Thursday, June 30, 2011

" I'm A Leader "


Salam semua!!! Aku dekat UIA sibuk giler buat homework dan assignment. Setiap hari sentiasa ada kerja. Nasib baik untuk semester ni just 2 subjek jer aku ambil MATH 1 dan PHYSIC 1. Aku kat sini ada tugas tambahan sebagai ketua kelas macam kat skola dulu2. Tapi tugas dekat sini lagi berat , kena fotostat nota, handouts dan macam2 lagi.

Aku jadi ketua kelas sebab lecturer yang pilih. Macam PHYSICS la, takde budak lain yang nak sukarela jadi ketua kelas.Last2, lecturer tengok dalam kertas nama pelajar, dia terus sebut nama aku. Takkan aku nak tolak pulak, betul tak???? Jadi secara rasminya aku jadi ketua kelas untuk PHYSICS Group 173.

Dalam study circle @ usrah ada senior yang handle. Namanya Asyraf  budak DARUL QURAN. Dia tanya sape pernah jadi BADAR kat sekolah. Aku angkat la tangan secara jujurnya, last2 aku jadi ketua kelas untuk study circle group 21. Tapi nasib baik study circle ni lepak2 saja.

Alhamdulillah, aku tak jadi ketua kelas untuk semua subjek. Macam member aku , AMIR HAMZAH kesian giler dia, semua subjek dia yang jadi ketua kelas. Untuk 5 subjek tu. Berat beban kena tanggung tu!!!

Wednesday, June 22, 2011

Keluar Ke Pasar Malam PJ

Setiap hari Selasa, dekat sebelah CFS IIUM ada pasar malam. Jadi aku habis kelas pukul 6ptg, lepas solat Asar terus gerak ke pasar malam. Kitorang dibenarkan keluar dari pukul 5ptg sampai 8 malam. Lama tu masa boleh lepak2. Last week, aku tak pergi jadi minggu ni member aku AFIQ YAHYA@ ONGGER ajak pergi. Dia 2nd intake, jadi aku on je la.
Afiq tunggu aku dekat tepi padang. Banyak kali dia call aku sebab aku siap lambat sangat. Kah..kah...Aku dah biasa ke pasar malam tu.
Firstly, kitorang jalan-jalan dekat JAYA ONE. Ingatkan shopping mall rupa-rupanya banyak restoran exclusive. Kebanyakkannya Chinese Cuisine, memang berlambak la beer. Boring giler aku jalan-jalan dekat situ. Semua restoran dan mahal-mahal pulak tu. Kalau RM50 untuk sorang jer kot.

Lepas tu barulah kitorang pergi pasar malam. Jalan dari mula sampailah yang last sekali. Lepas tu patah balik. kah..kah...Aku beli  nasi kerabu jer, Afiq aku tak ingat dia beli apa. Time kat pasar malam memang sesak giler, berpeluh-peluh standard cam aku main bola.

Time nak balik ke UIA, aku terserempak dengan semua girls sekolah aku. Acha dari UM pun ada sekali. Diorang macam buat reunion la. Kah..kah...Pendapat aku pasar malam ni tak best langsung la!!!!

Monday, June 20, 2011

Happy Father's Day


Hari ni merupakan Hari Bapa, so aku nak ucapkan kepada semua BAPA, AYAH, PAPA, DADDY, WALID and so on Happy Father's Day. Kalau kita nak menghargai ayah kita bukan setakat hari ni je, tapi setiap detik dan waktu bersama mereka merupakan Hari Bapa.

     Anyway, aku nak ucapkan Happy Father's Day especially buat ayah aku yang tersayang, Prof. Dr. Abdul Talib bin Bon. Thanks a lot kerana membesarkan saya sehingga sekarang, memberikan kasih sayang, pendidikan, perlindungan dan keselesaan yang mencukupi kepada saya.

     Tak lupa juga kerana menjadi imam dalam keluarga kami. Ayah dapat membimbing kami sekeluarga mengikut syiar Islam. Thanks ajar solat dan mengaji al-Quran sejak umur 4 tahun. Alhamdulillah.

     Aku akan sentiasa menjadikan ayah aku idola dari segi untuk mencapai kemajuan dalam kehidupan. Ayah merupakan seorang yang amat rajin menuntut ilmu, sesuai sangat dengan nama beliau. Kih..kih.... Permulaan kehidupan ayah aku yang hanya berpendapatan 3 angka telah berubah kepada 5 angka kerana kesungguhan beliau untuk mencapai kejayaan dan memberi keselesaan kepada kami sekeluarga.

