Sunday, June 5, 2011

Happy 22nd Wedding Anniversary


Hari ni genaplah 22 tahun ulang tahun perkahwinan parents aku. Alhamdulillah perkahwinan yang berlangsung pada 4hb Jun 1989 kekal bahagia sehingga hari ni. Melalui perkahwinan ini juga lahirlah dua orang bayi putera dan puteri. Yang saya maksudkan adalah diriku ini, Alif dan kakak Adibah.


      Anyway kepada mama dan ayah, saya sentiasa berdoa kebahagiaan yang dikecapi akan berkekalan hingga akhir hayat. Thanks kerana menjaga saya dan kakak dan memberikan keselesaan kepada kami berdua. Saya akan belajar bersungguh-sungguh dan mencapai cita-cita yang diidamkan selama ini.

     Saya berdoa semoga kita sekeluarga akan berkekalan dan tidak akan berpisah sehingga ke alam akhirat kelak. Insyaallah.

No comments:

Post a Comment