipina, India dan Malaysia . Kebanyakan pekerja dekat sini semuanya orang Malaysia. Ramai juga pelancong yang datang time pagi2 ni. Ingatkan tak ramai.