Pencapaian Pendidikan:

SPM: Sekolah Menengah Teknik Kuantan


Diploma in Mechanical Engineering : UTM


Degree in Mechanical Engineering : UTM


Master in MBA : UKM


Ph.D in Forecasting : University of La Rocalle, France

     Aku cukup berbangga mempunyai seorang ayah yang merupakan satu daripada Professor di seluruh dunia. Ayah aku jugak banyak travel ke overseas atas urusan kerja especially Europe. Antara negara-negara yang ayah aku pernah jejak:

  1. Singapura
  2. Indonesia
  3. Brunei
  4. Thailand 
  5. India
  6. China
  7. Hong Kong
  8. Jepun
  9. UAE
  10. Arab Saudi
  11. UK
  12. Perancis
  13. Jerman
  14. Austria
  15. Switzerland
  16. Poland
  17. Australia
  18. Belanda
  19. Morocco
Finally, ayah you're the best FATHER!!!

Sunday, June 19, 2011

Not feeling well.......

Pagi ni memang aku rasa tak sihat giler!!! Tapi aku just selesama dengan sakit tekak jer. Aku selesama sejak hari semalam la. Lepas bangun tidur jer, terus selesama. Aku rasa sebab  malam sebelumnya tu, aku mandi sebelum tidur kot??? Bahaya tu!!!



Cun giler awek kat atas ni!!! Sape x kenal Lisa Surihani. Lepas aku telan ubat selesama malam tadi terus aku tidur. Nyenyak giler. Malam tadi jugak la aku jumpa Lisa Surihani dalam mimpi. Kah..kah...Mentang2 aku minat dia boleh pulak dia muncul dalam mimpi aku.

Time tu aku just lepak2 dengan dia. Sembang2 dan makan sama2. Hua2..hua2... Mengarut giler. Anyway akibat ubat tu aku tidur dengan masyuk. Bangun pun dah okey......

Saturday, June 18, 2011

Sesak, sesak dan sesak!!!


Hari ni hari Jumaat, jadi lepas kelas tadi aku terus kemas barang untuk  balik ke rumah. Kelas habis pukul 4 ptg jadi kemas2 semua barang setengah jam. Lepas tu mandi dulu dan solat Asar setengah jam. Dalam pukul 5 ptg baru aku keluar hostel.

     Selalunya aku balik sorang2, kali ni aku balik ke Bangi dengan Mat Yo dan Mantoy. Diorang nak pergi kenduri dekat Cheras esok hari. Family Mat Yo stay dekat UKM, jadi kitorang plan jalan sekali.Time keluar UIA, kitorang ambil bas ke Mid Valley. Dalam bas punyalah sesak, ramai giler orang.


On the way dari UIA ke Mid Valley setengah jam bro, sebab jalan sesak. Biasa la KL petang2 semua orang nak balik kerja. Area UM, Mahsa College, PPUM tu yang sesak. Masuk jer federal highway dah okey semula.


Sampai jer dekat Stesen Mid Valley dalam pukul 6.15ptg. Lepas beli tiket terus ke platform 2 arah ke Seremban. Memang ramai giler. Dalam pukul 6.30ptg satu komuter sampai, tapi tak boleh masuk coz sesak giler. Kitorang kena tunggu 15 minit lagi. Time train kedua tu aku sorang jer dpt masuk. Mat Yo dengan Mantoy diorang tak dapat masuk. Jadi aku dah terpisah dengan diorang.


Komuter yang aku naik merupakan komuter yang baru, jadi design kat dalam dia pun lain. Kalau korang pernah naik KTM macam tu la bentuknya. Dah tak ada pintu kat tengah, just satu pintu masuk mcm kawasan tangga, aku berdiri sampai ke Stesen UKM dekat area tangga tu. Komuter lama aku rasa lagi best la.

Dalam pukul 7.15malam baru la kau sampai ke Stesen UKM. Anyway, memang penat giler aku hari ni.

Friday, June 17, 2011

"So tired, first time for kuliyyah"

Minggu ni baru aku start untuk kelas dan kuliyyah setelah 2 minggu lepak2 dekat CFS UIAM. Dekat atas ni merupakan jadual aku untuk Semester 1, bermula hari Isnin hingga hari Jumaat. Firstly, aku nak cerita kelas aku memang x best. Maksud aku bukan lecturers @ classmate, tapi keadaan kelas yg tidak ERA KONDUSIF. Takde air-cond langsung panas tu.

     Untuk semester 1 aku just study 2 core subjek iaitu Math1 dan Physic 1. Aku beruntung dapat lecturers yang semua sempoi dan best. Aku boleh bagi 4 setengah bintang daripada 5 bintang. Kah..kah.... Hari Isnin agak memenatkan jugak kerana 3 subjek dalam satu hari. Tapi kira okey sebab petang aku boleh relax.


      Hari Selasa pulak, kelas aku start pukul 11 pagi. Best la jugak coz hari ni aku just 2 subjek dan petang aku boleh keluar ke pasar malam. Tapi lagi best kalau English bawak ke pagi. Segar sedikit mata aku nak belajar bahasa.


      Hari Rabu, jadual serupa sangat macam ahri Selasa just 2 subjek. Boleh dikira lepak dan tidak memenatkan. Hari ni, time Physic pergi lab. Tu yang best.


     Hari Khamis memang padat giler. Sebagai contoh macam tadi la. Aku habis kelas pukul 6.30 ptg. Ustaz saje extend, nasib baik belajar Arab. Hari ni aku belajar 9jam 30 minit. Break just 1 jam jer. Otak pun dah nak tepu. Dekat skola paling lama pun dari pagi samapi 4 ptg. Kat sini aku study dari pukul 8 pagi sampai 6 ptg. Fuyoohh, lama tu.


     Penghulu segala hari  iaitu Jumaat memang memudahkan diri aku. Alhamdulillah. Kelas English start pukul 7.30 pagi samapi pukul 9 pagi. Lepas tu hanya 1 jam untuk kelas Math 1. Pukul 10 aku boleh blah balik ke rumah best giler!!!!


Konklusinya, aku ada sedikit x puas hati dengan jadual untuk semester ni. Aku memang x suka kelas time waktu petang. Aku suka kelas waktu pagi macam dekat sekolah. Baru otak ni segar bugar. Kah..kah... Petang selalu free boleh lepak @ siapkan homeworks. Senang sikit. Tapi nak buat macam mane. Terima je lah.

Monday, June 13, 2011

AF9 menutup tirai, Hazama juara!!!


Semalam dengan rasminya Akademi Fantasi musim ke-9 menutup tirai. Fewiiitttttt!!! Maka dengan itu berakhirlah AF untuk selama-lamanya. Aku layan AF dekat mahallah Aisyah , layan macam skrin besar sedangkan just TV kecik jer kah..kah....


Ni la barisan finalist AF9, Hazama, Lena, Fina dan Azri. Finalist kali ni semuanyer memang bermutu tinggi. Persembhan diorang memang masyuk giler. Final kali ni memang boleh predict antara Hazama @ Fina tu jer la yang paling power.Tapi agak mengejutkan bagi Fina kerana menduduki tempat ke-3. Sedih giler aku. Dia la antara favourite aku.
 Ni prediction aku:
Juara : Hazama
Kedua : Fina 
Ketiga : Lena
Keempat : Azri

Keputusan sebenar:
Juara : Hazama
Kedua : Lena
Ketiga : Fina
Keempat : Azri
Just sikit jer prediction aku salah. Aku rasa malam tu memang rezeki Lena dapat naib juara.


Anyway aku nak ucapkan tahniah dekat Hazama kerana penantian selama 5 tahun telah berhasil. Akhirnya dia menjadi Juara untuk AF9 betul2 KAWTIM. Pengalaman dia memang banyak dengan Meet Uncle Hussein lagu Drama King. Dia jugak pernah buat show untuk majlis ALUMNI SAJOHA tahun lepas. Aku x pergi la. Aku layan AF9 lepas ada proses pengguguran dan Hazama, Fina diserap masuk. Memang aku follow sampai final.
Hazama with Meet Uncle Hussein

Yahoo!!! Dapat beli tiket Liverpool!!!


Akhirnya dapat jugak aku menonton team EPL kat Malaysia. Tak payah nak fly jauh2 ke England. Ayah aku yang belanja tiket Malaysia vs Liverpool. Walaupun Liverpool bukan team favourite aku, at least aku dapat tengok team EPL dah memuaskan hati aku.

Tiket ada harga RM368, RM108, RM 68 dan RM 58. Tiket harga RM108 dan RM68 dah habis. Aku beli tiket dekat The Gardens dekat Rock Corner. Ayah aku just beli tiket RM58 nak beli RM368 rasa tak berbaloi pulak. Anyway yang paling best dapat past untuk time training. Masyuk tu!!!!


 Team favourite aku Arsenal pun datang Malaysia tapi lawan hari Rabu. Aku dah la ada kelas hari Rabu jadi tak boleh la. Liverpool jer match hari Sabtu, senang aku nak balik. Macam tahun lepas nak tengok MU lwn Malaysia tapi aku kat sekolah.

 Anyway, 16 Julai nanti aku rasa aku pakai jersi Malaysia la. Kih..kih..Tak sabarnyer nak tonton match Liverpool vs  Malaysia kat Stadium Bukit Jalil.

Sunday, June 12, 2011

Super Genius a.k.a Izany fly to US


Pada pukul 3.15 ptg tadi tercatat dalam sejarah The Form Five Community, Izany menjadi member yang pertama terbang ke oversea untuk sambung belajar. Izany ni memang genius dan maintain keputusan peperiksaan dia. TIme F1 dan F5 dia dapat anugerah pelajar cemerlang pada Malam Seri Gemilang.

     Aku pernah satu kelas dengan dia time F3, 3M4. Aku study dengan dia dan dari situ aku dapat tahu bahawa dia mempunyai satu kelebihan. Otak dia macam scanner, baca sekali terus masuk. Memang super genius.

Izany ni bukan jenis ulat buku jer, dia aktif juga dalam sukan macam sepak takraw, bola baling dan futsal. Petang-petang dia selalu join main futsal sama2. Dia main memang kencang dan penuh dengan skills. Memang bagus la dia ni.


Super Genius bukan Super Junior, kah..kah...akan futher study dia ke VANDERBILT UNIVERSITY, TENNESSE. JPA memang hantar study dekat sini. Member kakak aku sorang dekat sini. Anyway Izany all the best untuk ko. Jangan mudah terpengaruh dengan ECSTACY,ALCOHOL,GIRLS, and so on. Kuatkan iman ko. GAMBATE my fren!!!!

Saturday, June 11, 2011

Public Transport from PJ to B.B.Bangi

Hari ni aku first time nak balik ke B.B.Bangi dengan public transport. Ayah aku boleh ambil aku lepas pukul 10 pagi sebab nak hantar akak aku kerja. Jadi aku pun dah terkeluar pukul 9 pagi, jadi cadangnya nak balik sendiri. Lagipun tak susahkan parents aku.

Alhamdulillah, time aku keluar jer, Terus ada bas ke KL Sentral. Aku masuk dalam bas dengan member2 yang on the way ke destinasi yang sama. Konduktor bus tanya nak kemana, aku jawab nak ke KL Sentral. Tambangnya murah je RM1.90.


On the way ke KL Sentral, aku duduk sebelah bro UIA juga. Nama dia Raqib , kos Bioscience. Dia sekolah dekat MRSM PC, Kelantan. Time SPM kantoi satu jer fizik, 9A 1B. Anyway dia citer lagi 2 minggu dia blah la sebab dapat tawaran ke UK tajaan FELDA. Masyuk tu!!!


Sampai je KL Sentral, aku dengan Raqib berjalan dari tempat bas berhenti mencari pintu masuk. Dia nak amik LRT ke Pekeliling. Lepas tu ambil bas ke Kuantan. 


Lepas tu kitorang berpecah. Aku pergi kaunter komuter dan beli tiket ke stesen UKM. Harga dia RM3.90 memang berbaloi. Time pagi komuter memang tak sesak, tak payah nak berebut-rebut. Dalam pukul 10.30 pagi aku dah sampai ke B.B. Bangi.Dari stesen UKM ayah aku ambil.

-TAMAT-

Wednesday, June 8, 2011

Results dah keluar


Keputusan keseluruhan:

English Placement Test : Level 5

Arabic Placement Test : Level 1

Tilawah Placement Test : Exampted

Fundamental Placement Test : Exampted


Hari ni keputusan semua exams yang diambil last week telah pun keluar. Aku kena stay dekat sini untuk 2 tahun tapi aku boleh pendekkan jadi 1 thn setengah sahaja. Untung aku ambil kos engimeering. Untuk tilawah dan fardu ain aku lepas dan kena mengikuti usrah. Puas hati x???? Ntah la. Aku pun tak tau nak cakap ape.


Sunday, June 5, 2011

Happy 22nd Wedding Anniversary


Hari ni genaplah 22 tahun ulang tahun perkahwinan parents aku. Alhamdulillah perkahwinan yang berlangsung pada 4hb Jun 1989 kekal bahagia sehingga hari ni. Melalui perkahwinan ini juga lahirlah dua orang bayi putera dan puteri. Yang saya maksudkan adalah diriku ini, Alif dan kakak Adibah.


      Anyway kepada mama dan ayah, saya sentiasa berdoa kebahagiaan yang dikecapi akan berkekalan hingga akhir hayat. Thanks kerana menjaga saya dan kakak dan memberikan keselesaan kepada kami berdua. Saya akan belajar bersungguh-sungguh dan mencapai cita-cita yang diidamkan selama ini.

     Saya berdoa semoga kita sekeluarga akan berkekalan dan tidak akan berpisah sehingga ke alam akhirat kelak. Insyaallah.

Friday, June 3, 2011

Cultural Night in CFS IIUM, PJ


Macam biasa kalau lepas orentasi mesti ada malam kebudayaan @ Cultural Night. Kitorang tadi baru jer habis cultural night. Meriah la jugak. Buat macam konsert secara besar-besaran. Show paling aku suka dari MASHED BAND, buat music tekno pakai mulut jer. Power tu. Lepas tu diorang bawak lagu Bunkface, aku pun dah lupa.


     Lepas tu kitorang di hiburkan dengan kumpulan nasyid UIA, SALJUK. Diorang punya show memang mantap dan cukup harmoni. Macam lagu AYAT2 CINTA dan KASIH TERCIPTA diorang boleh ubah style nasyid !!! Respek la kat korang semua......


    Show terakhir malam tu, dari kumpulan Al-FARABI BAND. Aku pernah tengok diorang punya show dekat dalam TV, MHI la tak silap aku. Diorang ni macam band HUJAN, BUNKFACE, PESAWAT tapi islamik indie band la. Diorang menyanyi sambil berdakwah.


Ni la ahli-ahli AL-FARABI BAND. Islamik la jugak. Suara vokalis dia best la jugak. Rock tu!!! Muzik style punk ada jugak. Memang boleh head banging la. Kah..kah....


Tak lupa jugak, diorang ada buat kutipan derma untuk mangsa tanah runtuh, Rumah Tahfiz, di Hulu Langat. Siap promote album tu, jual dengan harga RM10. Katanya harga asal RM20. Special price la ni. Show habis dalam pukul 11 malam. Ramai dah budak tertidur kat tengah padang. Sebelum naik bilik aku lepak2 dekat kafeteria pekena roti kosong!!!

Wednesday, June 1, 2011

Baru je masuk dah ada exam????

Di CFS IIUM lepas pendaftaran, dalam minggu tu jugak ada peperiksaan. Macam aku hari ni ada exam English Placement Test dan Arabic Placement Test. Kedua-dua exams ni yang akan menentukan berapa tahun aku dekat pusat asasi ni 1 tahun, 1thn 1/2 ataupun 2 tahun maximum. Exam EPT start pukul 9 pagi sampai 12 tgh.


     Soalan EPT macam kat sekolah dulu la. 4 petikan lepas tu jawab 40 soalan dekat kertas OMR. Soalan objektif dia boleh tahan jugak la. Susah la jugak! Kata pun sekarang kat U memang la high level. Tak lupa jugak ada soalan essay. First, huraikan graf sebanyak 150words dan buat essay pasal tanggungjawab terhadap ibubapa sepanjang 250 words.


     Pukul 2:30 petang ada peperiksaan fardu ain sampai pukul 3 ptg. 25 soalan jer bro!!! Tapi dalam english nasib baik ada summary dekat last page. Selalu dekat sekolah jawab dalam BM sekali english memang best la. Banyak istilah baru yang dapat aku belajar lepas habis exam.

    APT memang masyuk. Walaupun aku pernah study Arab selama 7 tahun. Tapi aku tak boleh jawab, susah beb. Sikit je la, isi tempat kosong, gariskan, bulat2 kasi hentam saja la. 15 minit lepas tu aku terus blah balik hostel. Hua2..hua2... make it simple as ABC.

     Anyway bro, aku harap dapat asasi just 1 tahun jer ataupun paling teruk 1thn 1/2 jer. Tak nak la aku 2 tahun. Terasa lama sangat. Aku sentiasa berdoa aku dapat results yang bagus.